Cara Mudah Memahami Hukum Tarikan Yang Terbukti Wujud

Hukum Tarikan atau Law of Attraction bukan perkara baru.Cuma pendedahan dan hebahan tidak begitu menonjol.Sebenarnya Hukum Tarikan amat dekat dalam kehidupan kita.Sedar atau tidak,kita mengalaminya setiap hari.

Admin akan berkongsi dengan pembaca cara memahami Hukum Tarikan dengan mudah.

Semudah teori ini, “apa yang kita fikirkan itulah yang kita akan dapat”

Kalaulah sebegitu mudah mengapa saya tidak kaya-kaya,tidak bahagia dan tidak senang lenang sedangkan itulah yang saya fikir,rasa dan lakukan selama ini ?

Soalan bagus.

Cuma keberhasilan dan keberkesanan kita merealisasikan apa yang kita impikan itu sangat bergantung kepada keyakinan.

Kalau dalam Islam, pergantungan secara total kepada Allah SWT.

Yakin bahawa apa yang kita hendak pasti akan dapat tanpa ada rasa keraguan.

In shaa Allah.

Sekali lagi Islam mengajak penganutnya mengamalkan konsep iman.

Tak nampak tetapi yakin dengan penuh pasti.

Tak nampak lagi syurga tetapi sudah merasai bayangan keindahannya.

Wallahualam.

Itu baru mukadimah.

Hukum Tarikan

Definisi Hukum Tarikan 

Takrifan Hukum Tarikan seperti  berikut,

“Saya menarik ke dalam hidup saya apa sahaja perkara yang saya beri sepenuh HATITENAGA  dan FOKUS sama ada positif atau negatif “

Cuba perhatikan sekali lagi perkataan yang telah admin gunakan huruf besar tersebut.

Itulah kata kunci utama untuk memastikan segala hajat,impian dan cita-cita akan terlaksana dengan izin Allah SWT.

1.Hati

Maksudnya hati kita  menumpukan sesuatu perkara 100 peratus.

Hati kita sudah terpateri untuk menginginkan sesuatu tanpa ada rasa berbelah bagi.

Tiada rasa curiga.

Tiada rasa was-was.

Pendek kata sebulat hati dan nekad.

Dalam erti kata yang lain, hati kita nak sangat-sangat.

2.Tenaga

Tenaga dalam bentuk fikiran.

WAJIB BACA :   Rumah adalah maruah seorang suami

Dalam bahasa mudahnya tenaga yang kita nak adalah tenaga positif.

Hasil dari pemikiran positif.

Hukum tarikan berfungsi dengan asas getaran.

Fikiran ini mampu menarik apa sahaja keinginan dan impian hanya dengan memperkuatkan tenaga fikiran.

Fikir positif maka dapat positif dan begitulah sebaliknya.

Bayangkan jika siang dan malam kita berfikir untuk dapatkan pendapatan RM10  ribu sebulan.

Kita berfikir dan terus berfikir betapa seronoknya jika ada pendapatan RM10 ribu sebulan.

Pasti kita akan dapat mencapainya.

Mungkin lebih cepat dari apa yang kita bayangkan melalui konsep Hukum Tarikan.

3.Fokus

Fokus sering dikaitkan dengan suatu yang tidak berubah ubah.Selagi belum dapat maka selagi itulah meletakkan fokus untuk mendapatkannya.

Ironinya kita ada impian tetapi tidak fokus.

Jika semalam cadang beli kereta Myvi tetapi hari ini berubah nak kereta Axia pulak.

Perubahan begitu akan menggagalkan proses mendapat keberkesanan Hukum Tarikan

Bila tak dapat jangan pulak salahkan Hukum Tarikan pula selepas ini.

Formula Hukum Tarikan

Formula Hukum Tarikan 

Dalam buku “Law of Attraction ” hasil penulisan Michael J.Losier mengariskan 3 Formula untuk memastikan hukum ini benar-benar terjadi dalam kehidupan kita.

Formula 1 :Cipta impian yang jelas

Admin pernah menghadiri satu seminar motivasi.

Penceramahnya seorang jutawan yang pernah mendapat pendapatan dalam setengah juta sebulan.

Masih terngiang -ngiang lagi pesanan beliau kepada kami semua,

“Orang yang muflis bukan kerana langsung tiada harta tetapi tidak berani langsung untuk berimpian”

Sekali lagi penekanan kepada impian.

Semua orang boleh berimpian.

Bahkan untuk berimpian tiada halangan dan tiada kekangan.

Kosnya pula percuma.

Tidak perlu keluarkan satu sen pun semata-mata untuk berimpian.

Dalam Hukum Tarikan, impian bukan sekadar impian.

Impian yang kita nak capai mestilah impian yang jelas,tepat dan spesifik.

WAJIB BACA :   Contoh Ayat Promosi Program FI$H

Misalnya admin (contoh ) nak dapat jodoh baru.

Gadis tersebut perlu berumur 25 hingga 3o tahun.

Berkulit putih,mulus dan lembut.

Badan yang ramping dan slim.

Ketinggian sederhana.

Tidak tinggi dan tidak rendah.

Senyuman manis dengan renungan mata yang redup.

Bahasa pertuturan sopan santun  dan yang penting sekali hatinya sentiasa mengingati Allah SWT.

-aamiin-

Ingatlah ya.

Bina impian sejelas dan seterang yang mungkin.

Formula 2 : Beri  perhatian kepada impian

Untuk menjelaskan maksudnya admin nak buat perumpamaan seperti kita menjaga bayi.

Para isteri faham situasi ini.

Mereka lebih faham dari para suami.

Bayi diberi perhatian oleh ibu atau penjaga mereka selama 24 jam.

Masa tidur.

Masa bangun.

Hampir setiap masa bahawa perhatian diberikan kepada bayi tersebut.

Sama juga dengan impian kita.

Jika nak mencapai lebih cepat maka beri perhatian kepada impian berganda-ganda.

Baiklah admin bagi contoh.

Namun contoh ini bukanlah betul 100 peratus.

Dalam perengan awal tadi,admin ada impian yang jelas untuk dapat jodoh idaman.

Untuk beri perhatian kepada impian ini admin telah mencipta satu ayat affirmasi.

Ayat affirmasi ini ialah ayat pengulangan untuk dibaca berkali-kali agar minda sentiasa beri perhatian kepada impian kita.

“Saya dalam proses mendapat teman hidup baru yang cantik,putih,bersopan santun dan lemah lembut tutur katanya.Saya yakin dia tengah menanti kehadiran saya dengan penuh teruja,gembira,cinta dan kesyukuran”

Formula 3 : Benarkan segala impian yang telah dibina

Bahagian ini amat mencabar.

Sebab apa.

Sebab bahagian ini akan menguji keyakinan kita  sama ada dapat atau tidak mencapai impian tersebut ?

Jika rasa ragu-ragu maka impian akan tinggal impian.

Jika rasa benar-benar yakin in shaa Allah segala impian yang telah dibina dan diberi perhatian akan menjadi kenyataan.

WAJIB BACA :   Fahami syarat ini untuk dapat jodoh terbaik

Admin beri contoh.

Admin sudah ada impian untuk dapat pasangan hidup yang  cantik dan menawan.

Malah admin telah membenarkan impian ini dengan mencipta satu ayat affirmasi.

Timbul persoalan baru,adakah mampu admin memilliki impian tersebut dengan apa yang admin ada  sekarang ini..

1.Umur sudah tua

2.Rupa kurang hensem

3.Harta langsung tiada

4.Penampilan ke laut

5.Status sudah secondhand

Berdasarkan Hukum Tarikan, 5 point kelemahan tersebut akan admin tukar menjadi 5 point kelebihan.

Di sinilah peranan terpenting untuk memastikan Hukum Tarikan bekerja untuk kita.

Jom lihat contoh berikut :

1.Semakin berumur semakin hebat dalam perhubungan dan percintaan.

2.Akhlak,karakter dan poket tebal jauh lebih baik dari hensem

3.Kekayaan dan rumah banglo bila-bila boleh dapat jika sudah rezeki datang melimpah.

4.Penampilan mudah diubah dengan mengikuti fesyen terkini yang menyenangkan mata memandang

5.Cinta adalah anugerah terindah yang tidak mengira apa jua status kecuali yang terlarang.

Nah!

Jika pembaca dalam situasi admin adakah sekarang ini pembaca yakin dengan impian yang telah admin nyatakan sebelum ini.

Ya.

Pas ti ada Harapan untuk kekalkan Barisan….

hahahaha.

Itu gurauan sahaja.

Penutup

Hukum Tarikan yang admin jelaskan itu masih peringkat asas sahaja.

Sebelum pembaca ingin ke peringkat seterusnya adalah elok praktiskan dahulu tiga formula ini.

  1. Cipta impian yang jelas
  2. Beri perhatian kepada impian
  3. Benarkan segala impian

Admin kongsikan video ini agar keyakinan pembaca terhadap Hukum Tarikan jauh lebih baik.

Semoga berjaya dalam mencapai impian bermula dari sekecil-kecilnya perkara hingga sebesar-sebesarnya perkara.

Dengan Hukum Tarikan semua kita boleh berjaya dengan izin Allah SWT.

https://youtu.be/4V8UH5WhrKs

Comments 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge