Bina taman cinta segerakan rasa bahagia

Alhamdulillah saya masih berkongsi tentang konsep dasar magnet rezeki.Namun saya analogi dengan bina taman cinta.Biarlah pembaca rasa teruja dan rasa ingin tahu lebih daripada biasa.

Bukan bina taman biasa-biasa.Sebaliknya bina taman cinta yang paling diingini semua manusia dalam dunia ini.

Dalam ilmu yang disampaikan oleh Pak Nasrullah, saya dapati beliau menganalogi bina taman untuk menarik kupu-kupu.

Taman itu diandaikan bahagia, tenang dan hidup senang manakala kupu-kupu berupa wang, harta, perniagaan, pekerjaan dan sebagainya.

Cukup menarik analogi beliau.

Realitinya kita hari ini sangat memfokus mencari duit.Seluruh panca indera kita digunakan untuk berfikir tentang duit, duit dan duit.

Ke sana fikir duit. Ke sini fikir duit.

Tidak kira siang dan malam.Malah sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur masih juga berbuat demikian.

Tiada lain selain untuk fikir mendapatkan duit.

Duit seperti raja.Memanglah ada orang kata “Cash is King” bak kata Bossku.

Pada mulanya saya setuju duit adalah segalanya kerana belum faham apa itu keajaiban hidup.

Nah…sekarang tidak lagi.

Panduan percuma jemput keajaiban hidup

Memanglah banyak duit akan menjadi hidup kita lebih senang, banyak harta dan ada kemudahan untuk berbuat apa sahaja termasuk mendapat cinta.hehehe.

Akibat terlalu mengejar duit ada persoalan lebih utama kita terlepas pandang begitu sahaja.

Terlepas pandang sehingga mengundang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Persoalan utama yang saya maksudnya adalah membina taman cinta.

Jika dengan Pak Nasrullah pula taman kupu-kupu.

Jangan pula keliru kerana konsepnya sama sahaja.

Taman cinta versi saya adalah hidup bahagia, tenang dan senang.

Bahagia kerana jiwa semakin dekat dengan Allah SWT.

Tenang kerana dalam hatinya sentiasa ingat Allah SWT.

Senang kerana dasar emosinya kagum dengan kekuasaan Allah.

Inilah taman bahagia.Insan yang hatinya dekat dengan Allah dan Allah sahaja dalam semua perkara.Allah sahaja menjadi sandaran utama.

Setelah terbangunnya taman cinta, rezeki kita menjadi sangat mudah.Bahkan luar biasa dan keajaiban hidup akan silih berganti.

Buktinya berdasarkan apa yang Pak Nasullah ceritakan dalam video berikut:

6 thoughts on “Bina taman cinta segerakan rasa bahagia”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: