Jutawan App Penipu Atau Sebaliknya

Jutawan App Penipu adalah info yang menjadi buruan pencari maklumat di dalam blog saya. Kasihan mereka. Betul betul kasihan kerana keliru dengan ayat-ayat manis yang mengoda jiwa.

Bagi mereka yang mempromosi Jutawan App tidak akan mendakwa ia tipu.

Buat apa nak tipu kalau komisyen sentiasa masuk dan terus masuk.

Bagi pembeli yang sudah terpedaya, memang terang-terangan akan mendakwa Jutawan App penipu kerana sebab berikut:

1.Tiada hasil seperti yang dijanjikan.

2.Cair dengan ayat manis.

3.Mengharapkan robot bekerja.

4.Duit modal tak balik lagi.

5.Geram tak dapat hasil.

Alamak.

Nak nangis malu la pulak.

Nak marah pun tiada siapa yang dengar.

Akhirnya blog saya menjadi rujukan kerana sebelum ini saya ada menulis tentang Jutawan App.

Saya tulis artikel tersebut bukan untuk promosi. Saya tulis untuk beritahu pembaca bahawa saya tidak percaya dengan teori mendapat duit yang sangat mudah.

Jom saya bongkar mengapa saya kata Jutawan App sangat mudah mendapat duit. Logiknya tidak ada perkara yang sangat mudah seperti yang dijanjikan.

Ikutkan hati nak juga saya lakukan promosi besar-besaran supaya saya dapat banyak duit secara mudah. Ironinya saya tak sampai hati  la pulak jika ada pembeli terkial-kial mendapat balik modal bernilai RM390.

WAJIB BACA :   Bermain Dengan Driver Bukan Disengnajakan Untuk Suka-suka

Inilah teori saya untuk menyatakan Jutawan App bukan real bisnes.[nak cakap penipu tiada bukti dan tak sampai hati].

Saya mengandaikan Jutawan App ‘pelik semacam’ kerana sebab-sebab berikut.

Kenyataan ini saya petik dari website JutawanApp

jutawan app penipu

1.” duit akan masuk tak henti-henti ke dalam akaun”

Mak oii alangkah indahnya dunia ini jika betul-betul berlaku. Memang boleh berlaku tetapi tak mudah untuk semua orang.

Kuasa promosi mesti berganda dan hati mesti kering. Tahap kering seperti kemarau supaya bakal pembeli tidak berfikir panjang untuk membeli aplikasi tersebut.

Jangan peduli tentang siapa pembeli.Yang penting duit masuk. Satu jualan dapat komisyen RM200. Siapa yang tak nak duit sebanyak tu?

Persoalannya betapa ramai kecewa setelah membelinya.Dah beli baru tahu cakap tidak serupa bikin.

2.”Ini JAMINAN dan SUMPAH”

Setahu saya tiada jaminan dalam dunia ini. Saya masih hidup atau mati esok hari pun saya tak pasti.

Dah la ada jaminan dan main sumpah lagi tu. Perghh kalau pembaca cair iman, saya tak boleh cakap apa dah.

Ini real punya cerita.

Pelaburan yang patuh syariah tidak ada jaminan untung. Kalau pelaburan konversial memang ada dijamin untung iaitu interest.

WAJIB BACA :   Promosi Takaful Melalui Kaunter Bergerak

Pembaca jangan pula pening. Saya bagi contoh perkara yang melibatkan jaminan.

Sumpah-sumpah saya tak berani komen. Yang saya tahu sumpah adalah prosedur di mahkamah.Itupun tak boleh confirm sahih atau tipu.

50 50 kot.

3.”Hanya muat turun, install dan ia akan jalan sendiri.”

Ayat manis yang terlebih manis. Ada akal yang waras sekalipun boleh hilang ke laut jika emosi tidak dapat dikawal untuk kaya dan dapat duit banyak.

Misalnya.

Boleh jalan sendiri kerana ada robot yang cari bakal pembeli untuk kita. Robot ini akan menyelongkar emel-emel orang.

Saya tak berani kata salah atau betul. Yang pasti itu adalah kerja spammer. Sama-sama la kita fikir.

4.”Muat turun terus sekarang tanpa berfikir panjang.”

Benda yang baik pun perlu difikir panjang dan semasak yang boleh.Tetapi dalam promosi Jutawan App suruh orang jangan fikir panjang.

Pelik dan sangsi dibuatnya.

Sebagai manusia yang masih punyai akal, mengapa pulak nak buat perkara terburu-buru.Mana letaknya otak.

Alamak !

Saya pula jadi emo.

5.” Dijamin 100% halal di sisi undang-undang dan agama.”

Bagaimana kita tahu Jutawan App itu sah dan halal dari segi hukum syarak.

WAJIB BACA :   Khasiat tosai yang ramai terlepas pandang

Dalam website tersebut tidak disertakan sijil atau lesen yang ada cop pun. Saya yang kurang pandai ini tak boleh percaya la.

Ada sesiapa yang pakar boleh kasi komen.

6.”Tiada masa untuk melayan sesiapa.”

Kenyataan ini macam angkuh je.Bayangkan dah hidup senang sehingga tiada masa untuk bergaul dengan manusia lain.Tak guna juga menjadi kaya sehingga orang lain tidak diperlukan lagi.

Ingat kaya itu hebat sangat ke ?

Cewah naik emo lagi saya.

Maafkan saya kalau ada yang terguris dan terluka dalam jiwa.

7.”ANDA BERSETUJU BAHAWA JUTAWANAPP.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN”

Akhinya setelah menabur janji yang manis pencipta Jutawan App mengakui bahawa mereka tidak bertanggungjawab atas risiko pelanggan.

Kita gagal atau berjaya terpulangkan kepada rezeki masing-masing. Saya pun tak nak komen apa-apa kerana masing-masing ada fikiran yang cerdik dan pandai.

Kesimpulannya.

Saya menulis artikel ini kerana hendak menjawab pertanyaan bertubi-tubi dari pihak pembaca.

Terpulang kepada pembaca nak anggap Jutawan App penipu atau sebaliknya. Saya harap dapat menjawab segala kemuskilan para pembaca.

Mereka datangnya dari ruangan komen artikel yang saya tulis sebelum ini.

  • Kemas kini 29/12/22

34 thoughts on “Jutawan App Penipu Atau Sebaliknya”

    • tulah bro..

      saya selalu kena wasap personal untuk tanya perkara ini…

      kalau selalu sangat ..ambik masa juga tu.

      lain kali saya suruh mereka baca artikel ini je..

      hehehe

      Reply
  1. Apa yang penting memang tiada jalan mudah semuanya perlu usaha. Jadi amatlah penting untuk sentiasa waspada agar tidak mudah tertipu
    Ira recently posted…omegaMy Profile

    Reply
  2. Banyak jugak dapat email tentang jutawan app.. kerap sangat kena follow up…nak-nak cair jugak…nasib lah…masi ada kekuatan untuk terus mencari maklumat yang benar…terima kasih MrHanafi…atas perkongsian ini.. Moga ramai yang dapat menilai dan tidak mudah terpedaya…

    Reply
  3. Strategi yang mereka pakai untuk dapatkan pelanggan melalui fbads dan google adwords boleh dicontohi untuk dapatkan pelanggan baru dengan menggunakan strategi retargeting. Key point yang mereka tidak ajar kepada pelanggan baru adalah “Trafik”. Tanpanya anda tidak akan kemana.

    Reply
    • ilmu FB ad boleh tahan juga tu..

      siapa yang mahir cepat dapat hasil..

      seo lambat dapat kesan kerana orang suka tengook FB dulu sebelum Google

      Reply
  4. saya ada sorang kawan mase geng blogger dulu..kong namanya..lepas dia berhenti dari dunia blogging…dia ambil job buat apps..sekarang dah senyap mungkin dah kaya raya hehe

    Reply
  5. Kalau mengharapkan duit mudah, meman akan menyesal. Apa pun, kena rasional la. Persoalan asas ni perlu dijawab, “Duit tu datang dari mana?”

    ==

    Bila dah nampak cash flow, baru boleh buat kesimpulan, ianya scam atau tidak.

    Reply
    • alhamdulillah..itulah tujuan murni saya.

      bantu mereka yang memerlukan.

      cuma artikel ini belum rank lagi 1st Page Google (ketika saya tulis komen)

      Reply
  6. JutawanApp, salah satu lagi skim MLM/headhunting terbaru di Malaysia.
    Kalau betul robot yang dikatakan run untuk buat duit, sila bagi detail.

    What kind of robot?
    And they use affiliate marketing untuk cari mangsa-mangsa terbaru. This is very sad and pathetic.

    Secara tak langsung dah buruk burukkan industri IM di malaysia.

    So, Malaysian boleh ke google play and report their apps.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge