Manfaat hubungan intim 3 kali seminggu

Mungkin ada yang ingin tahu manfaat hubungan intim 3 kali seminggu. Ya, inilah topik yang cuba mrhanafi bongkar dan selongkar kali ini.

Manfaat hubungan intim 3 kali seminggu

Menurut portal Suara.com ada tiga manfaat hubungan intim 3 kali seminggu.

Pertama, bina sistem imunsasi dengan lebih baik.

Mereka yang aktif hubungan intim lebih sihat kerana kadar hormon kortisol dalam tubuh boleh diturunkan.

Kesannya juga stress dapat diminimumkan pada kadar yang munasabah.

Lebih-lebih lagi sekarang ini kos hidup meningkat, kuasa membeli menurun dan ada juga mereka yang terpalit dengan hutang yang semakin menimbun.

Stress itu pasti.

Sekarang cuba anda atasi stress dengan melakukan hubungan intim suami isteri.

WAJIB BACA :   Memulakan Semula Kehidupan Selepas Kejatuhan

Apabila ada berlaku orgasma, badan lebih relaks dan sistem imun semakin baik.

Kajian ini pernah dibuat oleh University Clinic of Essen pada tahun 2004.

Kedua, hubungan intim yang kerap boleh mencegah kanser prostat di kalangan lelaki.

Fakta ini diakui oleh Dr. Gloria Brame, seorang ahli terapi seks selama 20 tahun.

Lelaki yang ada 21 kali ejakulasi dalam sebulan dilaporkan dapat mengurangkan kanser prostat sebanyak 33 peratus.

Sungguhpun begitu para lelaki di luar sana jangan gusar jika belum mampu ejakulasi sebanyak itu kerana VR4 boleh dijadikan penyelamat.

VR4 adalah produk halia hitam yang diakui mampu merencat sel kanser.

Ketiga, hubungan intim menjadikan suami dan isteri jadi awet muda.

WAJIB BACA :   Telco Malaysia Yang Dalam Nostagia

Menurut Dr Brame, kesan daripada orgasma menyebabkan aliran darah ke kulit lebih lancar.

Saluran darah lebih terbuka menjadikan pelakunya kelihatan muda walaupun sudah berusia.

Laporan portal lifestyle okezone pula menyatakan manfaat hubungan intim 3 kali seminggu akan menjadikan suami isteri terhindar dari penyakit jantung.

Bukan itu sahaja, tidur lebih nyenyak dan lena kerana kepuasan selepas bersama.

Menurut portal itu lagi hubungan intim yang berkualiti akan meningkatkan kepercayaan diri seorang suami dan rasa dihargai seorang isteri.

Maksudnya di sini kemampuan suami beraksi lebih lama sehingga memberi kepuasan maksimum kepada isteri.

Mrhanafi  ada mendengar  Youtube tentang topik berapa kali hubungan intim dalam seminggu.

WAJIB BACA :   Berjaya bayar zakat fitrah 2021

Dikatakan hubungan intim seminggu sekali boleh menghilangkan stress.

Dua kali seminggu mampu meningkatkan sistem imunasi.

Jika seminggu tiga kali boleh mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.

Jika empat kali seminggu pula akan menyihatkan jantung.

Lima kali seminggu hubungan intim seminggu akan menyebabkan awet muda.

Enam kali seminggu pula akan memboleh tidur lebih nyenyak.

Tujuh kali seminggu atau setiap hari dikatakan mengurangkan risiko kanser.

Percaya atau tidak terpulang pada kalian.

Setidak-tidaknya 3 kali seminggu itu sudah cukup terbaik dalam memastikan suami isteri kekal bahagia dan sihat sentiasa.

Nikmati hidup dengan menikmati manfaat hubungan intim 3 kali seminggu

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge