Gajet sinonim dengan telefon pintar. Tanpa telefon pintar, dunia ini diumpamakan seperti masa yang terhenti seketika.
Siapa setuju ?
Kalau setuju maka kita menjadi mangsa kepada gajet.
Ironinya gajet telah merampas masa yang ada dalam kehidupan.
Gajet perampas masa paling licik kerana sedar atau tidak, suka atau tidak, kita tiada kekuatan untuk menghindari gajet tanpa sebarang alasan. Sebut perampas mestilah kita semua tidak suka.
Contoh perampas kapal terbang ! ..kan hehehe
Cuba perhatikan masa kita bersama keluarga dan anak-anak.
Gajet perampas masa
Gajet menjadi perantara.
Masing-masing tidak akan melepas gajet ini daripada tangan mereka.
Kita lebih cenderung menghadap telefon berbanding muka pasangan mahupun anak-anak.
Masa untuk beribadah dan beriadah juga dikuasai oleh gajet.
Ketika solat bawa telefon di sebelah terutama solat Jumaat.
Ketika di gym juga masih menatap telefon.
Ketika lepak bersama geng di kedai kopi pun masing-masing layan telefon.
Pelik tapi benar.
Jika 20 tahun dahulu, telefon bimbit cuma untuk kita buat panggilan keluar dan masuk.
Selain itu, gajet ini digunakan untuk menaip dan mengirim SMS.
Malah ada juga bermain game.
Sekarang ini dunia sudah jauh berubah.
Perubahan 360 darjah.
Dalam telefon pintar sudah penuh dengan aplikasi media sosial berupa Whatsapp, Tiktok, Facebook, Telegram, Instagram dan Youtube.
Media sosial menjadi platform untuk membanjiri segala info, ilmu dan fakta dalam telefon.
Bayangkan dengan membuka aplikasi Whatsapp personal atau kumpulan, masa kita boleh habis berjam-jam sehari.
Ini realiti biarpun belum ada data sahih untuk menyokong pendapat tersebut.
Sebaik sahaja kita buka mata pada waktu pagi sehinggalah kita tutup semula mata pada waktu malamnya, gajet menjadi peneman paling setia.
Bukan semua berbuat sedemkian tetapi sebahagian besar kita memang itulah tabiatnya.
Lebih baik mengaku…
Paling tidak, kita scroll Whatsapp atau media sosial hampir setiap jam.
Persoalannya, bagaimanakah cara kita mendepani perampas masa ini?
Idealnya buat jadual pengurusan masa.
Srukturkan semula aktiviti dalam masa 24 jam.
Tetapkan masa bila untuk membaca Whatsapp atau melayan media sosial.
Tentukan berapa lama untuk menghadap gajet dalam sehari.
Bukan perkara mudah tetapi bukan juga mustahil untuk dilakukan.
Katakan masa bekerja lapan jam sehari dan jika masa bekerja memang menggunakan media sosial maka gunakan masa tersebut sebaik yang mungkin.
Di luar waktu bekerja atau masa bersantai bersama orang tersayang, cuba kurangi tabiat untuk melayan gajet.
Buat permulaan memang terasa janggal.
Bahkan rasa bersalah tetap wujud kepada kitaran yang ada kepentingan.
Lama-lama akan jadi biasa dan mereka tentu boleh memahami keadaan kita kelak.
Jadikan pwngurusan masa sebagai azam baharu 2023 untuk berbuat demikian.
Jangan jadikan gajet ini terus menerus sebagai badi yang merampas masa kita untuk menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
Kehidupan yang berkualiti tentulah bebas gangguan dari perkara yang tidak sepatutnya.
Hidup hanya sekali dan masa adalah nyawa yang tiada galang gantinya.
Masa yang pergi itu tidak akan kembali lagi.
Semoga ada manfaat dan anggap penulisan ini cuma nota pesanan kepada diri sendiri.
azam 2023 ni nak mengurangkan masa dihabiskan utk melayari socmed n chat apps… wish me luck! Thank you… Semoga berjaya…
abam kie recently posted…Keputusan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2022
In shaa Allah boleh berjaya Abam Kie..Do the best
sangat2 setuju. gajet pencuri masa kita. sbb tu laa sy suka kalau tgh busy. sbb time tu, nak angkat call mmg tak laa. ni kan pula nk hadap gajet… tp yg betul2 busy tu boleh kira dgn jari hahaha
tak best busy..paling best kalau banyak masa santai hehehe
Betul tu Mr Hanafi..
Paling teruk waktu di kedai makan..
Boleh dikatakan kesemua yang duduk dimeja makan yang sama masing2 mengadap hp..
Semua berada dalam dunia masing2.. 😉
hahhaa..apa boleh buat kan..
jom la berubah sikit-sikit ke arah lebih baik
Saya dah lebih 2 minggu tiada FB, Instagram dan Strava. WhatsApp je yang tinggal, sebab tu je cara komunikasi free dengan family. Hehe.. Alhamdulillah, ok je, tak de rasa nak meroyan, malah rasa lebih tenang.
Nur recently posted…Selamat tahun baru 2023
betulkan…jika semkin kurang bermedia sosial maka ketenangan dan kehidupan kita semakin berkualiti tanpa gangguan
betul lah bang, gadget nih susaaah nak lepas . kerjaan saya juga kebanyakan melalui hp. tapi sebenernya hanya sampai pukul 15.00. setelah itu selesai. tapi tetap saja gadget susah lepas 😅
saya pernah tak pegang hp, tak scrolling media sosial saat traveling ke North Korea saat Sept 2019.
di sana internet tak ada, gadget yg saya bawa semua tak berfungsi. tak bisa beli simcard lokal Krn north Korea goverment tak mengizinkan orang asing utk pakai kartu mereka. ada internet lokal yg punya Korea Utara, tapi hanya utk warga lokal 🤣.
jadi saat di sana, itu masa paling damai dalam hidup saya. hidup seperti dalam Buble, tak tahu berita di luar sana seperti apa.
saat saya pulang, dan gadget kembali berfungsi, langsung lah segala berita masuk 🤣🤣
tapi saya suka sangat, saat 5 hari tak bisa communicate dengan siapapun di luar north Korea 😄. hidup damai dan tenang 🤣
wah…ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan tidak semua dapat mengalaminya.
terima kasih ya kerana sudi berkongsi dengan pembaca yang ada dalam blog ini.
KIta juga buat situasi demikian cuma sekali sekala.
Alasan utama sebagai blogger dan pekerja digital memang susah untuk elak diri dari dunia media sosial