Nama dan jenama Suhaimi Sulaiman memang tidak asing lagi buat kita semua. Beliau merupakan ikon dan figura media yang tersohor dari zaman kegemilangan TV3, Astro Awani hinggalah kepada TVS sekarang ini.
Bukan itu sahaja beliau turut memiliki restoran di Melaka, butik batik dan organisasi yang menyediakan latihan korporat.
Seingat mrhanafi, Tuan Suhaimi Sulaiman cukup sinonim dengan segmen Money Matter di TV3 suatu ketika dahulu.
Sedar atau tidak nama Tuan Suhaimi Sulaiman sudah menjadi jenama yang kekal abadi dalam minda ramai rakyat Malaysia, meskipun bukan semua yang sedar kewujudannya.
Pada 29 Jun 2022, mrhanafi bertuah kerana berkesempatan untuk mengikuti ceramah berkaitan industri media anjuran Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune di Dewan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA)
Suhaimi Sulaiman
Ya, ini pertama kali mrhanafi mengikuti ceramah oleh Tuan Suhaimi Sulaiman.
Ceramah beliau dimulai dengan santai dan bersahaja.
Mrhanafi perhatikan sepanjang ceramah hampir tiga jam, Tuan Suhaimi begitu bertenaga sekali berdiri atas pentas.
Bermula dengan penceritaan zaman mula bekerja hinggalah sudah berada di tangga kerjaya paling atas yakni mengetuai stesen tv yang pertama di Sarawak.
Perlu diakui beliau adalah storyteller yang cukup bagus untuk menyampaikan idea, saranan dan cadangan kepada khalayak.
Jika dikupas dan diulas dengan lengkap sudah pasti penulisan blog ini jadi sangat panjang.
Adalah lebih baik mrhanafi recap atau imbas kembali apa yang dikongsikan Tuan Suhaimi Sulaiman dalam ceramah tersebut.
Risau juga terlupa jika terbiar sahaja tanpa diguna semula.
Mrhanafi ada tulis nota tetapi bukan semua dapat ditulis kerana mrhanafi lebih fokus mendengar berbanding menulis..
Perlu diakui, penulisan yang terbaik ialah mengajak audien atau pembaca berfikir.
Dalam penulisan kemukakan penyelesaian kepada masalah yang pembaca cari dan hadapi.
Penuhi syarat ini maka penulisan anda jadi sumber ketagihan yang tidak bertepi..
Tugas para pengamal media untuk memberitahu, mendidik dan menghiburkan pembaca jika ianya akhbar atau penonton jika ianya tv.
Tidak hairan jika tv di Malaysia menghidangkan personaliti yang cantik, comel, muda, kacak dan pandai.
Mereka ada peranan penting dan peranan tersebut untuk memenuhi konsep yang beliau tekankan iaitu menjadi pengamal media yang ada jenama dan melepasi potensi diri.
Biar jadi luar biasa dan lain daripada yang lain.
Tuan Suhaimi juga berpesan kepada kami semua agar jangan skema.
Skema itu membosankan.
Jadilah seseorang kreatif, inovatif dan berbeza daripada orang lain.
Bertitik tolak dari situ akan menjadikan kita sebagai jenama tersendiri dan bukan komoditi.
Bina nilai tambah yang tinggi dalam diri.
Seperkara yang cukup menarik dengan Tuan Suhaimi Sulaiman ini ialah tabiatnya yang suka buat scrapbook.
Mana-mana artikel yang menarik di akhbar akan digunting dan disimpan sebagai bahan rujukan pada masa yang akan datang.
Pasti tidak ramai yang mempunyai tabiat sedemikian rupa kerana perlukan cara untuk menyimpan dengan baik.
Beliau juga mengakui seorang yang kuat membaca buku dan tidak hairan kini tengah menyiapkan penulisan sebuah buku yang baharu.
Ada dua kenyataan Tuan Suhaimi yang menarik dan padu untuk kita semua ingati ialah,
“The person with the most information is the most powerful people“
“Hobby is work, work is fun”
‘Quotes’ yang mrhanafi rasa menarik dan mudah diingat
Selepas habis sesi ceramah, Tuan Suhaimi membuka sesi soalan pula.
Apalagi bertubi-tubi soalan dari pengamal media dan para peserta ceramah.
Sekali lagi, beliau mampu menjawab pelbagai soalan yang umum, spesifik dan peribadi dengan yakin dan memuas hati.
Sampaikan ada para peserta bertanya soalan bagaimana untuk membentuk dan membina keyakinan diri.
Mungkin mereka terinspirasi bagaimana yakinnya beliau beraksi atas pentas ketika itu.
Soalan tersebut memang menarik kepada mrhanafi kerana mrhanafi masih lemah dalam bab keyakinan.
Menurut Tuan Suhaimi, keyakinan ialah tahu apa yang hendak dibuat atau perkara yang diperkatakan.
Keyakinan akan terwujud apabila sudah bersedia dengan membuat banyak penyelidikan.
Menjawab soalan bagaimana menghadapi cabaran hidup dan kerjaya, beliau mengakui perlu bersedia sebelum cabaran itu berlaku.
Tidak hairan Tuan Suhaimi rasa insecure job dan untuk menghadapinya perlu menguasai banyak kemahiran seperti keusahawanan, storyteller dan terus belajar membina kejayaan diri.
Pesannya juga, jadikan hobi yang mendatangkan duit agar hidup lebih bernilai kepada diri sendiri dan orang lain.
Begitulah sedikit sebanyak kefahaman dan ingatan mrhanafi mengenai perkongsian Tuan Suhaimi Sulaiman dalam ceramah ‘Pushing Boundaries & Staying Relevant In The Charging Media Industry’.
Moga ada manfaat buat kita semua.
Bagus perkongsian saudara….keyakinan itu penting, ilmu jg penting..
kena cari hobi yang boleh jana income…
ya betul bro…ilmu sangat penting dalam kehiduan ini
Terima kasih, Encik Hanafi, share intipati penting dari ceramah beliau. Untungnya, dapat jumpa beliau secara live, dan dengar sendiri. Mesti lepas dengar tu, rasa bersemangat! 🙂
Nur recently posted…Larian 3 hari
hahhaa…begitulah keadaannya…
itu yang seronoknya kalau mengikuti kursus yang seumpamanya
bertuahnya dpt menghadiri majlis ilmu dari pakar wartawan tersohor.
ya betul tu abam Kie…satu rezeki yang ilmunya boleh kita kongsikan bersama