Jom Mencari Jodoh Yang Sudi Bersama Ke Jannah

Mencari jodoh amat dituntut biarpun jodoh adalah ketentuan Allah SWT.Tugas hambanya berdoa,berusaha dan bertindak.Tiga elemen ini wajar digabung jalin untuk menjayakan agenda mencari jodoh.Adanya jodoh terbaik pasti laluan ke Jannah  semakin mudah.

Tentu semua orang berimpian dan bercita-cita untuk pergi ke Jannah.Namun tidak semua berada pada landasan yang betul untuk pergi ke sana.Ada yang tersasar jauh kerana tiada hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.

Mohon ya, seminit dua untuk berdoa dalam hati agar keluarga,sanak saudara dan kenalan kita diberi petunjuk,taufik dan hidayah oleh SWT kepada mereka.

Aamiin.

Kita teruskan.Sebagai salah seorang Netizen, admin ada terjumpa dalam Facebook group dan page yang fokus untuk membantu ahli-ahlinya bertemu jodoh.Usaha ini admin akui memang murni dan sesuai dengan peredaran teknologi.Malah admin juga sertai group ini secara diam-diam.Mana tahu terserempak dengan bakal jodoh yang berkenan di hati.

Mereka iklankan diri untuk mencari jodoh.Maklumat seperti umur,minat,status dan ciri-ciri pasangan yang diingini ada disertakan.Jika berminat boleh PM atau untuk lebih serius boleh buat panggilan telefon.Itu terpulang dengan gaya dan pendekatan masing-masing.

Dulu-dulu tiada media sosial yang interaktif seperti sekarang.Proses mendapat jodoh rata-rata melalui teman sekerja.Dari pergaulan harian di tempat kerja akan mengwujudkan rasa cinta.Dah ada perasaan tersebut akan dilangsungkan pernikahan.Mudah bukan ?

Alhamdulillah.

Mereka masih ada yang kekal dan bahagia sehingga ke hari ini.Tidak dinafikan ada juga yang sekerat jalan dan menemui jodoh yang lain pula.Kehidupan memang begitu.Patah tumbuh hilang berganti.Buang yang keruh ambil yang jerih.

Jika kena caranya jodoh yang baharu akan menjadi terbaik.Bukan setakat di dunia malah berlanjutan ke Jannah.Admin berpendapat inilah agenda murni Allah ciptakan manusia untuk berpasangan agar mutu ibadah kita lebih berkualiti dan ada nilai tambah sepanjang masa.

Suami isteri saling menyayangi.Anak-anak sayang menyayangi kedua ibubapa.Perasaan saling meyayangi ini memberi motivasi agar lebih berusaha mencipta tahap kehidupan yang lebih baik.

Bertepatan sekali dengan konsep jodoh itu sendiri yakni memberi nikmat berupa sakinah,maudah dan rahmah.Tiga perkara ini terlalu mahal nilainya sehingga tidak boleh disamakan dengan kekayaan,kesenangan dan kemewahan.

Meminggirkan konsep asas tersebut akan mengundang ketidakharmonian dalam rumahtangga.Suami isteri bercerai berai.Anak-anak terbiar dan terpinggir dengan kasih sayang.Implikasi jangka panjang mungkin mendera emosi insan kecil ini tentang kehidupan pada masa akan datang.

Namun apalah daya kudrat manusia.Jodoh,ajal dan rezeki itu Allah sahaja yang penentu.Manusia sekadar berusaha dan redha dengan ketentuan ujianNya

In shaa Allah.

Hakikat ini juga menolak fahaman segelintir pihak yang memainkan isu #zakaroriented dalam hubungan perkahwinan.Mereka mencemuh perkahwinan kerana nafsu semata-mata.Isteri dijadikan alat pemuas nafsu.Sungguh dalam ajaran Islam fahaman ini tidak terpakai sama sekali.Mohon dijauhkan dalam budaya hidup kita.

Memang berkahwin asasnya untuk penuhi keperluan bahagian bawah pusat.Keperluan tersebut tidak dijual dikedai atau hypermarket.Kalau adapun yang bersifat bisnes hukumnya adalah tidak halal.

Sebab itu ramai yang ingin ada jodoh.Selain memenuhi keperluan #zakaroriented sudah tentu keperluan emosi,rohani dan spiritual terangkum dalam pakej kebahagiaan.Hai tak nak bahagia ke ?

Dengan nawaitu untuk kesempurnaan beribadah maka dengan adanya jodoh boleh membantu meletakkan urusan agama pada tempat tertinggi.Lantas kecantikan iman dan kesucian hati nurani menjadi indikator padanan jiwa.Nampaknya bukan mudah la ya misi mencari jodoh yang sudi bersama ke Jannah.

Persoalannya kini jodoh anda berada di mana ya ?

Adakah tengah berlari untuk berjumpa atau tengah merangkak kepayahan untuk bersua?

Wallahualam.

24 thoughts on “Jom Mencari Jodoh Yang Sudi Bersama Ke Jannah

  1. Waahh. Entry yang bagus sekali. Benar, jodoh yang baik adalah jodoh yang boleh membawa pasangan hingga ke Jannah. Good job mr hanafi fir this great sharing (thumbs up!)

    • sekarang nie ramai yang nak senang bersama tetapi tak mahu susah bersama-sama

      cinta boleh pudar dan luput jika tidak dibajai selalu demgan amanah dan tanggungjawab

Leave a Comment

CommentLuv badge