Tidak dinafikan banyak penulisan saya berkaitan dengan masa. Sebab masa itu umpama nyawa. Lebih berharga dari emas dan permata.
Saya antara insan yang terkesan dengan pengurusan masa yang kurang efisien. Jika masa terbuang, maka banyak rancangan dan jadual bisa tergendala.
Semalam atau lebih tepat 1 September 2023 saya menghantar kereta ke bengkel untuk penyelenggaraan tayar. Masuk ke bengkel sebelum 8.30 pagi dan urusan selesai hampir 11.00 pagi.
Lama sungguh masa menunggunya.
Ada perkara yang tidak kena dengan kereta yang saya hantar ke bengkel.
Rupanya ada kerosakan yang serius tetapi kurang disedari selama ini. Ia perlu digantikan dengan alat ganti yang berharga RM490.
Bajet asal dalam lingkungan RM50 telah menjadi hampir RM500. Ambik kau…peningkatan belanja kepada 10 kali ganti.
Umpama sedekah pulak.
Hulur RM1 maka dapat balasan RM10.
Apa yang menjadi kesalan dalam hati saya cuma dua. Masa untuk mereka buat kerja sangat lambat dan hasil kerja kurang memuaskan.
Lainlah kalau lambat tetapi hasil kerja cemerlang maka itu saya wajar berpuas hati.
Tidak perlu saya sebut nama bengkel tersebut. Yang pasti saya tidak akan pergi ke bengkel itu lagi kerana rasa jerak kata orang sarawak.
Memandangkan keadaan kereta belum sempurna, saya berazam untuk menghantar ke bengkel yang lain pula pada bulan akan datang.
Setelah berfikir sejenak, saya mula sedar apa yang berlaku tersebut cuma ujian kehidupan. Sangkaan awal baik dan menarik tetapi pengakhiran meleset dari jangkaan.
Bukan salah mereka 100 peratus tetapi kesalahan saya juga kerana tidak cukup info dan ilmu tentang bengkel atau kereta.
Harap perkara ini tidak berlaku kepada anda dan jika ingin mengelak perkara yang tidak diingini molek sungguh kiranya dapat baca Tip Mudahnya Menjaga Kereta.
Akhir kata, saya anggap ini semua satu cabaran ketika kita semua bergembira menyambut bulan baharu dengan Selamat datang September 2023
Jika rasa tulisan ini menarik jangan lupa untuk sertai Whatsapp Channel Mrhanafi Jurnal.
Memang geram juga kalau dapat hasil kurang memberangsangkan.
Apapun baguslah tidak salahkan orang lain tapi memandang kelemahan diri juga.
Sebab dah bayar agak mahal juga….mahu atau tidak mestinya hasilnya bagus juga
rm50 ke rm500?
Fuh!
ya…cukup besar bezanya tu
iya sih kalau punya kendaraan kita harus rajin cek mesin dan sebagainya…jmahal juga biaya yg di keluarkan tapi tak sepadan hasilnya, apalagi waktu banyak terbuang
Atas sebab itulah saya kurang berpuas hati
suami saya juga pernah dapat bengkel yg tidak amanah. kerja tak bagus, tapi mahal sangat. setelah itu dia langsung cari bengkel lain, Alhamdulillah sudah ketemu.
semoga cepat mendapat bengkel lain yg lebih bagus dan masalah di mobil nya bisa cepat selesai bang ☺️
Tulah..kita susah nak dapat info yang bengkel kurang bagus.
kalau diviral kesian juga menjatuhkan bisnes orang lain