Tiada Perasaan Cinta Pada Suami [kemas kini 2022]

Tiada perasaan cinta pada suami merupakan cabaran dalam perkahwinan. Situasi ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa maupun agama. Itulah senario kehidupan yang kadangkala tidak terfikir oleh  akal kita.

Tujuan perkahwinan amat jelas. Paling asas untuk menyatukan rasa cinta dan sayang kepada lelaki dan perempuan secara sah. Dalam ajaran Islam ada ijab dan kabul untuk mengesahkan pernikahan.

Artikel ini membongkar bagaimana fenomena tiada perasaan cinta pada suami dalam sebuah perkahwinan.

Apakah tanda-tandanya?

Apakah punca berlakunya kes demikian?

Bagaimana cara untuk mengatasi perkara tersebut ?

Jom kita lanjutkan perbincangan.Untuk makluman artikel ini panjang lebar. Pembaca boleh pilih point penting atau baca sampai habis. Itu terpulang kepada kemampuan dan kesempatan masa ya la.

Tanda-tanda isteri sudah tidak mencintai suami sudah admin tulis sebelum ini. Permbaca boleh rujuk : Ciri Ciri Istri Sudah Tidak Cinta Suami

Tanda-tanda tiada rasa cinta pada suami

tiada perasaan cinta pada suami

1.Rasa selesa bila berjauhan

Inilah perkara pelik yang berlaku kepada suami dan isteri. Jika suami berjauhan dengan isteri maka isteri pula rasa selesa, seronok dan bahagia.

Lagi lama suami berjauhan maka lagi seronok pula isteri berseorangan.

Ada suatu yang tidak kena ada perkahwinan begini.

Sebaliknya pula ketika suami dan isteri bersama akan timbul rasa kurang selesa pulak kepada isteri. Pelbagai alasan akan diberi. Rimas, bosan dan sebagainya sebagai protes terhadap suami.

Jika ada tanda-tanda begini memang sah isteri sudah tidak sayang dan mencintai suami lagi. Sebaiknya perlu diselesaikan segera.

Boleh rujuk dalam panduan ebook berikut :

2.Tiada rasa rindu pada pasangan

Fuh ! Dahsyat juga ujian ini.

Bayangkan sudah bersuami isteri.  Sudah pun tidur setilam dan sebantal. Namun perasaan rindu kian menghilang. Ianya hilang jauh entah ke mana.

Untuk melihat sejauh mana kenyataan ini, senang sahaja. Si suami boleh pergi outstation ataupun balik kampung seorang diri. Dalam masa dua tiga hari ada tak si isteri cuba menghubungi kita?

Kita sebagai suami jangan pula pandai-pandai nak menelefon terlebih dahulu. Jika dalam masa tersebut langsung tiada respon atau panggilan dari isteri maknanya dia sudah tawar hati terhadap kita.

Ujian ini bukan setakat itu sahaja.

Setelah kita kembali atau sang suami balik ke rumah lihat pula reaksi isteri.Jika tiada excited atau ‘selamba dek’  rindu isteri sudah tiada lagi dalam hatinya.

3.Suka prasangka buruk

Antara prasangka buruk yang biasa kita dengar pada isteri ialah suami sudah ada perempuan lain. Suami sudah tidak bertanggungjawab. Suami tidak guna dan sebagainya. Asalkan yang buruk – buruk itu adalah untuk si suami.

Memang sukar juga untuk mentafsir perasaan cinta isteri terhadap suami dengan sekali imbas. Namun kata hati atau deria keenam boleh merasainya jika kehidupan dalam rumah tangga ada sahaja yang tidak kena.

WAJIB BACA :   Cinta Tidak Boleh Dipaksa Untuk Suami [ edisi kemas kini ]

Kira bernasib baik jika isteri masih tercalit iman di dada. Lantas menyedari tindakan itu memang berdosa. Bagaimana pula dengan keadaan isteri yang nama sahaja Islam tetapi penghayatan agama terhumban ke laut ?

Minta dijauhkan perkara tersebut

4.Isteri menyembunyikan sesuatu

Dalam rumah tanggga yang bahagia tiada rahsia antara suami dan isteri. Baik perkara tersembunyi ataupun perkara terbuka.

Suami ada masalah luahkan sahaja pada isteri. Isteri ada masalah luahkan sahaja pada suami.

Namun jika isteri sudah tidak mencintai  suami makanya isteri menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan suami.

