Jihad membuka mata bukan angkat senjata

Mungkin ada juga yang sama spesis seperti saya yakni liat untuk bangun pagi.

Saya mengakui amat sukar untuk sedar atau bangun tidur tanpa alarm.

Kalau nak ikutkan hati dah tak mahu bangun-bangun lagi.

Sampai ke tahap begitu sekali.

Namun jangan salah anggap pulak.

Saya tetap bangun untuk solat subuh dan kini bangun awal untuk sahur.

Saya seperti orang yang jihad tapi bukan angkat senjata seperti saudara kita di Gaza.

Jihad saya membuka mata untuk bangkit dari tidur.

Alhamdulillah setakat ini saya berjaya dalam jihad membuka mata.

Kejayaan yang dikecapi itu dibayar dengan rasa mengantuk untuk beberapa jam kemudian.

WAJIB BACA :   Pengalaman gunting rambut semasa PKPP

Memang tepat sekali tujuan kita berpuasa iaitu menunduk nafsu semata-mata kerana Allah.

Nafsu mazmumah yang dikekang akan membentuk jati diri yang terbaik.

Semoga kita semua boleh mengaitkan ibrah puasa ini dengan memaknakan jihad pada tempat yang betul.

Sesungguhnya  jihad itu terlalu luas maksudnya untuk kita fahami, selami dan hayati dalam hidup ini.

12 thoughts on “Jihad membuka mata bukan angkat senjata”

  1. bagi lelaki jihad untuk membuka mata dan bangun makan.. bagi kami suri rumah bekerjaya ni.. perlu jiha mcm2.. jihad nak bukak mata, jihad nak sediakan makanan, dan yang terpaling jihat perlu gerakkan semua anak2 yg pelbagai ragam di pagi yg hening.. 😀

    Reply
  2. rasa malas itu harus di lawan bang, memang berat sekali rasanya,mata mengantuk, tapi ada kewajiban buat menjalankan saur dan yang lainnya, moga amalan puasa kita di lipat gandakan pahalanya.

    Reply
  3. dulu, mudah saya bangun seawal jam 4pagi..rutin sejak sekolah menengah. tapi bila dah beranak pinak, susah saya nak bangun seawal itu. setiap hari berharap untuk bangun awal macam dulu tapi masih tak daya nak melawan beratnya mata untuk dibuka

    Reply
  4. Kadang-kadang tuh bila terjaga di awal pagi udah klik pok klik pok mata tidak boleh tidur semula. Kadang-kadang tuh tertidur sampai terbabas pun ada. Macam-macam cerita:)

    Reply
    • itu perkara biasa dan kalau dalam keadaan begitu bagus ambik sejadah dan beribadah.,

      nanti tak lama lepas tu boleh lena lagi hehehe

      Reply
  5. sy pun jenis yg liat nak bgn…tp terpaksa jg bgn…
    kalau x semua akan jadi lambat…
    even tido awal pun ttp rs mcm tak ckp tidur…

    Reply
  6. betuuul bang. kalo boleh pun, saya tak nak sahut, tapi langsung saya niat puasa dari malam. sebenarnya kuat. dulu pun saat kuliah di Penang, saya begitu. tak sahur. tapi sekarang tak mungkin paksa suami dan anak2 ikut cara itu kan. hrs bangun, prepare sahur hangat buat mereka . menu simple tapi semoga bisa dapat redha dari allah

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge