Alhamdulillah saya sudah selesai menjalani kursus eUsahawan Sarawak Trainer 2017 pada 25 Ogos 2017 yang lepas.Selama seminggu kami berkampung di Maktab Koperasi Malaysia cawangan Kuching.
Dah lega.
Saya amat syukur kerana terpilih.Kini saya tengah menunggu jawapan sama ada lulus atau kecundang selepas menduduki ujian penilaian tempohari.
Jika lulus saya layak untuk menjadi jurulatih eUsahawan bertauliah.
Jika gagal saya cuma mendapat ilmu menjana duit digital yang tinggi nilainya.
Keberangkalian adalah seperti berikut.
Peratusan untuk saya lulus cuma 50 peratus memandang saya tidak mampu menjawab soalan ujian dengan kemampuan sebenar.Banyak benda yang saya tahu dan faham tetapi semasa ujian seolah-olah keliru dan tidak ingat apa benda yang saya buat.
Saya ambil dua senario .
1.Worst senario
Saya kecundang kerana markah rendah.Saya redha dan saya akan aplikasi ilmu yang dipelajari untuk penulisan blog dan menjana pendapatan sendiri.Mungkin itu satu hikmah bahawa apa yang kita rancang dan inginkan belum confirm akan dapat.
Sekurang-kurangnya sudah mencuba sedaya upaya.
2.Miracle senario
Jika lulus saya sangat bersyukur.Saya anggap satu keajaiban yang berlaku diluar dugaan.In shaa Allah kalau itu dah dinamakan rezeki untuk membantu orang lain.Permulaan yang baik dalam bidang kejurulatihan.
Imbas kembali..
Saya teruja.
Saya adalah peserta pertama yang datang ke lokasi kursus Sarawak #YCD Trainer 2017.Ramai juga para peserta dan tentu tidak molek saya menyatakan secara tepat jumlah para peserta.Lain la saya diberi tugas untuk melaporkan secara rasmi aktiviti tersebut.
Semasa hari pertama juga kami diberi ujian pra kelayakan.Pada masa tersebut saya boleh menjawab dengan yakin.
Hari yang seterusnya..
Kami belajar banyak perkara.Segala ilmu dari sifu kami hadam dengan penuh minat.
Saya tidak memohon kebenaran secara rasmi untuk melaporkan perjalanan kursus ini maka saya ceritakan seimbas lalu sahaja.Tidak wajar untuk saya ceritakan secara lengkap apa yang kami pelajari sepanjang tempoh tersebut.
Lain la kalau pada masa akan datang saya dijemput khas untuk membuat paid review tentang kursus tersebut.hehehehe
Dua hari terakhir yang mendebarkan..
Hari pertama diadakan ujian pada sebelah paginya.Petang pula kami belajar secara teori bersama sifu Tuan Wan Nong Muzafar.Ramai juga rakan blogger tahu tentang beliau.
Hari terakhir yakni hari ketujuh kami ada sesi perbentangan manakala sebelah petangnya ujian untuk kali kedua.
Rupa-rupanya cara untuk menilai seorang itu layak untuk menjadi jurulatih eUsahwan adalah lulus ujian.
Dalam memudahkan pemahaman pembaca, saya sertakan cara untuk terpilih menjadi Jurulatih eUsahawan.
Prosedur ini yang telah saya lalui.
★ ★ Memohon melalui link Whatsapp
★★ Lepas ujian kelayakan secara online
★★ Duduki ujian bertulis pra kelayakan
★★ Lengkap 7 hari kursus
★★ Duduki 3 jenis ujian bertulis.
Cuma sayangnya ada dua perbentangan yang kami lalui tidak diberi markah.Sebab itu sesi perbentangan kurang ‘kaw-kaw’ kerana tiada point yang diberikan.
Kesimpulan.
Akhir kata saya merakamkan jutaan terima kasih kerana pihak MDEC,KOBIS,MKM dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kursus Sarawak #YCD Trainer 2017.
Penghargaan khas juga saya dan rakan-rakan peserta kursus tujukan kepada:
1.Tuan Zaiwin Kassim [Pengerusi KOBIS]
2.Tuan Sifu Wan Nong Muzaffar [Master Sifu]
3.Bro Hud [Sifu]
4.Bro Ammar [Urusetia KOBIS]
5.Bro Ahmad [Staff Sifu]
Ramai lagi sebenarnya.
Saya ucapkan terima kasih dan minta maaf jika ada terkasar bahasa yang menyebabkan rakan-rakan peserta terasa di jiwa.
Tak dapat la pula saya tulis nama rakan-rakan peserta kursus [kalau saya tulis satu persatu macam prospek la pulak].
Mungkin ada diantara mereka berjaya ditauliahkan sebagai eUsahawan Trainer maka saya ucapkan tahniah.Buatlah yang terbaik dan pikul amanah tersebut denga penuh komitmen.
Tak ketinggalan juga kepada mereka yang kecundang untuk meneruskan perjuangan [mungkin termasuk saya] jangan berputus asa dan kecewa.
Ada banyak lagi peluang untuk kita membina jenama,pendapatan dan bakti kepada rakyat Sarawak.
Cari dan terus cari.
Untuk itu ingat sahaja kata-kata ini.
“Jika anda menemui satu pintu tertutup maka ada sembilan lagi pintu lain terbuka untuk kita lalui meraih kejayaan”
Sekian.
Jumpa lagi dan jangan malu-malu untuk pilih antara satu pilihan dibawah ini.
♥♥ Tolong Like Fanpage
♥♥ Sertai Group Whatsapp
♥♥ Bagi komen ikhlas
♥♥ Share artikel ini
Yang penting ilmu yang diperolehi rezeki ada di mana2 shj.
saya sangat suka..
rezeki ada mana-mana.
‘dont stick with one source only’
Setuju, Mas. Memang rezeki itu gak bakal ketuker 🙂
Salam kenal, Mas Hanafi..
salam kenal Mas Andi..
rezeki itu bisa datang bila-bila jika kena tempatnya..
in shaa Allah
mesti lulus punya…tuan sudah khatam dlam kepala pasal dunia duit online ni..dah jadi mentor nanti jangan lupakan kami di bawah hehe
Belang Tarung recently posted…Arang Hilangkan Bau Busuk dan Bau Hapak dengan Konsep Kimia
persoalan sekarang ialah ilmu yang ada dalam kepala saya tak sama dengan soalan yang keluar dekat kertas ujian tersebut..
hehehe
Tahniah.. In Shaa Allah lulus tu…
Tumpang gembira tengok tuan bergambar dengan Tuan Wan Nong Muzafar antara legend pemasaran internet di Malaysia…
Anuar recently posted…Teknik nak dapatkan RM30 Ribu untuk Kahwin dan Beli Kereta Tanpa Personal Loan
belum lulus lagi tuan..
nak ucapkan tahniah kerana berjaya mengharungi 7 hari tersebut mungkin boleh la…
untung tuan dapat peluang untuk belajar lebih detail lg ttg ilmu keusahawanan..semoga terus sukses
JMR recently posted…Dad & Son || “…ada kereta tak? “
alhamdulillah..
saya tengah praktis apa yang patut ..
yang penting dapat ilmu, kalau lulus jadi coach, itu bonus!
apa-apa pun semoga berjaya!
siti hazreen recently posted…Terima Tab3 7 Essential Lenovo – Terima Kasih Kementerian Pendidikan Malaysia
yalahkan..kalau lulus.bonus
tak lulus…just praktik kan ilmu untuk dapatakan duit..
dah kita terlebih bonus
Tibe2 terase macam nak pegi kursus tu jugak hehe..pape pun tahniah kerana berjaya terpilih untuk kursus yang hebat ni 🙂
Jika ada rezeki InsyaAllah tuan akan jadi jurulatih bertauliah 🙂
Thehaikal recently posted…Cara Buat Simpanan Kahwin Dengan Gaji RM1000
tuan yang hebat dalam dunia online pun nak belajar ..itu dah kira terbaik..
terima kasih tuan kerana memberi sokongan kepada saya..
tengok keadaan la nanti..
kalau lulus boleh pergi jauh lagi..
in shaa Allah
wah terbaik
tahniah
terima kasih akak Lynn..
wah tahniah. walau lulus atau tidak, ilmu yg dapat tu paling berharga kalau diaplikasi. fast action fast result.
terima kasih dan saya suka cara awak berfikir..
terbaik gitu..
Apa pun keputusannya, anggap sahaja ianya adalah yang terbaik untuk kita 🙂
terima kasih tuan..
jawapan yang menyejukkan hati saya..
Alhamdulillah.. Tahniah saudara.. sebab dah pun selangkah menyahut cabaran utk jadi jurulatih e-Usahawan.
Ada ujian rupanya ya utk jd trainer tu? Patutla nampak bukan calang-calang org juga yg dtg sbg trainer e Usahawan ni (kenal beberapa org trainer hebat)
Zaleha Awaluddin recently posted…Testimoni Kecutkan Cyst Tanpa Pembedahan. Ini Yang Ibu Hamil Ini Lakukan.
sebab nak didik orang lain..
logiknya kalau diri sendiri tak cukup power ..
lebih baik jadi peserta dan bukannya trainer..
terima kasih kerana bagi sokongan moral..
Tahniah atas kejayaan tuan. semoga kejayaan lebih besar akan menyusul atas kejayaan ini
Mazni Azmi recently posted…10 Tanda tanda bersalin semakin hampir. Buat persiapan awal cepat!
aamiin dan terima kasih..
mudah-mudahan berkat doa kita orang.
Amiiin
ibrahim recently posted…Akhirnya SEC dan FTC Menyetujui Usitechinfo.net Masuk Pasar Amerika secara Legal
terima kasih..
moga dimakbulkan.
aamiin.
rindok ati dapat g berkursus. selamat hari kebangsaan bro.
MOHDHAFIZ.TK recently posted…Blog dan Google AdSense USA
hehehe..
nang best gilak kursus ariya bro..
yalah tek..
bingung exam jak gik..
mun lulus rezeki berganda.
apa-apapun selamat hari merdeka juak dengan bro
seronok bila dapat peluang ke majlis ilmu seperti ini
alhamdulillah..memang seronok sangat bro..
kalau boleh mahu belajar lagi biar ada hasil kaw-kaw..
Kita merancang, namun Allah sebaik-baik perancang.
Moga mendapat yg terbaik…aamiin
in shaa Allah…
membaca komen Fidah menyebabkan saya redha sahajalah
Alhamdulillah… satu pengalaman ilmu yg cukup berharga. In shaa Allah, semoga dipermudahkan segalanya buat tuan mencapai kejayaan… aamiin.
Khir Khalid recently posted…Aspirasi Kemerdekaan Dan Salam Aidiladha
aamiin dan terima kasih tuan..
moga mendapat kebaikan semuanya
Terus semangat tuan, semoga sukses terus Amiiin
ibrahim recently posted…Awas, 7 Kebiasaan Buruk ini Menyebabkan Pori-pori Kulit tersumbat, nomor 3 paling bahaya !
terima kasih kerana memberi sokongan moral dan padu..
Wahh terbaik lah.
alhamdulliah dan terima kasih..
InsyaAllah kejayaan akan menjadi milik tuan. Semoga terus berjaya pada masa akan datang. Keep positive and keep fighting.
aamiin …
saya suka word nie..
keep positive and keep fighting
Ilmu sudah di dapat, modal ada…saatnya memberikan pembuktian diri,..semoga menjadi enterpreneur sejati gan,..sukses selalu
Zulham Efendi recently posted…Rujak Rambutan Yang Menggugah Selera
aamiin dan terima kasih Mas..
i really need your moral support
Alhamdulillah, tentu banyak ilmu yang diperolehi dari program khas yang diadakan selama seminggu ini. Komitmen saudara mrhanafi yang berterusan itulah yang membina kekuatan. Insya-Allah rezeki itu tetap ada, kerana rezeki itu sendiri luas dan tiada batasan.
Gum Arabic Al-Manna recently posted…Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
tulah…kalau rezeki kat situ tiada..
kita cari rezeki tempat lain pula
tahniah sebab hadiri kursus ni… semoga berjaya
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Filem IT 2017
terima kasih Nik Khazami..
doakan saya untuk murah rezeki..
makasih gan buat infonya dan semoga bertambah sukses
sama-sama ye..
selamat datang juga ke blog saya.