Mungkin pada permulaan dia akan kurang bercerita. Ceritanya pula ‘korner sana dan korner sini’ dengan tujuan untuk menyembunyi sesuatu.

Tiada lagi istilah berterus terang. Yang ada pendam dan simpan untuk menjadi jeruk dalam hati masing-masing. Akibat dipendam terlalu lama maka hilang rasa kepada suami.

5.Tiada nafsu terhadap suami

Memang kes parah ‘tahap gaban’. Bayangkan isteri sudah tidak berminat untuk hubungan intim dengan suami.

Jika diajak berasramara akan dilakukan ‘semadi nadai’. Maksudnya antara mahu dengan tidak mahu atau sekadar melepas batuk di kepala tangga.

Hubungan begini menempa bahaya sekiranya suami tidak puas hati. Lantas cenderung untuk kes kecurangan.

Suami sudah curang akhirnya isteri ada peluang. Pada masa tersebut isteri menyalahkan suami dan kesalahan 100 peratus untuk suami.Tepuk la jawapnya.

Kesudahannya keluarga musnah terbarai. Pihak yang paling seronok tentunya iblis yang suka mengintai peluang untuk menghancurkan rumah tangga manusia.

Punca-punca isteri sudah tiada perasaan terhadap suami

ciri-ciri isteri tidak cinta suami

 

1.Kahwin secara tergesa-gesa

Ada pasangan mencari jodoh tanpa mempeduli hati budi dan budi pekerti pasangan masing-masing.

Ditambah pula dengan tekanan masyarakat yang memandang sinis kepada mereka yang lambat kahwin. Konon-kononnya lambat kahwin seperti orang tidak laku di pasaran baik untuk para pria maupun wanita.

Sedangkan untuk mendapat pasangan hidup yang cocok perlu masa dan perlu kesesuaian karakter

Pembaca boleh rujuk : Mencari Cinta Sejati Entah Di Mana

Soal kahwin jangan bersikap tangkap muat. Kesannya amat pedih dan amat menuntun jiwa jika pasangan yang kita pilih tidak sesuai.

Rumah tangga berantakan akan memberi kesam kepada anak-anak. Mereka menjadi mangsa keadaan biarpun ia bukan kehendak mereka.

Kita akan tersedar dari mimpi ngeri. Kita silap memilih pasangan. Kita terlanjur mengahwini orang yang tidak mencintai kita setulus hati.

Tidak mustahil kahwin yang tergesa-gesa penyumbang kepada penceraian pasangan suami dan isteri.

2.Masalah kesihatan yang cuba disembunyi

Tentu zalim dan sememang amat zalim sekiranya suami sanggup menyembunyi penyakit yang dideritai kepada bakal isteri.

Isteri yang merasakan diri seperti Tipah tertipu atau ‘kena kencing’ akan berjauh hati. Cinta hilang entah kemana.

Misalnya isteri mendapati suami tidak berkemampuan dari segi batin.’ Adek’ tidak berfungsi dan segagah arjuna .Ironinya batin isteri terseksa akan mengundang kepada kehilangan cinta terhadap suami.

Apalah salahnya berterus terang untuk menguji bakal isteri sama ada mahu atau tidak jika ada kelemahan ‘adek’ tidak berfungsi.

Bak kata pepatah lama .. “ berani kerana benar dan takut kerana salah”

Bukan apa. Bila nasi sudah menjadi bubur rasa pun tidak sedap lagi melainkan kita pengemar bubur. Admin sekadar bergurau la.

3.Malas bekerja mencari rezeki

Apalah ertinya suami kepada isteri jika tergolong dalam malas bekerja untuk mencari rezeki. Tabiat mereka mengharap duit isteri jika isteri bekerja.

WAJIB BACA :   Dana persaraan untuk masa depan

Senario ini bukan suatu yang ganjil. Pernah berlaku sejak zaman sebelum kewujudan media sosial lagi. Admin ada menceritakan dalam blog ini. Kisah tersebut benar- benar berlaku.

Pembaca boleh rujuk: Kisah Datuk Blogger Yang Menyedihkan

Tugas hakiki suami mencari reseki untuk anak dan isteri. Biar isteri duduk rumah dan suami pula keluar rumah. Amalan begini agak klasik. Namun besar manfaatnya kepada keluarga.

Namun ada juga si suami tidak mahu bekerja .Tidak juga semua dan ini pasti mengecewakan isteri. Lama-kelamaan isteri berubah hati. Dari rasa cinta timbul pula rasa benci.

Mana tidaknya jika isteri umpama mengendong biawak hidup. Aduhai si suami begitu tega disamakan biawak. Kalau buaya darat okay la juga.

Sedih !

Sungguh malang nasib isteri menanggung spesies begini.

4.Suami kaki perempuan

Tanyalah mana-mana isteri, pasti mereka tidak mengingini lelaki maupun suami yang kaki perempuan. Dah elok-elok Allah bagi kaki lelaki nak juga kaki perempuan.

Eh..don’t take serious ..i maka a joke.

Ya. Memang benar inilah perangai buruk suami yang mematikan cinta seorang isteri. Jangan salahkan isteri jika terjadi hambarnya perkahwinan selagi ada suami yang ada tabiat kaki perempuan.

Pantang tengok gadis berdahi licin, badan cun dan lenggang-lenggok yang mengiurkan mulalah ulat bulu naik daun.

Sedangkan pakej seperti itu ada pada isterinya sebelum ini. Dulu segala-galanya mantop namun selepas melahirkan  zuriat mereka seperti menjadi ‘almari hidup’.

Jika nak isteri tetap steady maka keluarkan bajet khas untuk mencantikkan  mereka luar dan dalam.

Kalau berani cubalah dan jangan cuba-cuba pulak jadi kaki perempuan .

5.Tidak menjaga penampilan

Perlu ingat dan ingat betul-betul. Isteri sama juga seperti suami suka kepada keindahan dan kemasan.

Isteri akan tawar hati kepada suami sekiranya penampilan selekeh atau tidak terurus. Bau busuk mengalahkan bau longkang dan pengotor bagaikan budak baru berumur 3 tahun.

Siapa yang nak begitu. Jangan isterikan, awek syantik pun tak hahahahaha.

Lihat contoh ini kepada penampilan lelaki yang tidak menjaga penampilan. Kesan akhirnya membawa kepada tiada perasaan cinta pada suami.

Rambut panjang berserabai. Bulu atas dan bawah menjalar liar. Bau mulut mengalahkan bau lori sampah melimpas. Baju dan seluar entah beberapa tahun tidak bertukar baharu.Lusuh, remuk dan koyak rabak sudah serasi seperti kuku dengan isi..

Jika begitu jadinya bukan salah isteri tetapi salah diri suami yang tidak faham erti penampilan yang kemas dan menawan.

6.Perangai panas baran

Sungguh malang kepada isteri yang bersuamikan orang yang panas baran. Perangai yang diwarisi dari iblis laknatullah ini memang berlaku dari zaman purbakala sehingga zaman cabaran Keke sekarang ini.

Siapa yang main instagram tahulah maksud cabaran Keke.

Perangai panas baran hanya pada suara pitching tinggi masih boleh dimaafkan.

Ini tidak.  Panas baran suami yang disertai dengan tangan untuk menampar dan kaki untuk menyempak mangsa. Siapa yang menjadi mangsa kalau bukan isteri dan anak-anak yang tidak terdaya untuk melawan.

Pantang silap sikit maka terimalah lebam-lebam pada muka dan badan sebagai harga kepada kesalahan tersebut.

Isteri akan berjauh hati dengan perangai suami begini. Mereka memendam rasa dan akhirnya cinta yang indah sewaktu belum kahwin akan pudar lama-kelamaan.

Persoalannya adakah senario ini ada berlaku ?

Ya ada. Cuma segelintir sahaja. Yang banyak dalam filem dan drama pukul 7 malam.

WAJIB BACA :   Cerita Orang Makan Di Bulan Puasa Yang Mengejutkan

7.Pengurusan kewangan kurang bijak

Baru-baru ini admin ada scroll Facebook tentang amalan menyerahkan 100 peratus pendapatan kepada isteri.

Jika nak duit terpaksa minta dengan isteri terlebih dahulu.Andainya isteri tak bagi macam manalah nak makan Bakso Sarawak ?

Dari satu sudut memang betul amalan menyerahkan 100 peratus duit perolehan suami kepada isteri sekiranya dia bijak mengurus kewangan.

Namun satu kesilapan besar sekiranya isteri tidak sedemikian. Bertemu pula dengan  pemboros dan kaki shopping memang habislah wang tersebut bagai menjirus air di daun keladi.

Apa yang admin ingin ‘highlight’ di sini ialah keadaan suami yang kurang bijak mengurus duit.Banyak manapun duit yang kita dapat jika tidak diurus dengan bijak jawapannya tidak ke mana.

Ke tauke gedung pemilik bisnes akhirnya.. Tak pelahkan kita kasi kaya sama mereka.

Dengan tahap keimanan isteri yang memandang dunia semata-mata sudah pasti suami yang asyik pokai dan gering wang setiap bulan bukan kebanggaan.

Menyampah lagi ada.

Bagaimana cara untuk mengatasi perkara tersebut ?

tiada peraaan cinta pada suami

1.Berdoa kepada Allah

Tiada fomula ajaib.

Sebagai hamba Allah yang beriman dan bertakwa jalan yang paling disarankan ialah dengan  berdoa kepada Allah SWT.

Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Dia yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa.

2.Kaunseling majlis Islam

Sekiranya masih juga tiada perasaan cinta kepada suami jalan akhir tentunya ke majlis Islam. Di sini kita akan diberi kaunseling untuk tindakan selanjutnya.

Pihak majlis Islam akan  menjadi orang tengah. Orang yang akan mendamaikan dua pihak yang tengah bertelagah.Pandangan kedua belah pihak akan diambil kira.

3.Solat sunat Istikarah


Mohon kepada Allah kekuatan hati untuk diberi rasa cinta kepada suami. Jika tidak berjaya juga lakukan solat istikarah untuk memastikan tindakan kita tidak membawa penyesalan di kemudian hari.

Kadang-kadang kita silap.Kesilapan yang kita buat belum disedari pada peringkat pemulaan.Namun setelah bertahun tahun kemudian baru sedar.

Tetapi sayang.Semuanya sudah terlambat.Suami yang isteri tidak cintai dulu-dulu sudah menemui cinta hati yang baharu.Mungkin lebih bahagia.

4.Bersabar tahap maksima

Hidup penuh ujian,onak dan duri.Berkahwin dengan orang yang kita tidak cintai pastinya meninggalkan seribu duka dan sengsara.

Namun percayalah apa yang kita tidak suka sebenarnya bagus untuk kita. Cuma hati nurani kita terlalu kotor dengan dosa sehingga tidak nampak keindahan di sebalik kepahitan.

Wajar untuk si isteri terus bersabar dan terus bersabar. Moga-moga ada cahaya di hujung terowong yang menjanjikan kebahagiaan.

5.Cerai di mahkamah

Sejujurnya admin tidak sekali-kali memberi cadangan untuk memohon cerai kepada suami tanpa sebab agama yang mendesak. Ini kerana tindakan tersebut menyebab isteri tidak mencium syurga sebagaimana hadis dibawah ini.

“Siapa saja wanita yang meminta (menuntut) cerai kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan maka diharamkan bau surga atas wanita tersebut.” (HR. Abu Dawud, Al-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Pihak isteri sanggup mohon cerai kerana masalah tiada rasa cinta pada suami kerana pendeknya akal dan dangkalnya iman.

Penceraian adalah perkara yang dihalalkan namun dibenci oleh Allah. Sangggupkah kita menerima kebencian Allah semata-sama kerana masalah cerai berai ini.Untuk lebih yakin admin sertakan hadis berikut :

Telah menceritakan kepada kami Katsiir bin ‘Ubaid, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Khaalid, dari Mu’arrif bin Waashil, dari Muhaarib bin Ditsaar, dari Ibnu ‘Umar -radhiyallaahu ‘anhuma-, dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Perkara halal yang dibenci Allah Ta’ala adalah thalaq (perceraian).” -Hadis Abu Daud

Penutup

Sekali lagi admin tegaskan apa yang dikongsikan ini sekadar pendapat peribadi berdasarkan bacaan dalam blog blog yang berkaitan. Bukan pendapat profesional yang boleh dijadikan sandaran utama untuk membuat keputusan dalam menentukan penyelesaian kepada kemelut tiada  perasaan cinta kepada suami.

Sebelum mengundur diri admin ingatkan sekali lagi bahawa tiada masalah pun di dunia yang tiada penyelesaiannya.

Biarpun penyakit paling kronik tetap ada penawarnya yakni kematian sebagai kesudahan.

Wallahualam.

  • kemas kini 19/8/22

Comments 48

  • Telah disebut dalam al quran, syurga isteri terletak pada suaminya.. kena taat pada suami selagi mana suami tadi taat pada perintah Allah.. Itulah masalahnya kalau kurangnya didikan agama.

  • Terkadang memang benar terjadi, tetapi kebanyakan karna pernikahan yang dipaksakan oleh orang tua.

  • Saya sedikit kesulitan membaca artikel ini karena perbedaan bahasa. Mohon maaf bila komentar saya kurang berkenan.

    • tak pe, saya faham dan saya mohon maaf.

      bahasa yang saya guna adalah Bahasa Malaysia..

      memang terdapat perbezaan kena stail penulisan saya secara santai ..

      bukan menggunakan gaya penulisan standard.

  • Biar pun pelbagai ujian yang dihidangkan dalam kehidupan berumahtangga. Ambil pendekatan untuk tingkatkan kesabaran, contohi kesabaran Nabi Yusuf yang begitu lama dilaluinya. Sesuatu perkara yang mungkin buruk pada pandangan kita tapi tuhan tahu ia baik untuk kita. Begitu la sebaliknya. Kesabaran itu indah bagi yang tabah menghadapinya.
    Al-Manna Ameer recently posted…Al-Hawa AmeerMy Profile

    • saya suka bab bila menyentuh kesabaran..

      malah ada orang masuk syurga tanpa hisab kerana tahap kesabaran luarbiasa demi Allah..

      Wallahuallam

  • Kalau tak suka suami kerana suami bermasalah masih boleh diterima akal. Tapi kalau tak suka sebab ada orang lain atau bosan bukan pilihan hati memang parah. Kalau tak layan suami elok-elok memang cari nahas lah sebab kunci syurga tu di bawah tapak kaki suami

    • yalahkan..

      sebab itu jangan jadikan perkahwinan suatu yang boleh ‘coba-coba’..

      tak elok minta cerai..

      tiang Arasy bergegar tatkala suami melafazkan talak kepada isterinya.

  • Nikah seharusnya didasarkan atas keikhlasan mengharap keridoan Allah SWT nanti akan tumbuh rasa cinta

  • Mr skg banyak artikel pasal cinta. Hehe.

    Saya dan suami bercinta selepas nikah. Alhamdulillah sebelum kahwin tak pernah dating, jumpa, sembang, and wausoeva stuff lah.

    Bila dah kahwin tuuuuuu, meletuppppsss semua! Daring.. Itu baru syok. Kan dah halal! Itulah hikmah dan hadiah dari Allah….

    :’)

    Feel so bless
    Farah Alina recently posted…Kelebihan Vivix Shaklee & Harga Vivix Shaklee 2018My Profile

    • alhaamdulillah..

      itu memang anugerah terhebat dari Allah..

      yalahkan…

      blog saya dah ditulis sejak 2015 lagi dan kebelakangan ini idea pasal cinta mencurah-curah hahahaha

  • Kalau memang benar-benar sudah tidak cinta sama suami, lebih baik dan seharusnya minta cerai. Dari pada menyimpan kepaksaan dalam melayani atau menyimpan dosa.

  • Kayaknya curhat yah bro ? Ckck, detail banget hehe

  • Harap perkara sebegini dapat dielakkan
    aryn fadz lee recently posted…CARA KEMASKINI MAKLUMAT PTPTNMy Profile

  • Mudah2an dijauhkan hal sebegini
    aryn fadz lee recently posted…CARA KEMASKINI MAKLUMAT PTPTNMy Profile

  • Alhamdullilah saya bercinta dengan suami dari zaman sekolah dan siap putus tau.

    Tapi jodoh tetap milik kami dan kekal hingga sekarang.

    20 tahun kami bersama dan semoga kekal hingga ke jannah.Amin

  • Allahuakbar, mohon dijauhkan la perasaan ini pada mereka yang dah berumah tangga…

  • Semoga dijauhkan la perasaan ini bagi mereka yang telah berumah tangga

  • andai dr sblm kawen mmg xde rs cinta dan syg wpn sekelumit, baiklah diputuskn sj hubungan tu (kalu da bertunang) kalu da kawen lama tp xde usaha nk pupuk cinta, makanya mmg sengaja laa nk cipta masalah…

  • Hmmm ada juga kebenaran tu. Apapun minta2 dijauhkanlah perkara sebegini

  • hubungan suami-isteri yg hambar sangat menyesakkan perasaan, kalau sebelah pihak saja yg berusaha memulihkan keadaan, mmg tak berhasil..

  • Ada juga kebenarannya tu. Tapi minta dijauhkan semuanya la

  • Perkongsian yang menarik… Perlu diingat, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi… Kasih sayang perlu sentiasa disemai dan disuburkan… cintailah pasangan kita dengan sepenuh hati dan ikhlas dalam perhubungan…

  • Apa perlu dilakukan jika berlaku juga?
    Nak2 pula dh mempunyai anak kesian pada anak2…
    Mengapa pula sudah hilang atau tiada rasa cinta atau syg lagi setelah beranak pinak kan hairan mcm tu

    • perkara pertama perlu muhasabah diri.

      doa banyak-banyak kerana soal hati Allah yang pegang.

      sebaiknya-baiknya bawa berbincang sehingga dapat keputusan yang boleh memuaskan hati

    • Biasanya isteri hilang rasa kasih sayang disebabkan sikap suami itu sendiri. Lelaki ni ego nya hebat. Hanya yg takut kpd Allah saje yg boleh kawal ego mereka. Dan kebanyakan isteri terpaksa bersabar dgn sikap suami, biasanya kerana anak2, dan juga kerana tiada duit, dan tiada tempat lain dia boleh pergi. Ada yg stay kerana malu klu bercerai berai. Jadi isteri2 mcm ni akn terus menanggung derita dan akn hilanglah rasa kasih sayang tu, malah akn timbul pula rasa benci. Bila org terperangkap dlm rumahtangga yg tidak bahagia, ini lah jadinya. Masalah kita di Malaysia ni, tiada didikan rumahtangga yg khusus utk kaum lelaki. Kebanyakan suami menyangka tanggungjawab mereka hanya sekadar menyediakan makan dan tempat tinggal utk isteri dan anak2. Kesimpulannya, didikan agama dan ilmu rumahtangga tu penting utk dipelajari. Klu both suami dan isteri tunaikan tgjawab masing2 seperti yg Allah suruh, mmg aman rumahtangga semua org. Tapi, mula2 kene lah tahu dulu, apa tu tgjawab yg patut dipikul masing2, mengikut kehendak Allah….

  • Isteri sudah tiada rasa cinta pada suami …itu boleh berlaku atas beberapa sebab tertentu setelah beberapa lama bersama…selalu bertengkar , dimaki hamun , dipukul, diherdik,diperlekehkan, tidak dipedulikan n lain2 lagi hal yg boleh membawa rasa benci n hilang cinta ..wlaupun boleh memaafkan …bolehkah kamu semua bayangkan jika perkara itu terjadi pada diri sendiri …adakah suami yg memperlakukan isteri dgn kasar itu juga penuh cinta kepada isterinya??? Perceraian itu adalah hak isteri tuk memohonnya …itu adalah hak atau jalan keluar yg diperuntukan buat isteri yg teraniaya..maka tiada dosa di situ ..klu sampai berdosa pun suami yg bertanggungjawab kerna telah mnyebabkan seorang isteri begitu tega mohon cerai….biasanya seorang isteri yg begini dia akan hidup dgn pasrah bersama derita n sepinya sampai akhir hayat demi kebahagiaan anak2 n suami yg memerlukan dia sebagai tempat memaki hamun n berlaku kasar…so apakah still kita memaksa dia penuh cinta kasih n belas kasihan terhadap suami yg begitu …hidup bersama sampai akhir hayat tapi dalam jiwa menderita …jika tidak ikhlas di akhirat sana tetap juga menderita kerna tidak ikhlas n sakit hati pada suami…jika seorang isteri itu ikhlas mahu terus bersama suami n memaksa cinta wlau dimaki n diherdik maka hendaklah dia senyum n pasrah n gembira ketika dimaki hamun n dikasari suami ..jangan pernah menafikan rasa cinta buat suami wlau dimaki n dikasari…itulah mungkin yg diharapkan oleh masyarakat terhadap isteri yg sudah hilang rasa cinta n sayang pada suami

    • Konflik rumah tangga biasa berlaku kerana masalah komunikasi..

      cari jalan penyelesaian dengan mendapatkan orang lebih dipecayai sebagai pendamai.

      perasaan cinta itu boleh datang dan pergi

  • saya bingung, sy dlm fasa ni. suami curang dulu, lafaz talak, sy jmpa teman curhat dan sefahaman wktu iddah. suami marah dan rujuk smula. skrg hati sda tawar tp fikirkn ank2 yg ramai. sda 2 minggu rujuk masih tawar hti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge