Saya tidak menyangka merasai pengalaman di tempat swab test Kuching. Bukan sesuatu yang menarik tetapi wajar juga dinikmati.
Pada pagi ini saya turun bekerja seperti biasa. Lebih kurang jam 9 pagi saya terbaca dalam Grup Whatsapp.
Alamakβ¦
Seorang penghuni di tempat saya ada tinggal memberitahu dia disahkan positif Covid-19.
Pada ketika itu, beliau rasa kurang sedap badan dan segera mendapatkan swab test diΒ Normah Medical Specialist Centre
Keputusannya positif.
Saya mula terbayang sesuatu.
Pasti kena Ujian Swab, kuarantin dan isolasi.
Memang betul pun terjadi.
Kira-kira jam 3.30 petang saya terus dapatkan temujanji untuk ππ’π©ππ-ππ΅ ππ°πΏπ²π²π»πΆπ»π΄ di Timberland Medical Centre
Tempat swab test Kuching
Dengan bayaran RM220, saya menjalani dua ujian. Ada juga yang percuma namun keputusan agak lambat. Biasa biasalah kan.
Satu ujian cucuk hidung dan keduanya jolok tekak.
Semasa dicucuk hidung memang terasa benda yang panjang.
Dicucuk dan dipusing untuk di kedua lubang hidung.
Hasilnya lubang hidung lebih luas dan senang bernafas.
Tidak lama selepas itu, tekak pula dijolok dengan sejenis alat.
Rasa macam nak muntah tapi tak muntah. Macam magik la pulak.
Prosesnya tidak lama. Tidak sampai 5 minit.
Selesai sahaja, saya disuruh balik macam biasa dan keputusan akan diketahui keesokkan.
Kini keputusan dalam penantian ( ketika artikel ini ditulis)
Maknanya sekarang ini saya perlu segera ketahui status setelah menjadi kontak kepada pesakit positif Covid-19.
Jika negatif saya hanya perlu kuarantin diri selama beberapa hari.
Jika positif, maka sesiapa yang ada kontak rapat dengan saya akan dikenakan ujian swab juga.
Inilah kesan kurang enak kepada kita semua pada masa kini.
Sekarang kita memang hidup bersama virus Covid-19.
Larilah sejauh mana yang mampu, belum tentu dapat selamat 100 peratus.
Sebab itu vaksinasi diperlukan untuk meningkatkan sistem imunisasi.
Selain itu wajib ambilΒ makanan herba seperti halia hitam dan madu asli.
Makanan tambahan ini sebagai cara untuk melindungi bagi mereka yang belum kena dan membantu rawat kepada mereka yang sudah terkena.
Nyawa dan kesihatan sekarang ini sudah tidak boleh main-main lagi.
Saya berharap dapat keputusan negatif dan keputusan ini pasti melegakan semua pihak.
Semoga semuanya selamat dan sentiasa sihat.
Semoga dipermudahkan urusan dan negative resultnya.
alhmadulillah…kak mim
jawapannya negatif
semoga tuan tidak kena covid ni. sy pernah masuk wad angkara virus durjana ini.
setakat ini..alhamdulillah.
keputusannya masih negatif
stay safe ya…
sy buat swab thn lps. rs nya ckp laa sekali buat. perit kena korek hidung tu mcm terasa lg smpi skrg. tp laa ni dah ada kit ujian dgn air liur je. lg mudah. tp tu laa selalu sold outπ
kena swab test biarlah sekali jer seumur hidup ..
mana boleh buat selalu terutama yang berbayar.
ka;au yang percuma juga guna masa…kan
oo mr h buat pcr ye.. ngeri
tak delah nak ngeri sangat.
itu semua bersifat emosi jer tau