Biarpun topik cara tahan lama ketika bersama isteri agak taboo untuk dibincangkan secara terbuka, namun demi kepentingan pembaca perlu juga saya kongsi di sini. Hubungan suami isteri saling melengkapi dalam kehidupan ini.
Ia termasuk dalam hubungan asmara atau lebih tepatnya aktiviti ranjang di kamar tidur.
Suami pasti dikagumi isteri kerana kegagahan beraksi manakala isteri disayangi suami kerana taat melayani keperluan paling asas dalam rumah tangga.
Perlu difahami bahawa memenuhi kepuasan batin isteri adalah sama penting dengan keperluan zahir seperti makan dan minum.
Sebelum ini saya pernah menulis artikel malar segar yang berkaitan.
Antaranya Cara tahan lama pakai bawang putih dan Masalah cepat pancut: Punca dan solusi
Ternyata dua artikel ini mendapat sambutan hangat dari pembaca sejak beberapa tahun yang lepas lagi.
Walaupun sambutan masih kurang dengan artikel Cara buat website ecommerce yang amazing lagi percuma…rugi tak cuba 1 kali !
Berbalik kepada topik yang dibincang tadi.
Tahan lama sewaktu bersama isteri adalah impian semua pasangan.
Maksudnya di sini tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lama sehingga menimbulkan rasa kurang selesa.
Secara idealnya bersama-sama mencapai titik orgasma setelah bertarung dan beraksi dalam suasana yang mendebarkan.
Tiada durasi paling tepat direkodkan.
Walaupun ada sembang-sembang yang menyatakan boleh tahan lama sehingga Subuh, satu jam dan 45 minit.
Ada pakar seksologi mengatakan tujuh minit penerasi zakar-faraj dan ia adalah durasi yang cukup baik kepada majoriti pasangan.
Persoalannya bagaimana cara tahan lama ketika bersama isteri ?
Mari ikuti pesanan Dr Roland berhubung dengan topik yang panas dan hangat sepanjang zaman.
Memang tidak diinafikan ada banyak suplimen termasuk halia hitam, ubat kuat dan tahan lama di luar sana.
Namun semua ini tidak bersifat kekal.
Pendek kata sebagai solusi sementara yang berpotensi kepada masalah komplikasi kesihatan di kemudian hari.
Mahu atau tidak mahu, tip dan petua dari Dr Roland ini harus diambil kira.
Menurut beliau ada dua teknik hebat.
Cara tahan lama ketika bersama isteri
1.Teknik menahan kencing
Ini antara teknik yang praktikal.
Semua orang boleh melakukannya dengan syarat istiqamah berbuat demikian.
Ketika anda membuang air kencing cubalah menahan semula kencing tersebut dalam masa tiga saat sebanyak 10 kali.
Otot pada bahagian tersebut dilatih untuk menahan dan lepas pada masa yang sesuai.
Setelah berjaya tiga saat, cuba teruskan untuk lima saat dan seterusnya.
Lagi lama otot tersebut ditahan maka lagi kuat otot ini berfungsi dalam menahan ejakulasi ketika hubungan kelamin.
2.Teknik kemut zakar
Kebiasannya kita selalu dengar wanita yang buat kemutan.
Sebenarnya lelaki amat disarankan latihan kemut agar boleh tahan lama ketika bersama isteri
Tempoh kemut boleh dimulakan dengan tiga saat, empat saat hingga satu minit.
Lagi lama lagi bagus untuk menguatkan otot ketika hubungan kelamin.
Bukan itu sahaja manfaat kemut kepada lelaki boleh mengencang dan mengeraskan lagi zakar.
Kesimpulan
Semoga perkongsian Dr Roland tentang cara tahan lama ketika bersama isteri boleh memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
wow! Menariknya petua2 yg dikongsi ini. Pasti sy akan cuba malam ni,
Cuba jangan tak cuba Abam Kie
good sharing.. tapi malu pula mama baca hihi
untuk ilmu tiada ada yang perlu dimalukan hehhehe
tima kaseh, petua yg saya dh lupa.. maaf doktor. . saya mudah lupa🥰
harap dapat ingat balik la ye