Siapa Pengamal Media Sosial Profesional

Siapa Pengamal Media Sosial Profesional…Saya mulakan dengan soalan.Ada sesiapa yang mengaku dirinya sebagai pengamal media sosial yang  profesional.

Kalau ya jom teruskan pembacaan.Kalau tidak pun boleh teruskan pembacaan hingga habis artikel ini.

Media sosial facebook,Whatsapp,Instagram,WeChat,Tweeter,Youtube dan banyak lagi sudah menjadi sebahagian kepada nilai kehidupan manusia masa kini.Penggunaan telefon pintar yang sangat meluas  telah membawa fenomena luar biasa.

telefon pintar

Budak budak sekolah rendah sudah ada telefon pintar.Apatah lagi orang bujang maupun golongan datuk nenek yang usianya disinonimkan dengan ayat power ini:

Rumah kata pergi,kubur kata mari.

Telefon pintar biasa dipakejkan dengan media sosial.Jadi pengguna media sosial lebih mudah dan bercambah dari hari sehari.

Soalnya kini adakah pengamal media sosial menjadi beretika dalam perkongsian pandangan,gambar dan sebagainya.Kalau ada etika maka anda layak saya nobatkan sebagai pengamal media sosial profesional.

WAJIB BACA :   Blog Buku Best Kini Dilancarkan

Anda akan diberi ganjaran berupa like,doa dan sokongan moral dari pengamal media sosial yang lain.

Siapa yang tidak beretika rugi sangat.Dunia penuh dosa manakala akhirat pula sengsara menderita.( maaf dakwah sikit).Seluruh makhluk hidup yang bersih jiwanya akan mengutuk mereka yang mempunyai hati yang busuk dan akhlak yang teruk.Sebabnya tidak beretika sebagai pengamal media sosial.

wechat

Baru-baru ini teman wanita sekerja saya, ada menerima mesej dari Wechat.Mesej yang mengandungi gambar kemaluan lelaki.Aduh! Tak senonoh langsung.

Dah lah teman wanita sekerja saya ini masih muda dan cantik orangnya.Melihat pula perkara yang tak senonoh maka akan memanipulasi fikiran mereka untuk kahwin cepat cepat.Bak kata orang Sarawak menjadi ‘kenja’

Itu baru seorang yang kita tahu.Persoalannya ada beribu-ribu lagi pengamal media sosial yang lain akan terdedah kepada perkara seumpamanya.

WAJIB BACA :   Jutawan App Penipu Atau Sebaliknya

Jika nak viralkan kepada sejuta pengamal media sosial yang lain pun saya tak kisah.Anda yang kongsikan dapat pahala.Bagi (kaum isteri)  yang mengambil dan mengamalkan ilmu tersebut lagi-lagi dapat pahala terutama ketika malam Jumaat.

Baiklah kita kembali ke pangkal jalan.Jauh terpesong pulak dah.

Ingat untuk menjadi pengamal media sosial yang berprofesional tidak perlukan segulung ijazah.Amat memadai kalau anda ada etika dan moral.

Anda cuma perlu kongsikan kebaikan dan jangan sesekali untuk berkongsi info yang berbaur lucah,perkauman,sensitiviti agama dan aib seseorang.

Jangan anggap dengan status berfikiran terbuka kita boleh sesuka hati berkongsi perkara yang dilarang agama dan melanggar moral serta hak asasi manusia lain.Berfikiran terbuka cumalah agenda pihak tertentu untuk memanipulasikan isu sensitif dan sensasi supaya dibincangkan secara terbuka.

WAJIB BACA :   Lesen memandu boleh diperbaharui 10 tahun

Pihak tersebut aka dajjal suka melihat kehancuran,kemusnahan,huru hara dan kucar kacir dalam masyarakat.Mereka merintis jalan ke neraka bersama-sama.Nauzibillah.

{sekilas pandang}

Saya agak beremosi dalam perkara ini.Lagipun sebagai blogger,saya ada kemudahan untuk menyampaikan pesanan dan ingatan mesra buat pengamal media sosial profesional.Lagipun pesanan ini kepada diri saya sendiri dan keluarga.

Andaikata ada yang terasa saya memohon maaf.Hukum dunia mudah sahaja.Perkara benar memang menyakitkan.Perkara bohong pula bagaikan gula-gula.Sedap dirasa tetapi mengundang bala yang terpendam (kencing manis)

Comments 18

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge