Pada bulan Disember 2019 yang lalu, saya diberi cabaran untuk menamatkan zaman solo.
Jika berjaya maka ada hadiah dan tawaran hebat menanti. Tawaran tersebut hanya sah satu tahun dan tamat pada 31 Disember 2020.
Bos menawarkan saya pakej berbulan madu di Jakarta dengan segala tambang, hotel dan wang poket disediakan.
Tawaran ini turut didengari beberapa orang rakan sekerja. Kebetulan pada masa tersebut kami tengah melepak minum petang.
Katanya, ia bukan main-main. Perkara serius agar saya lebih komited dan bermotivasi mencari jodoh.
Bukan itu sahaja, hampir setiap bulan bos tanya saya.
“Hanafi, sudah jumpa amoi ka ? ”, soalnya setiap kali kami berjumpa.
“ Belum bos, sekarang tengah cari amoi la nie” ujar saya tersenyum malu.
Bulan terus berganti bulan. Amoi atau bakal jodoh yang saya cari tidak juga ditemui.
Tidak dinafikan, saya memang ada berkawan dengan beberapa orang amoi. Namun sekadar berkawan. Hubungan tidak pula berlanjutan untuk kepelaminan.
Sekarang tinggal dua minggu lagi tawaran ini berakhir. Peluang sangat nipis dan saya sudah akui semua ini adalah perkara luar kuasa manusia.
Soal jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah. Tiada sesiapa dapat meramal dengan tepat. Apatah lagi memberi jaminan masa yang betul.
Saya semakin pasrah tetapi masih juga meletak harapan senipis bawang untuk berjaya merebut tawaran tersebut.
Sama-sama kita doakan.
Aamiin.
salam bro., kawen tu sonok tauu.,
nk jaga perkawenan tu yg x brape nak sonoknyer., hahaha
semoga dipertemukan jodoh segera n dpt hanimun di indonn tuuuh.,
wsalam tuan..
itu memang perkara biasa. Rugi tak kawen dan saya setuju bukan senang senang jaga perkahwinan.
BTW …aamiin atas doanya..mungkin sekarang musim Covid jadi sukar untuk honeymoon di Jakarta hahha
alahai, kalau nak pegi jakarta waktu2 mcm ni pun tak sesuai juga. takpe la kalau dah rezeki x ke mana
mungkin kerana Covid-19 kot..jadi x sesuai..
apa-apapun setiap kejadiaan ada hikmahnya