Benarkah kata kata hidup ini keras kawan ?

Kata kata hidup ini keras kawan macam janggal dan tak kena dengan tempatnya. Tapi ada benar juga sebagaimana tagline Tiktoker terkenal Malaysia iaitu Tuan Azri Walter. 

Beliau selalu kata,

“Henyak sampai lunyai” 

Sebab hidup ini keras.

Keras kerana ujian silih berganti.

Cabaran pula datang dan pergi  

Sebab itu perlu semangat kental dan perjuangan yang gigih.

Perlu usaha bertali arus dan tindakan tanpa putus

Jika tidak cara biasa boleh gunakan cara luar biasa.

Bagaimana ?

Inilah persoalan yang selalu bermain dalam minda golongan yang akan berjaya.

Golongan ini mempunyai sebab dan alasan yang kuat untuk berjaya.

Mereka mahu berjaya bukan kerana kehendak dan kepentingan diri semata-mata.

WAJIB BACA :   ADAM50 Hadiah Terbaik Untuk Bayi Malaysia

Ada yang mahu berjaya kerana membahagiakan ibu bapa.

Ada juga yang sangat mahu berjaya kerana kepentingan keluarga, anak isteri dan masyarakat sekitarnya.

Malah ada yang mahu berjaya kerana terpaksa berbuat demikian atas desakan hidup yang menghimpit.

Orang berjaya kerana tujuan dan sebab yang jelas.

Sudah tentu sebagai seorang blogger, mrhanafi mahu berjaya mengatasi Cabaran Terhebat Seorang Penulis Blog

Itulah satu artikel yang pernah mrhanafi tulis pada tahun 2016.

Usia penulisan artikel tersebut sudah mencecah lima tahun.

Dulu ada kata-kata humor yang sinis tapi popular khas ditujukan kepada golongan wanita.

Mungkin boleh dikaitkan dengan topik artikel kata kata hidup ini keras kawan.

WAJIB BACA :   Nak menjemput atau mencari rezeki

Kata kata hidup ini keras kawan

kata kata hidup ini keras kawan

“Carilah lelaki yang suka kerja keras dan ada barang keras untuk dijadikan pasangan hidup”

Baguslah kalau ada yang faham dan kalau belum faham buat-buat la faham hehehe.

Faham dan itu sahaja perkongsian kali ini. 

18 thoughts on “Benarkah kata kata hidup ini keras kawan ?”

  1. Pada pendapat saya, hidup ni senang. Bukan keras. Hati kita yang kita kena jadikan keras, atau kering, atau dalam bahasa rock-nya, buat bodoh. Hehe. Pendapat saya je.
    Nur recently posted…Sarapan cucuqMy Profile

    Reply
  2. ada betul jg kata en azri tu.
    pandangan sy, ia bergantung kpd latar belakang seseorg jg. ada yg mesti kerja keras sbb dia perlu tanggung keluarga. ada yg mesti kerja keras sbb dia nak capai target tertentu.

    ada org yg hidupnya mmg tak perlu kerja keras. semuanya tersedia. semuanya mudah. sbb dia lahir dlm keluarga berada.

    bagi kita yg B40 ni, hidup mmg kena henyak sampai lunyai kalau nak berjaya. tp pada masa sama jgn abaikan aspek2 yg lain.

    Life presents you with so many decisions. A lot of times, they’re right in front of your face and they’re really difficult, but we must make them

    Reply
  3. hidup keras tapi rasanya tak selalu .. ibarat laut, adakalanya tenang, adakalanya kena badai.

    hidup terlalu gampang, tak bagus juga. mental dan skill kita tak bisa berkembang 😄. tapi kalo hidup selalu keras terus menerus, itupun membuat hati kita jadi tak lembut. kasar, demotivated etc…

    semoga saja kita bisa merasakan hidup berimbang, kadang keras, tapi kadang smooth 😁

    Reply
  4. Ya, hidup memang keras. Namun, setiap orang memiliki perjuangan dan tentangan yang berbeza-beza. Kita harus belajar mengatasi kesulitan dan menemukan cara untuk menikmati hidup meskipun dengan segala kesulitannya. Jangan menyerah dan terus berusaha untuk mencapai tujuan masing-masing.

    Saya suka ayat: Henyak sampai lunyai.
    Afiffuddin recently posted…Harga Saham TMMy Profile

    Reply
    • Itulah ayat yang boleh kasi sentap kepada orang yang hatinya keras..

      ambil prinsip mudah…Allah ada untuk kita..doa dan serahkan kepadaNya.

      KIta hanya berusaha

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge