Jom buat permohonan sekolah berasrama penuh 2024

Permohonan sekolah berasrama penuh 2024 sudah dibuka sejak 1 Ogos sehingga 17 September ini. Kepada anak-anak atau ibu bapa yang berminat jangan bertangguh lagi untuk membuat permohonan tersebut.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk membantu anak buat permohonan sekolah berasrama penuh 2024.

Permohonan sekolah berasrama penuh 2024

Permohonan sekolah berasrama penuh 2024

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui pautan ini 

Arahan menyatakan pemohon sendiri yang isikan sambil penjaga yang memantau apa yang patut. Ternyata proses permohonan mudah sahaja.

Inilah antara kelayakan untuk masuk sekolah berasrama penuh aliran sains atau STEM

i. Warganegara Malaysia

ii. Mencapai aras toleransi PKSK

iii. Berpotensi cemerlang akademik

iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum

WAJIB BACA :   Ada apa dengan whey protein ?

Untuk asrama penuh aliran agama atau pakej agama

SYARAT AM

i. Warganegara Malaysia

ii. Mencapai aras toleransi PKSK

iii. Berpotensi cemerlang akademik

iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum

SYARAT KHUSUS

i. Pencapaian yang baik dalam jawi dan Al-Quran (contoh: UPKK/j-QAF)

Anak saya yang bongsu ini layak dan berpotensi untuk berjaya mengikuti jejak langkah abang dan kakaknya. Mereka berdua ini sudah pun berjaya melanjut pelajaran di universiti awam.

Sebelum ini mereka lepasan sekolah berasrama juga di MRSM dan agama.

Sebagai ibu bapa memang mengharapkan mereka boleh berjaya membina kehidupan yang terbaik suatu hari nanti. Paling tidakpun mereka tiada ruang untuk menyalah ibu bapa.

WAJIB BACA :   Apa Yang Awek Nak Daripada Seorang Lelaki ?

Apa-apapun ia adalah rezeki. Kita hanya berusaha dan keputusan itu terletak pada ketentuan Allah SWT.

Berbalik kepada topik permohonan sekolah berasrama penuh 2024.

Anak saya membuat tiga pilihan untuk ke Sekolah Menengah Sains Kuching, Sekolah Menengah Sains Kuching Utara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2.

Saya berharap dia dapat masuk ke sekolah berasrama penuh kerana persekitaran yang kondusif dan budaya kecemerlangan.

Kira-kira enam tahun yang lepas, anak bongsu saya ini pernah memohon ke sekolah rendah agama Ibnu Khaldun

Bukan rezeki. Dia tidak berjaya dan terpaksa akur untuk bersekolah di aliran perdana.

Mungkin pada kali ini rezeki buat dia untuk melanjutkan persekolahan di sekolah yang terpilih dan idaman ramai.

WAJIB BACA :   Perkongsian ilmu dari Tuan Suhaimi Sulaiman

Aamiin Ya Rabbil Aalamiin.

Rasanya itu sahaja perkongsian saya berkaitan permohonan sekolah berasrama penuh 2024.

Jangan lupa untuk bergabung dalam Mrhanafi Jurnal Whatsapp Channel

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge