Awam

Motif sebalik tembakan rambang di masjid Christchurch

Kematian 49 orang dan 48 cedera dalam insiden tembakan rambang di Masjid Al Noor dekat Deans Ave dan Masjid Linwood di Linwood Ave amat menyedihkan.Sukar untuk dibayangkan bagaimana keganasan dilakukan dalam rumah ibadah seperti masjid.

Insiden tersebut telah dikutuk sekeras-kerasnya oleh beberapa pemimpin dunia.

Menurut laporan, mangsa berada dalam masjid pada jam 1.40 petang waktu tempatan seperti yang disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara itu melalui Twitter.

Peristiwa ini amat mengejutkan dunia.Difahamkan ada rakyat Malaysia antara yang cedera dalam insiden tersebut sewaktu solat Jumaat.

Malah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan tiada tempat untuk pengganas yang melampau dalam negara mereka.

Dari laporan yang dikeluarkan oleh media ada 3 orang lelaki dan seorang wanita terlibat dalam insiden tersebut.Malah salah seorang daripada mereka ada membuat liputan langsung di media sosial.Inilah keganasan cara baru dan boleh memberi implikasi yang buruk kepada golongan netizen.

Perbuatan mereka dikatakan sudah dirancang rapi.Keganasan tersebut didakwa kerana sentimen anti imigran untuk mengurangkan penghijrahan ke negara-negara Eropah.Begitulah dakwaaan salah seorang suspek yang dikenali sebagai “Brenton Tarrant” dari Australia.

Motif tembakan rambang di masjid Christchurch untuk melampias perasaan benci kepada golongan imigran yang beragama Islam.Kedatangan imigran ini dikhuatiri mengancam kepentingan penduduk asal yang berkulit putih.

Jelas sekarang ini pengganas bukan label kepada orang Islam semata-mata.Pengganas tidak mengira agama,bangsa dan keturunan.

Tiada cara paling ampuh untuk menanganinya selain menyemai perasaan meyayangi sesama manusia tanpa sempadan.Yang pasti Islam sudah mendidik penganutnya untuk sentiasa berdamai dan hidup sejahtera dengan oramg lain.

Al Fatihah buat mangsa yang terkorban.

10 Comments

  1. geram n sakit hati betul…. tak sampai hati nk tgk video tuh…
    betapa mereka sengaja membunuh sesuka hati, lps tu paling geram bila kt mahkamah tu dia blh buat senyum sinis… mmg dasar jahat

    geram jgk ngn senator yg kene baling telur tu… sedap2 nk salahkan islam lak

    1. aamiin..

      moga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua..

      sebarkan Islam agama kedamaian dan cara hidup terbaik dalam peradaban manusia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
%d bloggers like this: