Keburukan kahwin muda tetap ada.Biarpun sebelum ini admin ada menulis artikel kebaikan kahwin muda dengan penuh semangat.Lumrah dunia, mana ada yang kesempurnaan.Di setiap kejadian pasti terselit baik buruknya sesuatu.Kata orang sekarang ada pro dan ada kontra.
Berikut adalah keburukan kepada perkahwinan yang dilangsungkan pada usia yang muda.Mengikut perkiraan admin dalam usia 21 tahun ke bawah.Namun angka ini bukan bersifat mutlak.Boleh berubah-ubah bergantung dengan keadaan dan tempat seeorang.
Keburukan kahwin muda
1.Belum berpengalaman pikul tanggungjawab
Perkahwinan bukan untuk seronok-seronok biarpun dalam perkahwinan memang ada part yang paling seronok.Hanya mereka yang sudah berkahwin faham dan tahu maksud admin.
Tanggungjawab suami memang menyediakan keperluan asas keluarga.Bahasa mudahnya,nak bagi makan minum dan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.Tiada alasan untuk mengingkarinya kerana ia tanggungjawab mutlak seorang suami.
Sekiranya masih mementingkan keinginan sendiri lebih baik jangan berkahwin.Itu sekadar pendapat admin la.
Suami wajar belajar untuk memikul tanggungjawab ini.Ironinya ia tanggungjawab yang dipakejkan dengan amanah dalam mendidik isteri dan anak-anak.
Ramai yang belum ada kesedaran kepada tanggungjawab dan peranan suami isteri.
Sebab itu usia perkahwian tidak kekal lama sekiranya aspek tanggungjawab dipandang ringan terutama kepada mereka yang masih belum berpengalaman mengurus keluarga.Tak kira usia muda atau usia tua.
2.Kedudukan kewangan belum mantap
Bayangkan sahaja remaja baru lepas sekolah.Jodoh pulak cepat dan nikah pun awal.Suami dan isteri baru bekerja.
Masing-masing belum ada kewangan yang mantap.Simpanan masa depan belum ada.Pendek kata belum bersedia dari segi kewangan.
Situasi ini akan menyebabkan rumahtangga kurang bahagia.Tapi ingat tidak semua sedemikian.Rezeki masing-masing berlainan dan jalur kehidupan kita memang berbeza antara satu sama lain.
Kemampuan untuk membeli keperluan asas belum ada.Sedangkan nak beli rumah perlu duit.Nak beli kereta perlu duit.Serba serbi perlu duit sehingga isu ketidakselesaan dalam rumahtangga terus menerus dikaitkan kepada duit.
Ada oramg yang nakal yang menyatakan…” no money no talk ” dan ada juga yang menyindir ‘ abang senang kena sayang,abang susah lebih baik blah”
Bukan setakat lawak.Memang realiti masa kini jika dipandang dari sudut dunia semata-mata.
Jika ada pasangan yang kurang sabar menghadapi kesukaran begini tidak mustahil rumahtangga yang dibina pada usia muda boleh retak menanti belah.
3.Sukar memberi komitmen kepada keluarga
Sebagai orang yang masih berdarah muda memang mahu kepada aktiviti sosial seperti jalan-jalan bersama teman.Ada yang suka melancong dan fokus kepada hobi masing-masing.
Namun setelah berkahwin si isteri akan terikat untuk menjaga anak-anak.Tambahan pula ada yang dikurniakan sederet anak-anak.Bertukar tahun sahaja bertambah pulak anaknya.
Biasalah masing-masing masih muda.
Situasi begini menberi beban emosi kepada pasangan sekiranya mindset belum mampu untuk memberi komitmen kepada keluarga.
Contonhnya begini.
Jika suami yang kaki pancing masih bolehlah tinggalkan seketika anak dan isteri untuk pergi memancing.
Jika isteri yang kaki shopping sanggup ke meninggalkan seketika anak dan suami untuk merayap di Shopping Mall ?
Ada yang sanggup dan ada juga yang terpaksa memendam rasa bagaikan makan hati berulam jantung.
Masih muda katakan.Hidup mestilah mau enjoy namun komitmen keluarga diletak tepi.
4.Ibubapa tidak bagi restu
Alamak ini memang kes serius ?
Oleh kerana cinta punya pasal ada pasangan yang berkahwin muda sanggup tidak mempeduli restu ibubapa.
Bak kata pepatah lama, buang emak buang saudara, demi kasih sanggup kuturutkan..
Oleh kerana ibubapa tidak memberi restu, berkemungkinan perkahwinan tidak ada keberkatannya.Ini bahaya kerana ada kesan jangka panjang.Perkahwinan itu nanti susah untuk mencapai kebahagiaan,kedamaian dan ketenangan.
Kalau boleh elakkan sama sekali kerana kita tidak mahu menyesal di kemudian hari.
” Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna ”
Rasionalnya begini.
Ibu bapa mana yang sanggup melepaskan anak dara mereka kepada bakal suami yang buruk akhlaknya.Ada yang meninggalkan solat wajib dan masih minta dengan orang tua duit untuk reload telefon.
Begitu juga dengan ibubapa yang ada anak bujang sanggupkah mereka menerima bakal isteri yang hanya tahu Keke Challenge tetapi tidak tahu membezakan kualiti dengan periuk.Namun body cun susah mau cakap la
Sudah pasti ada yang tidak sanggup.
Akibatnya ,mereka tidak sanggup mereka untuk merestui budaya kahwin muda untuk anak-anak mereka.
5.Bosan hidup berumahtangga
Orang selalu kata, langit tidak selalu cerah.Begitu juga dengan alam rumahtangga.
Oleh kerana nak sangat kahwin muda tetapi belum memahami tujuan perkahwinan maka akan lahirlah perasaan bosan dan jemu dengan pasangan masing-masing.
Mungkin ada dalam situasi begini.
Perangai suami yang kebudakan- budakan.Bertemu pula dengan sifat isteri yang keanak-anakan maka tidak hairan rumahtangga selalu berperang.
‘Berperang’ atas tilam kira ok juga tetapi berperang dengan suara bagaikan halilintar siapa yang berani cik abang oii..
Menjalani kehidupan rumahtannga begini memang menimbulkan perasaan bosan.Belum dicampur dan ditolak dengan karenah anak-anak,karenah isteri maupun suami itu sendiri.
Akhirnya kahwin muda bukan satu nikmat tetapi menjadi mudarat.Fikir-fikirkanlah ya..
6.Tekanan perasaan yang berpanjangan
Banyak punca tekanan perasaan kepada pasangan muda.Antaranya belum matang dan belum bersedia untuk menempuhi badai kehidupan berumahtangga.
Lirik lagu sudah awal awal bagitau …” sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri”
Sama juga dengan peribahasa lama….” jika takut dilambung ombak maka jangan berumah ditepi pantai.”
Dalam keluarga pun sama.Masalah tetap ada.Terpulang kepada pasangan itu untuk menangani secara positif maupun negatif.
Jika secara negatif lambat laun akan menyebabkan tekanan perasaan yang berpanjangan.
Contoh senario begini.
Pasangan kita jenis pengotor dan kita pula pembersih.Tabiat pengotor akan memberi tekanan perasaan kepada orang yang suka kebersihan.
Jika tiada teguran membina atau perubahan sikap pada pasangan akan mengundang perasaan stress atau tekanan.
Ada banyak lagi isu yang boleh memberi tekanan kepada pasangan suami isteri yang muda.Yang remeh boleh jadi serius.Penyelesaian perlu segera,jika bertangguh menjadi nanah dan barah dalam hati.
Namun bukan usia muda atau tua sahaja yang boleh dikaitkan dengan tekanan perasaan.Yang lebih penting cara mengatasi tekanan perasaan itu sendiri.
7.Pandangan negatif masyarakat
Sikap masyarakat yang baik ialah ambil peduli orang lain.Namun apabila berdepan dengan cerita orang kahwin muda maka bermulalah episod membawang.
Isu sensasi tu..
Ada yang terang-terangan menuduh kahwin muda seperti menutup kes terlanjur atau advance.Sedangkan perkara sebenar tidak sedemikian.
Inilah pandangan negatif masyarakat yang bakal dihadapi oleh pasangan muda.
Bukan itu sahaja maruah dan nama baik ibubapa akan terheret sama.Stigma minda masyarakat begini mengundang kekecewaan anak-anak muda untuk bernikah di awal usia hidup mereka.
Tidak hairan ada yang sanggup ‘bercouple’ tetapi tidak sanggup bernikah semata-mata nak jaga pandangan masyarakat.Budaya ini sangat tidak sihat dan lari jauh dari ajaran Islam.
Semoga ada perubahan nanti.Sama-sama kita menunggu.
Penutup
Selagi lagi admin peringatkan bahawa keburukan kahwin muda bukan muktamad.Apa yang berlaku kepada orang lain tidak akan sama berlaku dalam kehidupan kita.
Namun asasnya tetap sama yakni baik atau buruk perkahwinan adalah ujian kepada insan yang bergelar manusia.
Kini terpulang kepada individu itu sendiri untuk kahwin muda atau kahwin lewat.Sejujurnya urusan kahwin adalah keputusan sendiri dengan didasari iman dan takwa kepada Allah.
In shaa Allah.
Kalau zumal yang tak muda ni pun berfikir hal2 di atas…
kalau zumal dah berkenan dan ada orang berkenan dengan zumal..on sahaja..
soal rezeki Allah sudah takdirkan ..
in shaa Allah
rasa tak ada yang berkenan dekat zumal ni
belum usha belum tahu bro..
usaha tangga kejayaan hehehehe
jodoh rahsia Allah… dl akak agak skeptikal juga pasal kawin muda ni… ada anggota fmly kawin umur 14 thn…. tp allhamdulillah, hidup mereka bahagia sampai skang,,, anak pun dh 6 thn yg sulong sama je mcm anak akak…. fmly support pada mulanya, husband n wife sama2 muda… wife pun dpt dpt kerja elok cikgu tadika p kursus sana sini,,, wlupun sekolah sampai form 2 jer… rezeki Allah siapa yg tahu kan… mereka lg senang dr akak yg duk tunggang langgang buat phd ni… hehehe
sangat setuju dengan komen akak..
Jodoh jika ditakdirkan kepada orang muda memang bukan luarbiasa juga..
tambahan pula selepas berkahwin rezeki pula murah dan berkat..
sebab itu jodoh adalah ujian kepda manusia itu sendiri..
Orang muda ni masih nak hidup enjoy dan bebas, tidak berfikir secara matang dan cepat buat keputusan secara terburu buru.. Tapi banyak kebaikan juga kahwin muda.
orang muda tetapi berfikiran matang layak kahwin..
orang muda yang belum matang so lebih baik berbakti kepada orang tua dulu
memang setuju dengan kenyataan ini..sabarlah..jika dah sampai jodoh untuk berkahwin maka akan jadi juga…
ya..
kalau dah jodoh..
tidak kira muda atau tua.
sama seperti ajal..
bila-bila masa sahaja boleh datang menjemput
Kewangan belum stabil, nak sara diri sendiri pun tak mampu lagi kan, nak jaga anak orang lagi, pencerahan terbaik.. tapi kalau dah jodoh awal tak boleh nak tolak hehee
soal rezeki Allah kan ada..
terpulang dengan beriman atau tidak sahaja dengan kekuasaan Allah..
jadikan orang beriman secara total..
aamiin
Kalau jodoh tak kemana.
Hehehe
kalaulah jodoh tak ke mana..
lepas kahwin isteri duduk rumah jelah ..
hahahaha
dalam banyak2 tu bro yang paling terkesan melalui pengalaman teman sendiri adalah kewangan. Sebab tak stabil baru 1-2 tahun bekerja
saya juga mengakui bro..
kecuali kita dilahirkan dalam keluarga kaya raya..
boleh mohon dana dari keluarga jika bajet lari
Menurut saya tergantung niatnya..kalau benar benar iklhas, kawin muda justru mendatangkan berkah
ya betul mas..
tiada bangkangan kalau soal niat ini
risiko dalam perkahwinan adalah perkara biasa..
misalnya jodoh kekal atau separuh jalan..
jika jodoh itu membawa kebahagiaan maka itulah rahmat yang Allah kurniakan kepada mereka..
in shaa Allah
Keuangan belum mantap, itulah yang menjadi kendala. “Abang punya duit, neng sayang. Jika Abang tidak punya duit, neng tendang” Pepatah jaman sekarang.
hahahaha..
dunia sekarang mata duitan..
perkara biasa la tu mas
mak saya cakap selagi saya takda kerja tetap jangan kawen. doakan saya bro.. nak kawen tahun depan
encikhafiz.my recently posted…Review Movie Pulang 2018
cakap emak bro sangat betul juga…
jika lawan cakap beliau boleh jadi kehidupan tidak berkat..
in shaa Allah saya doakan urusan bro untuk kahwin dipermudahkan..
minta tolong emak doakan juga kerana doa seorang emak terhadap anaknya sangat mustajab
dengan angka 70% cerai bawah 30 tahun memang memang menakutkan tuan..
puncanya banyak ..yang jelas tiada persefahaman
Yang penting bila dah berumahtangga adalah rasa tanggungjawap kepada keluarga samada di pihak suami atau isteri, saling menghormati dan cuba memahami pasangan.
betulx3 ..
ikut kata upin dan ipin..
Setuju dengan tuan Hanafi. Kahwin muda ada pro dan kontranya. Apa yang pernah saya lihat ialah kahwin muda yang tidak mendapat restu ibu bapa. Cabarannya sangat tinggi dengan tekanan dari keluarga dan usia muda (fikiran belum cukup sepenuhnya matang) untuk ‘menelan’ semua cabaran tu. Peranan saudara mara sangat penting untuk bantu bagi sokongan dan semangat. Hidup perlu diteruskan dan pandang ke depan.
terima kasih bagi pandangan yang super bernas..
saya berharap artikel ini sampai kepada anak-anak muda yang nak berkahwin agar boleh dijadikan panduan..
jangan sudah berlaku baru sedar kesilapan diri
baca entry ni teringat statement wawa zainal… awal perkahwinan, walaupun pasangan nmpk matang tp sbnr nya tidak… tp kalau dpt pasangan yg bertolak ansur, tu satu nikmat yg tak terhingga
mana nak cari yang bertimbang rasa ..
hahahahaha..
apa-apapun perkahwinan adalah ujian
Kalau gua santai aja menanggapi nya, kalau udah sampai jodohnya mau gimana lagi, takutnya jadi zinah hehe
kalau sudah sampai jodoh kahwin sahaja..
kerana kahwin itu penyelamat iman dan maruah..
dosa zina berat hukumannya boleh kena rejam 100 kali atau lempar dengan batu..
nauzibillah min zalik
kematangan, support dari keluarga serta saling kerjasama pasangan penting utk kedamaian dan keutuhan rumah tangga…
susah senang bersama
teori susah senang macam mudah..
tetapi secara praktikalnya ramai yang berpegang kepada prinsip
” abang senang kena sayang, abang susah kena tendang la”
Tarot juga setuju, berumah tangga ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Kena betul-betul bersedia untuk pikul tanggungjawab baru boleh berumah tangga.
Alhamdulillah sekiranya fikir begitu..
jika semua ada cara berfikir demikian maka aman lah rumahtangga
Saya sekarang berumur 24 tahun . sy masih lagi belajar. InsyaAllah tahun ni sy praktikal . Saya hairan dgn mulut makcik makcik ni asyik tnya bila nak kahwin ? Diorang ingat senang ke nak kahwin ?
Saya skrg mmg berdoa nk jodoh yg baik , tapi hati sy ni rasanya belum terbuka dekat mana2 lelaki lagi.
Untuk berkenalan , berkawan tu saya sudi je. Tapi nak berhubungan serius tu saya masih belum sedia lagi. Saya pun tidak matang lagi. Banyak benda saya kena belajar. Bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai isteri kan .
Sebelum nak kahwin, kita kena selidik dahulu dia tu dari keturunan mana , mcm mana akhlak dia , mcm mana sikap dia dgn mak ayah dia? Pernah ada rekod jenayah atau tidak .
Itu pandangan saya.
Kawan saya berumur 30 lebih dh alhamdulillah baru kahwin .
Saya rasa bab jodoh ni tak boleh nak dikejar sgt. Setiap manusia mmg ada perasaan nk kahwin . Tp kena pilih dgn baik. Jgn lepas kahwin baru menyesal kan
sebvetulnya saya memang bersetuju..
sebaik-baiknya kahwin bila rasa bersedia dan sanggup hadapi risiko.
jika nak balas jasa orang tua…saya memang bersetuju sangat
jika bukan sekarang bila lagi..
tentang mulut orang tu…kita tak boleh elak..hadap jelah dengan hati terbuka