Hati wanita umpama kerak nasi. Terkena air akan cair. Kalaulah begitu keadaannya tentu lelaki hebat berbicara dan bijak berkata-kata mudah mencairkan hati wanita.
Realiti tidak juga. Tapi ada benarnya.
Sewaktu saya berada pejabat baru-baru ini, ada seorang rakan sekerja berkongsi tips untuk memikat hati wanita.
Cuma saya tidak ada jaminan tip tersebut boleh mengoda wanita atau tidak.hahaha
Boleh cuba namun jangan disalahguna. Tak pasal-pasal jadi dosa dan porak peranda rumahtangga
Jika untuk sang suami boleh praktikkan kepada isteri masing-masing.
Kepada para wanita terutama yang sudah berpunya, berhati-hati la ya. Jangan terjerat dengan pujuk rayu seorang lelaki yang nawaitunya tidak begitu elok.
Ini dia cara pikat hati wanita…
1.Ambil tahu tarikh lahir
Tarikh lahir sangat penting. Lelaki yang bijak perlu ambil berat perkara ini terutama kepada isteri atau bakal isteri.
Raikan hari lahir dengan memberi hadiah ataupun ucapan. Jika tak mampu sekalipun cukup dengan doa dari jauh.
Doakan panjang umur, murah rezeki dan dapat jodoh.
Mudah tak ?
Tunjukkan dengan keikhlasan dan kesungguhan. Pasti hati wanita akan lembut, sayang dan tergoda.
Cewah.
2.Ambil tahu makanan kesukaan
Terus terang sahaja siapa yang tidak suka makan. Semua orang suka makan walaupun kadang-kadang dinafikan atas macam-macam alasan.
Lelaki yang terbaik wajar mengenal pasti makanan kesukaan wanita yang diingin digoda.
Bila dah tahu. Apa lagi ajaklah untuk candle light dinner atau belanja makanan kesukaan mereka.
Paling tidak tapaw je.
Tidak rugi untuk belanja orang makan. Dapat pahala dan dapat keseronokan.
Pahala kerana bersedekah dan sanggup berkongsi rezeki dengan orang lain.
Keseronokan kerana dapat lihat wanita yang digilai tu makan di depan mata.
3.Ambil tahu warna kesukaan
Wanita dan kecantikan mana bisa dipisahkan. Warna juga sinonim dengan kecantikan.
Kenal pasti warna kegemaran akan memudahkan kita ‘tackle’ mereka dari sudut diluar jangka.
Misalnya mengenakan baju dengan warna yang disukai akan memberi signal persamaan dalam minda. Bila sudah ada rasa persamaan tentu mudah dalam mendekati dan memaut hati wanita.
Fuh ! Dahsyat !
4.Ambil tahu muzik kegemaran
Ada juga yang tidak gemar muzik. Namun tidak semua. Memang ada yang suka muzik dan menjadikan muzik sebagai keperluan dalam hidup mereka.
Cuba cari dan selidiki. Jika dah tahu, mudah untuk menawan mereka dengan muzik.
Muzik boleh dijadikan alat untuk ekspresi perasaan dan keinginan kita kepada mereka. Bila dah masuk salurannya maka terbuka peluang untuk memaut hati dari dalam.
Pergh….serius tu.
5.Ambil tahu fesyen disukai
Lelaki suka fesyen. Wanita lagilah suka dengan fesyen. Dengan mengetahui fesyen yang disukai memudahkan lelaki mencari ‘angle’ yang sesuai untuk memanah hati mereka.
Bukan mudah dan bukan juga susah. Jika kena pada caranya soal cari jodoh menjadi perkara yang terindah dalam hidup kita.
Mahu atau tidak, lelaki harus memiliki pengetahuan yang terkini tentang fesyen. Kena rajin dan kena usaha sungguh-sungguh.
Percayalah. Usaha tersebut memang berbaloi dan pasti diberi ganjaran. Tentunya dapat memiliki hati wanita yang diingin dikahwini.
Pastu hidup bahagia hingga ke Jannah.
Aamiin.
Kesimpulan
Hati wanita milik Allah SWT.Boleh berbolak balik atas izinNya. Semua tips di atas tidak akan menjadi tanpa keizinan Allah.
Jangan pula berputus asa dan terus mencuba selagi belum berjaya. Lama-lama pasti berhasil juga.
Tak percaya dengan tips tersebut boleh mentelaah dan mendalami ilmu dalm buku ” 20 Tip Memilih Jodoh”
- Kemas kini 24/12/22
- Kemas kini 30/12/22
wahh bagus tips ni mmg kompem boleh tergoda
hahahaha..
ya ke ?
saya belum cuba tau !
No 1 & 2 tu paling penting. Haha. Lagi2 kalau yang suka JJCM. 🙂
JJCM adalah yang bagus..
siapa yg tak suka makan yg sedap-sedap oo
wahhhh… sampai kene tahu muzik kegemaran dengan fesyen kegemaran yek? melampo sgt tu hahaha…
pempuan ni simple je, tp tarikh lahir tu penting, makanan ngn color tu lps2 dh kawin pun ok…
kalau try too hard pun kadang pempuan tak suka juga hehehe…
good feedback from woman
saya ok jer ..
terima kasih bagi pendapat yg dirasakan kebenarannya
pencinta wanita ni.. hehehe
hahahaha..
khas untuk mereka yang masih bujang je !
kan..
perkara orang benci pun penting juga
Haha nice one, especially the fifith one 😉
Charlotte Gan recently posted…Flower Fun Brunch with Illy Ariffin ~ Discover Tanamera with Pure Natural Ingredients
ofcouse.
different people, different approach
Penting tahu ambil hati wanita, senang nak tackle nanti 😀
kan…
pendekatan holitik perlu ada
Hmmm mungkin boleh guna kot cuma kenalah tahu juga apa yang tidak disukai tu hehe
ya betul..
nampaknya perlu bekerja keras jugalah
Wahh.. boleh cuba tips ni hahaa.. menarik tuan 🙂
ya tuan..
memang boleh cuba hahaha
Tips yg bernas. Cuma perlu keikhlasan dlm melakukannya, bukan sekadar nak test market 😁😁
hahahaha…
orang yang test market boleh ditest juga keikhlasan mereka
kan..
yang penting tackle tu mmg untuk di buat isteri tau…. bukannya utk test market hehe
siti awadah recently posted…Mengapa Ramai Wanita Tak Suka Pakai Bra Masa Tidur? – Inilah Sebabnya
hahaha…
betul la..
tackle nak jadikan isteri
igt tarikh lahir tu sgt2 penting ok haha
noted..
iutlah pengakuan seorang perempuan…
terima kasih