Kata Kata Rindu Buat Anak Yang Jauh Berbentuk Doa

Kata-kata rindu buat anak yang jauh sentiasa bermain dalam minda admin.Biar jauh dimata tetapi dekat dihati.Itu hakikatnya.Tidak mungkin terpisah oleh masa dan ketika.Namun rasa rindu tetap mencengkam jiwa.

  1. Admin merenung dinding.
  2. Tanpa bicara dan tanpa kata.
  3. Disebalik ‘dinding’ itu ada satu harapan yang kian membara.
  4. Harapan untuk berjumpa.
  5. Harapan untuk dekat dengan mereka.
  6. Mungkin belum terlambat dalam mengisi hari yang terus berlalu dengan kesepian.

Dah.

Admin tidak mahu meneruskan lagu melankolik.Sebagai insan yang percaya Hukum Tarikan, admin ubah dialog negatif  tersebut menjadi dialog pembakar semangat.

  1. Admin tersenyum menggambarkan dinding sebagai pintu untuk melalui masa depan
  2. Berbicaralah dengan kata-kata positif
  3. Kini dinding sudah lenyap untuk memberi laluan mencapai impian
  4. Bahagianya berjumpa mereka
  5. Bahagianya mereka berada di sisi
  6. Inikan masa terbaik untuk dilalui setiap hari  dengan hati penuh gembira.

Alhamdulillah.

Jika membaca 6 dialog negatif akan memberi getaran kesedihan.Cuba membaca dialog positif maka hati akan lebih gembira

Rindu memang rindu.Bukan manusia jika tiada rindu.Perasaan rindu akan digantikan dengan doa untuk mereka.

Kata kata rindu buat anak yang jauh berbentuk doa

Ya Allah,

Lindungi mereka setiap masa dan beri kebaikan untuk mereka setiap ketika.

Cerdaskan fikiran mereka.

Perbaiki akhlak mereka.

Jadikan mereka anak-anak yang hebat dan bermanfaat kepada agama dan keluarga.

Jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah

Moga keberkatan dan rahmatMu sentiasa mengiringi anak-anak ini.

Aamiin.

Alhamdulillah.

Begitulah cara admin mengurangkan rasa rindu terhadap anak-anak sejak berjauhan dengan mereka.

Memandang admin masih sibuk dengan kerja dan mereka masih sibuk dengan urusan persekolahan, in shaa Allah ada masa nanti admin pasti berjumpa mereka.Ternyata melalui hidup seperti ini bukan sesuatu yang kita minta.

Namun ianya berlaku juga kerana sebaik-baik perancangan manusia, sudah pasti perancangan Allah jauh lebih baik untuk hambaNya.

Penutup

Kata-kata rindu buat anak yang jauh harus disulami dengan doa dan harapan.Sebab doa ibubapa untuk anak mereka mustajab.

Doa anak-anak kepada ibubapa pula sangat diperlukan ketika kita tiada lagi dunia ini.Pada masa itu kita tetap merindui doa mereka sebagaimana kita merindui mereka semasa masih hidup.

Percayalah jika nak anak anak  yang cerdas dan pintar wajar baca info Anak Cerdas Pintar

Wallahualam.

8 thoughts on “Kata Kata Rindu Buat Anak Yang Jauh Berbentuk Doa

  1. Ada banyak cara meluahkan rasa rindu, sebaik-baiknya adalah saling mendoakan terutama pada anak sebagai amanah yang Allah titipkan pada kita.

    Semoga anak admin blog ini menjadi anak yang soleh soleha dan membuat bahagia kedua orang tuanya di dunia dan di akhirat

    aamiin ya Allah

Leave a Comment

CommentLuv badge