Jalan-jalan Cari Perempuan

cari perempuan

Ungkapan jalan-jalan cari perempuan mirip kepada tagline jalan jalan cari makan.Ramai yang suka berseloroh menggunakan ungkapan ini termasuk admin sendiri.Namun begitu ia tidak elok kepada mereka yang sudah berkahwin.

Jika isteri terdengar, berkemungkinan mereka boleh berkecil hati tau!

Untuk pria jomblo…harus tu, kerna ada usaha untuk mendapat jodoh.

Betul kan mas?

cari perempuan

Cari perempuan tidak salah jika niat untuk mendapatkan jodoh.Ianya sama seperti cari laki bagi pihak wanita.

Ciri-ciri perempuan yang boleh dijadikan jodoh terbaik bersandarkan tiga hadis Rasulullah seperti berikut :

1. “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

2..“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik.” ( Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3.“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah.” ( Hadis Riwayat Muslim dan Nasa’i )

Perempuan yang solehah begini sukar untuk ditemui di tempat yang biasa-biasa.Mereka ada.Keberadaan mereka dalam lindungan Allah SWT.

Wallahualam.

Untuk cari perempuan tersebut perlu kepada…

Doa yang berterusan.

Usaha yang  berterusan.

In shaa Allah dengan kesungguhan begini perempuan solehah tersebut bakal dimiliki ( Allah bagi pinjam ) oleh orang yang baik-baik sebagai jodoh mereka.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Allah itu Maha Adil.Setiap ketentuanNya ada hikmah.Baik yang tersembunyi maupun yang nyata.

Percayalah.

Penutup.

Cari perempuan adalah usaha dan ikhtiar.Selebihnya bertawakal kepada Allah agar perempuan solehah yang dicari itu bakal  peneman ke Jannah.

Aamiin Ya Rabbil Alaamiin.

Artikel berkaitan

28 thoughts on “Jalan-jalan Cari Perempuan

  1. kalu dah jalan2 cari makan mmg pasti la ada ruang utk jalan2 cuci mata.hahaha… apapun semoga ketemu cepat jodoh bagi yang belum berjodoh. aminn

    1. aamiin..

      selagi rajin berjalan..ada kemungkinan akan berjumpa la..

      lambat dengan cepat..

      bersedia atau tidak sahaja lagi

    1. selagi pegang pada Al Quran dan Al hadis..

      in shaa Allah kita tidak akan sesat sampai bila-bila biar kuat macam mana zaman fitnah melanda

    1. ya tidak dinafikan..

      zaman sekarang mana ada yang tidak jalan-jalan keluar rumah..

      mumgkin dalam perjalanan akan tersempak juga dengan calon jodoh

    1. cadangan yang bagus..

      boleh usha dengan pak imam..

      mana tahu mereka ada anak dara solehah yang tengah mencari suami hahahaha

  2. Ikut saranan yang dinyatakan dalam hadith di atas. Saranan tersebut sebenarnya akan memudahkan kita apabila kita berhadapan dengan keadaan sukar dalam kehidupan. Pada waktu itu baru lah kita tahu, betapa hebatnya saranan pilihan terakhir pada hadith pertama di atas.

    1. betul tuan..

      hadis tersebut adalah panduan terbaik untuk memilih pasangan hidup..

      tersalah pilih maka merana sepanjang hidupnya.

  3. smlm terbaca kat IG, ustazah fatimah syarha ada ckp, nk bahagia perlu berusaha, begitu jg dgn jodoh perlu diusahakan jg. bkn nya tggu dan tadah tangan (berdoa) shj… usaha di sini adalah, berusaha menjadi lbh baik melalui amalan2 yg seiring dan sesuai dgn syariah. ini krn jodoh itu adalah cerminan diri. sbb tu wujudnya ungkapan, lelaki baik utk perempuan yg baik dan begitu jg sebaliknya…. wallahu ‘alam

    1. komen win…

      siapa yang dapat jodoh dengan awak..

      memamng totaly win

      caiyok !

      terima kasih anies bagi pandangan yang mantop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge