Sudah hampir tiga bulan saya tidak gunting rambut sejak PKP dan PKPB. Cuma ketika PKPP sahaja dibenarkan kedai gunting rambut beroperasi. Itupun wajib melalui beberapa SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.
Tindakan ini wajar dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.
Pada mulanya rasa kurang yakin untuk bergunting rambut semasa fasa ini. Ikutkan hati mahu sahaja saya biarkan rambut panjang.
Namun rambut panjang menyebabkan saya rasa kurang selesa dan agak merimaskan.
Dari segi rupa memanglah nampak tidak kemas dan tidak menyenangkan mata memandang. Selain tidak hensem. hehehe
Saya sudah tiada pilihan.
Saya terus ambil keputusan untuk mengunjungi kedai gunting rambut yang tidak jauh dari tempat saya bertapa.
Seperti mana kedai yang lain juga, saya perlu merekod nama, nombor telefon dan bacaan suhu badan.
Selesai sahaja SOP tersebut, saya terus mendapat giliran untuk bergunting rambut.
‘Timing’ yang betul.
Pada masa itu cuma ada seorang sahaja pelanggan. Kebetulan kedai gunting ini ada dua orang tukang gunting.
Setelah berbincang sedikit bagaimana untuk ‘setting’ rambut saya, dia memulakan tugasnya.
Entah mengapa komunikasi kami kurang serasi. Permintaan saya didapati kurang fahami dengan jelas.
Mungkin saya salah kerana saya kurang pandai untuk menjelaskan apa yang saya mahukan.
Sepanjang proses dia mengerjakan rambut saya, kami tidak bersembang mesra.
Saya beranggapan dia sudah keletihan kerana melayan pelanggan sebelum ini. Lagipun masa saya mengunjungi kedai tersebut selepas waktu maghrib.
Tidak dinafikan kerja-kerja mengunting rambut memang meletihkan kerana faktor berdiri, berdepan dengan orang yang baru dikenali dan banyak lagi faktor yang lainnya.
Hanya orang ada ‘passion’ dalam bidang ini boleh rasa ‘enjoy’ pekerjaan tersebut. Sungguhpun perolehan dalam bidang ini tidak kurang hebatnya.
Bayangkan satu hari dapat pelanggan 10 orang yang dikenakan caj RM15 sekepala. Maknanya sehari boleh dapat RM150. Dalam sebulan boleh cecah purata pendapatan lebih RM4000.
Perkiraan ini untuk mereka yang bekerja ‘freelance’ dan bukan makan gaji di kedai tukang gunting.
Kita tinggalkan kisah ini dulu. Saya sambung balik pengalaman saya gunting rambut semasa PKPP ini.
Agak cerewet juga saya semasa gunting rambut kali ini. Jika rasa belum berkenan saya suruh dia ‘adjust’ beberapa kali sehingga menepati apa yang saya mahukan.
Secara jujur saya akui dia masih belum begitu mahir untuk mengunting rambut. Cara dan tekniknya belum menampakkan dia seorang profesional.
Luahan saya ini tidak saya ditujukan kepada siapa dia dan di mana dia beroperasi dengan jelas. Lagipun mengaibkan orang lain dengan niat tidak puas hati bukanlah akhlak yang baik.
Apa yang saya nyatakan ini cumalah ‘feedback’ dalam usaha memperlihatkan peluang memperbaiki diri saya sendiri sendiri dan dia pada masa yang akan datang.
Akhirnya setelah beberapa ketika, rambut saya sudah siap digunting, sudah kemas dan sudah kembali segak sebagaimana komen ‘seseorang’ tu.
Kos untuk mengunting rambut ini dalam RM15. Masih berbaloi dan saya bayar RM20 kerana melayan cerewet saya ketika gunting rambut. Saya katakan padanya RM5 sebagai hadiah kerana berjaya membuka kedai gunting rambut pada hari pertama PKPP.
Cerita berakhir di sini.
Sebelum tu saya belanja beberapa keping gambar saya semasa berambut panjang dan selepas berambut pendek. Jangan pulak gelak. Kalau nak puji jangan pulak berlebihan. hahaha
Semoga ada manfaatnya.
Nota pendek:
PKP = Perintah Kawalan Pergerakan
PKPB = Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
PKPP = Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
SOP = Standard Operation Prosedure
KKM = Kementerian Kesihatan Malaysia
Haha..
Hensem Gila.
Aku Tak guntting lagi Ni.
titan recently posted…Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
hahahaha..terima kasih bro.
kalau belum panjang sangat boleh je gunting pada hujung bulan nanti
Nampak panjang sungguh rambut tu…dah potong nampak kemas rapi macam budak sekolah hehehe…Anak saya sampai sekarang taknak pi gunting….tunggu nak naik Poli baru pi kerat…
Sis Lin recently posted…5 WESTERN RESTAURANTS YOU MUST CHECK OUT IN KUALA LUMPUR
kan..
best juga macam budak sekolah ni ..
muda 20 tahun…sama level dgn anak saya yg form 5 skrg hehehe
Hahah.. ok apa muka kpop tu.. macam kena je.. macam sesuai je..
tapi fesyen tu tak sesuai untuk orang dah berusia ..
macam buang tabiat pun ada hahaha
Hahaha. Aduh sorry la tergelak sekejap 😅😅.
P/s: Ada je yg suka lelaki rambut panjang.
hahaha…tak pe.
kalau betul-betul saya tak nak orang gelak memang saya tak post ganbar pun hahaha
saya memang tak selesa kalau berambut panjang
abe kie suka gunting rambut level 1…mcm Mawi gitu. sbb ringan rasa kepala ni.
kalau macam tu bagus Abe.
kekerapan bergunting rambut boleh dikurangkan.
Tak guna mintak rambut dab juga syampu.
ada penjimatan di situ