About mrhanafi

Minta izin terlebih dahulu untuk sesi perkenalan bagi yang pertama kali.Nama rasmi saya Mohd Hanafi Abdullah.Dalam dunia online saya suka dikenali sebagai mrhanafi.

Saya merupakan seorang mualaf yang berketurunan Melanau dari daerah Dalat.Tidak jauh dari bandar Mukah.Kini menetap di Kota Samarahan, Sarawak.

Blogger adalah pekerjaan yang saya amat sukai kerana membolehkan saya menulis dan berkongsi manfaat kepada pembaca.

Saya pernah bekerja selama 20 tahun dipelbagai syarikat kecil,besar dan multinasional dengan pelbagai jawatan.

Kini telah bersara dari bekerja makan gaji untuk merasai sendiri pahit manis sebagai seorang usahawan digital dan konvensional.

Saya amat berminat dalam bidang motivasi,bisnes dan pemasaran.

 Penglibatan saya dalam dunia blogger sejak tahun 2009 lagi tetapi mula menulis blog secara aktif pada penghujung tahun 2012 sehinggalah ke hari ini.

Ada banyak blog telah saya bina namun cuma satu blog sahaja yang saya benar-benar saya fokus untuk dikomersialkan iaitu blog mrhanafi dot com.

Blog mrhanafi.com banyak bercerita tentang kehidupan.Pahit manis dan suka duka.Namun memaparkan unsur-unsur kemanusiaan untuk menjadi pedoman,inspirasi dan pengajaran.
Yang baik diteladani manakala yang buruk dijadikan sempadan.

Kepakaran saya bercerita.Orang lain pun pandai bercerita.
Namun perbezaan saya dengan orang lain ialah saya bercerita menggunakan penulisan dalam blog yang mesra enjin carian Google. 

Selepas menulis dalam blog saya akan tularkan secara meluas di media
sosial Facebook,Whatsapp,Google Plus dan Twitter.


Strategi ini akan membina kesedaran dan mengwujudkan rasa ingin tahu pembaca tentang produk anda atau perkhidmatan anda ataupun jenama anda.

Kelebihan ini boleh digunakan untuk melonjak bisnes anda ke tahap yang lebih baik.

Tiada jaminan dan janji seperti bulan serta bintang.Namun sekiranya diberi peluang saya akan bercerita tentang produk,servis dan jenama anda sebaik yang mungkin.

Untuk tujuan pengiklanan,advertorial,kolaborasi dan review produk amat saya alu- alukan.Saya boleh dihubungi melalui saluran berikut: 

 1.Email : hanafi81212@gmail.com
 2.careline:019-8068007
 3.www.facebook.com/mrhanafidotcom
 4.wasap.my/add me

Sekian.Terima kasih kerana sudi berkenalan.

(Visited 225 times, 1 visits today)

9 thoughts on “About mrhanafi

Leave a Comment

CommentLuv badge