Percaya tak ada cara buat website ecommerce dengan percuma. Kalau belum percaya artikel ini wajar anda baca hingga ke penghujungnya.
Tentu ramai di antara kita yang suka barang percuma terutama melibatkan tool bisnes seperti website mini ecommerce.
Mana tidaknya upah buat website begini boleh mencecah ratusan ringgit.
Soal harga kini sangat sensitif dan kontroversi. Hampir semua orang mahu mencari harga yang murah dan berpatutan.
Mana tidaknya kos hidup sekarang ini sudah melambung ke udara dan mencanak ke awan.
Alamak bersasteralah pulak ..
Cara buat website ecommerce
Jika mengupah mereka yang pakar, tentu melibatkan kos tambahan.
Sedangkan anda baharu nak bermula untuk buat bisnes online dengan jangkauan modal minimum walaupun agak sukar untuk dapat semua yang percuma.
Ada juga barang yang memerlukan kita membayar harganya
Entah mengapa saya rasa terpanggil untuk berkongsi cara buat website ecommerce dengan percuma tapi powerful giler
Kalau ada cara buat website free mengapa perlu cari yang berbayar.Ini penting kepada mereka yang baharu sahaja untuk bermula dalam dunia bisnes ecommerce.
Perlu faham ada perbezaan yang jelas antara ecommerce dengan netcommerce. Perbezaan ini boleh kita ceritakan pada masa yang datang.
In shaa Allah, kalau saya ada idea untuk berbuat demikian.
Mengapa anda wajar ada memiliki website ecommerce dalam dunia bisnes online ?
Pengalaman semasa dilanda virus Corona dahulu cukup mengajar kita bahawa dunia online adalah tunggak kehidupan harian.
Zaman PKP dan segela pergerakan telah disekat.
Hanya bidang online yang boleh bergerak dan meningkat laju
Nak berbisnes, nak bekerja, nak belajar dan pelbagai lagi ‘nak’.. perlukan platform online.
Seluruh dunia menggunakan online tidak kira di bandar mahupun di desa.
Sebab itu bisnes online seperti tidak terjejas.
Pasaran sentiasa ada tanpa batasan. masa dan keadaan.
Dalam bisnes online sudah semestinya website mini ecommerce adalah keperluan yang dituntut.
Memang kita ada media sosial sebagai tempat promosi tetapi belum mencukupi.
Hanya website mini ecommerce sahaja menjadi saluran penyudah kepada jualan.
Dalam website ini kita boleh letakkan susunan gambar produk dan informasi serta testimoni dengan lebih terperinci.
Bagaimana cara buat website ecommerce ?
Jom saya tunjukkan di mana ilmu itu berada.
Ilmu tersebut saya temui dalam hasil tulisan Mr Jep dalam bentuk ebook.
Ebook tersebut menjelas dan memperinci langkah demi langkah cara buat website e-commerce.
Satu perkara menarik mengenai ebook kerana ia boleh dibaca berulang kali. Baca dan hadam sehingga faham.
Setelah anda memahaminya boleh aplikasi terus untuk buat website mini ecommerce sebagai permulaan.
Bina dengan ringkas dan minimalis sudah memadai sebagai ‘turning point’ dalam proses belajar peringkat demi peringkat.
Dipercayai anda mampu membina website tersebut sekitar 30 minit sekiranya bahan asas seperti koleksi gambar sudah ada.
Banyak masa boleh dijimatkan walaupun hanya buat sendiri.
Menurut Mr Jep, website e-commerce yang bakal dibina nanti tiada kos tambahan bulanan mahupun tahunan.
Syarat paling asas ada komputer atau telefon pintar.
Sungguhpun begitu, ilmu yang amat berharga ini ada pengeras untuk keberkatannya.
Tapi sangat berbaloi kerana ilmu cara buat website ecommerce yang bakal anda kuasai nanti boleh mendatangkan banyak manfaat dan keuntungan dalam jangka panjang.
Harga untuk ebook Panduan Bina e-commerce cuma RM50 sahaja.
Bayar sekali seumur hidup tetapi hasil berkali-kali.
Bukan itu sahaja Mr Jap bagi jaminan wang akan dikembalikan jika tidak mencapai kepuasan dengan apa yang anda ingini melalui ebook tersebut.
Mr Jap juga bermurah hati untuk memberi dua ebook secara percuma sebagai hadiah pembelian
Ini dia dua hadiah ebook daripada Mr Jap iaitu Panduan Pantas Dropship Shopee ke Kedai Online Anda! dan Panduan Pantas FB & IG Ads
Kalau seimbas lalu, nilai RM50 macam mahal tapi nilai ilmu jauh daripada itu. Percayalah anda akan yakin buat website sendiri lepas ini.
Tanpa membuang masa, jom kita tinjau cara buat website ecommerce percuma melalui banner di bawah:
Ingatkan cerita terperinci cara buat rupanya kena beli buku.
hahaha….itulah dunia marketing
dlm bisnes, kena ada mentor & ilmu..
Itu sudah semestinya …kalau nak sukses