3 rahsia untuk pikat wanita tanpa berbicara

Saya terpanggil untuk kongsikan rahsia pikat wanita tanpa berbicara ini. Bukan bermaksud untuk saya secara peribadinya. Jauh sekali untuk diakui saya hebat dalam perkara tersebut.

Baru-baru ini saya terdengar kawan-kawan sepejabat ingin memikat wanita.

Mereka usik saya,

“ Cubalah tanya Hanafi, dia tu otai dalam bab pikat memikat “.

Saya tersenyum seraya membalas,

“Saya sudah pencen. Sudah tidak seperti dulu lagi”.

Perbualan kami berhenti di situ. Saya sambung semula kerja yang tertunda seketika.

Sebetulnya saya tahu cara pikat wanita tanpa berbicara ini. Itupun saya perolehi dari Youtube.

Caranya seperti berikut :

1.Berpakaian kemas

Wanita suka lelaki berpakaian kemas. Tidak semestinya mahal. Yang penting rupa elok dan sedap mata memandang dengan berpakaian sedemikian.

Pilihlah pakaian yang sesuai. Mungkin juga sesuai dengan suasana atau acara. Paling tidak, sesuai dengan bentuk badan dan trend semasa.

2.Berbau wangi

Wangian adalah terapi minda. Lelaki yang berbau wangi pasti disenangi wanita.

Mereka suka mendampingi orang yang berbau harum yang lembut dan ‘cool’.

Jika ada hati untuk memikat wanita idaman, mengapa tidak untuk menggunakan wangian sebagai umpan rasa mereka.

Laburlah duit untuk membeli wangian yang berkualiti. Pelaburan akan berbaloi jika wanita yang cuba dipikat akan jatuh hati pada kita.

3.Berjalan tegak

Tidak sangka juga cara berjalan jadi perhatian wanita. Menurut informasi dari Youtube, wanita suka kepada lelaki yang ada keyakinan dan ciri kepimpinan.

Berjalan tegak melambangkan lelaki hebat, ada aura tersendiri dan maskulin.

Sekiranya ingin memikat wanita, cuba perbaiki cara kita berjalan. Hanya orang yang berjalan tegak terlihat ciri-ciri lelaki yang hebat.

Perhatikan anggota keselamatan seperti polis dan askar. Cara mereka berdiri dan berjalan amat menarik.

Tidak hairan ramai wanita suka kalau bakal suami mereka dari anggota keselamatan.

Mereka sangat segak dan menyakinkan ketika berjalan.Tambahan pula mereka ada reputasi sebagai insan yang boleh memberi perlindungan kepada orang awam.

Begitulah perkongsian ringkas saya tentang rahsia memikat wanita tanpa berbicara.

Namun saya percaya rahsia tersebut bukan penentu mutlak untuk menjadikan seseorang wanita boleh jatuh hati kepada lelaki.

Soal hati, hanya Allah sahaja yang berkuasa.

Bagi Allah SWT membolak-balikkan hati lebih mudah dari manusia itu sendiri membalikkan telapak tangan mereka. Kenyataan ini disuarakan oleh Ustaz Hannan Attaki dalam satu ceramah beliau.

Tidak timbul siapa yang hebat dan siapa yang lemah dalam menawan hati wanita. Hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Itulah hakikat yang wajib kita yakini sepenuh hati.

2 thoughts on “3 rahsia untuk pikat wanita tanpa berbicara”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: