Tahun 2023 sudah menjelma dan meninggalkan tahun 2022 buat selama-lamanya.
Yang pasti tahun yang berlalu sudah meninggalkan pelbagai kenangan.
Suka dan duka, pahit dan manis.
Begitu juga tahun tersebut sudah mencipta dan mencatat pelbagai kejayaan mahupun kegagalan.
Kita tinggalkan tahun 2022 dan kini menjalani tahun 2023.
Tahun ini dijangka kemelesetan ekonomi.
Itu jangkaan sahaja dan ramalan pakar-pakar ekonomi.
Apa-apapun perkara yang berada di luar kawalan usah terlalu dikhuatiri.
Fokus kepada perkara yang berada dalam kawalan seperti sikap, cara pemikiran dan tindakan.
Mulai tahun ini jom berubah kepada yang lebih baik.
Buat peningkatan walaupun cuma 1 peratus setiap hari.
Jika ada azam 2023, usahakan untuk dilaksanakan.
Jika ada perancangan, lakukan tindakan sepenuhnya.
Jika ada impian, inilah tahun terbaik untuk merealisasikan.
Akhir kata, selamat tahun baharu 2023 buat kalian semua.
Selamat Tahun Baharu Encik Hanafi.
ya…sama juga dengan awak Cik Na.
tahun 2023 ramai m’jangkakan tahun yg lebih mencabar. moga kita diberi ketabahan mghadapinya.. salam tahun 2023!
anamizu recently posted…Jadi Lebih Baik!
Moga kita bersedia dan apa yang dijangkan tidak seteruk seperti yang apa selalu kita fikirkan
selamat tahun baru…moga tahun baru ni lebih baik dr tahun sebelum ini..
Aamiin dan terima kasih ya…moga doa itu sama juga dengan Mummy Ayu
seram sbnr nya bla dgr psl kemelesetan ekonomi ni… dgn covid tak reda… bohonglah kalau kata tak risau…
jangan risau dan ingat kata-kata Mamat blogger tu..
jangan takut dengan perkara berada di luar kawalan kita
selamat tahun baru 2023😀
selamat tahun baru juga Anies
Happy New Year too 🙂
Ya…selamat tahun baharu juga
Saya suka baca tulisan Encik Hanafi.
Setuju, tak perlu fikir benda luar bidang kuasa kita, baik fokus pada benda yang kita boleh control. 🙂
Nur recently posted…Kembali ke rutin biasa
Inilah pujian pertama untuk tahun 2023.
Terima kasih kerana hargai tulisan yang tak la bagus sangat ni..
awak pun apa kurangnya dan mari kita konsisten menulis agar mutu penulisan sentiasa mekar dan wangi hehehe
happy new year Bang Hanafi 🎉🎉. semogalah Yaa berita2 yang bilang tahun ini bakal resesi banyak terjadi, tak terlalu berefek ke Negara2 kita. masih optimis kalo Malaysia dan Indonesia bisa melalui masa2 sulit ini.
selamat tahun baharu juga buat sis Fanny…moga segala impian dan cita-cita berjaya terlaksana dalam tahun ini