Siapa Pengamal Media Sosial Profesional…Saya mulakan dengan soalan.Ada sesiapa yang mengaku dirinya sebagai pengamal media sosial yang profesional.
Kalau ya jom teruskan pembacaan.Kalau tidak pun boleh teruskan pembacaan hingga habis artikel ini.
Media sosial facebook,Whatsapp,Instagram,WeChat,Tweeter,Youtube dan banyak lagi sudah menjadi sebahagian kepada nilai kehidupan manusia masa kini.Penggunaan telefon pintar yang sangat meluas telah membawa fenomena luar biasa.
Budak budak sekolah rendah sudah ada telefon pintar.Apatah lagi orang bujang maupun golongan datuk nenek yang usianya disinonimkan dengan ayat power ini:
Rumah kata pergi,kubur kata mari.
Telefon pintar biasa dipakejkan dengan media sosial.Jadi pengguna media sosial lebih mudah dan bercambah dari hari sehari.
Soalnya kini adakah pengamal media sosial menjadi beretika dalam perkongsian pandangan,gambar dan sebagainya.Kalau ada etika maka anda layak saya nobatkan sebagai pengamal media sosial profesional.
Anda akan diberi ganjaran berupa like,doa dan sokongan moral dari pengamal media sosial yang lain.
Siapa yang tidak beretika rugi sangat.Dunia penuh dosa manakala akhirat pula sengsara menderita.( maaf dakwah sikit).Seluruh makhluk hidup yang bersih jiwanya akan mengutuk mereka yang mempunyai hati yang busuk dan akhlak yang teruk.Sebabnya tidak beretika sebagai pengamal media sosial.
Baru-baru ini teman wanita sekerja saya, ada menerima mesej dari Wechat.Mesej yang mengandungi gambar kemaluan lelaki.Aduh! Tak senonoh langsung.
Dah lah teman wanita sekerja saya ini masih muda dan cantik orangnya.Melihat pula perkara yang tak senonoh maka akan memanipulasi fikiran mereka untuk kahwin cepat cepat.Bak kata orang Sarawak menjadi ‘kenja’
Itu baru seorang yang kita tahu.Persoalannya ada beribu-ribu lagi pengamal media sosial yang lain akan terdedah kepada perkara seumpamanya.
Jika nak viralkan kepada sejuta pengamal media sosial yang lain pun saya tak kisah.Anda yang kongsikan dapat pahala.Bagi (kaum isteri) yang mengambil dan mengamalkan ilmu tersebut lagi-lagi dapat pahala terutama ketika malam Jumaat.
Baiklah kita kembali ke pangkal jalan.Jauh terpesong pulak dah.
Ingat untuk menjadi pengamal media sosial yang berprofesional tidak perlukan segulung ijazah.Amat memadai kalau anda ada etika dan moral.
Anda cuma perlu kongsikan kebaikan dan jangan sesekali untuk berkongsi info yang berbaur lucah,perkauman,sensitiviti agama dan aib seseorang.
Jangan anggap dengan status berfikiran terbuka kita boleh sesuka hati berkongsi perkara yang dilarang agama dan melanggar moral serta hak asasi manusia lain.Berfikiran terbuka cumalah agenda pihak tertentu untuk memanipulasikan isu sensitif dan sensasi supaya dibincangkan secara terbuka.
Pihak tersebut aka dajjal suka melihat kehancuran,kemusnahan,huru hara dan kucar kacir dalam masyarakat.Mereka merintis jalan ke neraka bersama-sama.Nauzibillah.
Saya agak beremosi dalam perkara ini.Lagipun sebagai blogger,saya ada kemudahan untuk menyampaikan pesanan dan ingatan mesra buat pengamal media sosial profesional.Lagipun pesanan ini kepada diri saya sendiri dan keluarga.
Andaikata ada yang terasa saya memohon maaf.Hukum dunia mudah sahaja.Perkara benar memang menyakitkan.Perkara bohong pula bagaikan gula-gula.Sedap dirasa tetapi mengundang bala yang terpendam (kencing manis)
Skrg zaman yg susah nak kawal. Sgt mudah nak buat baik juga sgt mudah buat jahat. Tp nmpknya bnyk jahat dr baik…
dah sifat manusia..suka berbuat tak baik berbanding kebaikan
Wow.. Cerita teman wanita terima wechat tu betul ke? Jadi adakah dia rasa terganggu?
pembetulan ..itu teman sekerja wanita dan ia memang betul…nak cakap terganggu itu saya tak pastilah kerana jiwa orang muda memnang benda macam nie
Tahniah tuan sebab sampaikan peringatan baik ini kepada kami semua.. 🙂
he..he..sama-sama bro
Kebanyakan perempuan menghadapi masalah yang sama, menerima gangguan berbentuk lucah seperti itu. Kita pula lelaki ni selalu terganggu dengan group2 whatsapp yang sering dipost dengan gambar lucah. Walhal masing-masing dah kawin.
itulah fenomena sekarang…perkara buruk mudah dikongsikan dalam media sosial
sekarang nih zaman viral.. takut nak share benda2 yang tak patut…
zik recently posted…Malaysia vs UAE apa yang perlu diperbaiki??
bahaya sungguh viral nie..benda yang baik tak pelah
Alhamdulillah belum dapat yang lucah..dan harapnya pun takkan dapat la..selalu dapat pasal hartanah.
Memang kena beretika kan di media sosial ni..melambangkan peribadi
Noriza Rahman recently posted…Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
ho..ho..betul tu
Benar.. Tidak semua benda perlu dikongsikan di media sosial. Sikap terlalu terbuka takut menjerat diri sendiri
sekarang sangat menakutkan..ada yang mencari mangsa melalui facebook.
Mmg benar tu ramai yg tertipu melalui fb dgn kenalan yg kononnya dari luar negara yg menipu dgn beri hadiah..
sebab penipu sangat bijak memanipulasi pemikiran seseorang
Satu cabaran baru buat kita, diuji dengan kemudahan dan kepantasan teknologi. Memilih untuk manipulasikan teknologi untuk perkara2 yang buruk ataupun sebaliknya.
Yang penting kedua2 kerja buat kita itu dihitung Allah untuk timbangan mizan kita nanti.
itulah yang merisaukan..menjadi perhitungan di akhirat nanti