Kahwin muda bukan perkara baharu. Datuk dan nenek kita pun kahwin muda. Biasa orang dulu-dulu kahwin dalam usia yang masih hijau. Perkahwinan mereka majoriti kekal sehingga hujung nyawa.
Admin suka nak berkongsi 7 kebaikan kahwin muda. Sekiranya ada anak muda yang sudah bersedia untuk berkahwin apa tunggu lama-lama. Kahwin sahajalah kerana perkahwinan itu ibadah dan sunnah.
Sebelum ini admin ada menulis tujuan nikah dalam Islam. Boleh baca jika rasa belum jelas tentang tujuan perkahwinan.
Baiklah.
Berikut ialah kebaikan kahwin muda. Adik admin berkahwin dalam usia 20 tahun. Alhamdulillah sehingga sekarang mereka bahagia. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak dan anak-anak sudah meningkat remaja.
Table of Contents
Kebaikan kahwin muda
1.Elak maksiat
Ujian paling kuat kepada anak muda apabila sudah ada couple tentunya nafsu syahwat. Bohong la kalau dikatakan bercinta tetapi tiada keinginan syahwat. Susah nak percaya melainkan kita ini malaikat.
Dengan berkahwin in shaa Allah perbuatan maksiat akan terhindar. Tambahan pula dalam dunia media sosial pintu-pintu untuk berbuat maksiat amat dekat.
Jika sudah ada pasangan yang ingin sehidup semati maka elok sangat la kahwin muda.
“Barangsiapa yang menikahkan (puterinya) kerana terpedaya akan kekayaan lelaki meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak akan pernah pernikahan itu dibarakahi-Nya, Siapa yang menikahi seorang wanita kerana kedudukannya, Allah akan menambahkan kehinaan kepadanya, Siapa yang menikahinya kerana kekayaan, Allah hanya akan memberinya kemiskinan, Siapa yang menikahi wanita karena bagus nasabnya, Allah akan menambahkan kerendahan padanya, Namun siapa yang menikah hanya kerana ingin menjaga pandangan dan nafsunya atau kerana ingin mempererat kasih sayang, Allah senantiasa memberi berkat dan menambah keberkatan itu padanya” (HR. Thabrani).
2.Proses kematangan
Setelah suami mengucap akad nikah di depan wali dan saksi maka segala tanggungjawab sudah berpindah tangan.Daripada wali kepada suami.
Makan minum,pakaian dan tempat tinggal serta didikan agama adalah tanggunjawab saya..eh salah..sang suami.
Melalui perkahwinan itu sendiri suami dan isteri akan belajar kehidupan. Dalam erti kata yang lain proses kematangan diri sedang dibina secara praktikal.
Belajar untuk berdikari dan membentuk akhlak sebagai seorang manusia yang berguna. Jika masih hidup bawah ketiak ibubapa sudah tentu proses kematangan hidup belum terbina sepenuhnya.
Bila nak mula ?
Sudah tentu ketika membina alam perkahwinan yang di usia yang muda.
3.Murahkan rezeki
Tidak dinafikan berkahwin boleh memurahkan rezeki. Dalam masa yang sama ada juga dikalangan kita masih beranggapan macam mana nak kahwin dalam keadaan kedudukan kewangan yang kurang stabil, tiada kerja tetap dan 101 alasan yang kreatif lagi munasabah.
Betul kan ?
Betul pada pendapat mereka yang kurang yakin dengan janji Allah. Namun janji Allah dalam surah An Nuur ayat 32 wajib diyakini 100 peratus.Kalau tak yakin rosak iman.
“ Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui ”
Berkahwin dalam usia muda ini tentunya mencabar terutama melibatkan rezeki seperti duit. Ketika mana isteri mengandung dan anak pula akan lahir bagaimana keadaan suami jika belum ada duit.?
Baca juga : Teknik Terpantas Jana Income Online
Risau…
Sebab itu Islam amat menganjurkan umatnya berusaha meningkatkan iman dan berusaha menggunakan kudrat.
Berdoa untuk minta pertolongan. Solat dan sabar sebagai cara penenang jiwa. Jika nak bereksperimen kahwinlah masa muda sebelum ada apa-apa untuk merasai nikmat murah rezeki ini.
Ingat..
Jika terpalit dosa penzinaan maka penghinaan akan dikalung kepada leher pelakunya. Pada masa itu rezeki akan sempit dan kehidupan akan sengsara biarpun berkahwin pada usia yang bukan muda lagi.
4.Mahu berdikari
Inilah kebaikan yang amat ketara kepada pasangan yang kahwin muda. Setelah mendirikan rumahtangga wajar untuk tinggal sendiri bersama suami dan isteri.
Tidak mampu beli rumah bermula dengan menyewa rumah.Jika tidak mampu juga boleh mencuba dengan menyewa bilik.
Saranan ini tidak bermaksud untuk mengabaikan kebajikan orang tua. Sebaliknya kaedah paling ampuh untuk mahu berdikari sebagai keluarga yang baru dibina.
Memang ada dalam masyarakat kita yang ibu bapa masih berat untuk melepaskan anak perempuan mereka mengikut suami. Biasalah masih ingin bermanja dan anak pula masih muda.
Berdikari dengan adanya tinggal cuma berdua suami isteri akan banyak mengajar erti pengurusan kewangan,tolenrasi dan hormat yang tinggi kepada suami.
Nak cuba tak ?
Jika nak boleh la kahwin awal pada usia yang muda dan sanggup menempuhi susah senang hidup berumahtangga.
5.Keselamatan diri
Tidak lama dulu ada kes pasangan bawah umur yang memohon untuk bernikah. Budak lelaki berumur 15 tahun dan budak perempuan pula 14 tahun. Kisah tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.
Alasan budak perempuan kahwin awal kerana takut untuk tidur seorang. Pada mulanya alasan tersebut seperti lucu.Setelah selidiki rupa-rupanya budak perempuan sudah kehilangan ibu dan tinggal berdua di rumah bersama bapanya.
Logik untuk lebih rasa selamat dengan kahwin sahaja dengan orang yang sanggup menjaganya. Tentu juga berisiko jika tinggal bersama bapa yang belum tentu kuat iman melihat anak dara sendiri.
Minta dijauhkan perkara sumbang mahram seperti ini berlaku dalam masyarakat kita.
Dari sudut yang lain tentulah admin kurang bersetuju dengan alasan budak perempuan tersebut. Sebagai seorang bapa yang terhormat tentu tidak mahu menghilangkan kehormatan anak sendiri.
Itu jahanam namanya.
6.Nikah mudah
Urusan nikah sebenarnya mudah.Tidak perlu tunggu kaya dan berkemampuan tinggi untuk bernikah.
Apabila sampai seru maka tibalah masa untuk bernikah.Itulah keajaiban jodoh.
Alhamdulillah Islam telah meletakkan garis panduan yang terbaik.Cuba fahami hadis ini..
“ Sebaik-baik wanita ialah yang paling murah maharnya’ (HR. Ahmad, ibnu Hibban, Hakim & Baihaqi)
Lihat…
Islam tidak ajar umat sesuatu yang sulit dan sukar. Nikah itu mudah dan soal pernikahan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dari usia muda maupun tua.
Cuma majlis persandingan yang grand hanyalah untuk mereka yang mampu. Jika tak mampu sekadar kenduri kesyukuran sudah memadai.
7.Faktor kesuburan
Beruntunglah seorang lelaki jika dapat isterinya yang masih muda belia.
Namun jangan pula bawah umur sebagaimana berita yang heboh tidak lama dulu.
Adakah patut budak perempuan yang berusia 11 tahun hendak dijadikan isteri oleh seorang lelaki yang berumur 40 tahun.
Dunia memang pelik kan ?
Faktor kahwin muda memang berpotensi untuk dapat anak yang ramai. Terutamanya kepada isteri yang masih dibawah usia 35 tahun.
Itupun kalau suami memang sanggup ada anak ramai. Sekarang ini ramai yang sanggup ‘buat’ tetapi tak sanggup ‘dapat’.
Fahamkan sendiri la ya.
Zaman dulu kahwin muda.Ramai anak.Bukan setakat lima orang. Satu keluarga boleh mencecah satu dozen anak-anak.
Tak dapat nak bayangkan lagi.
Baca juga :Bisnes Tudung Je Tapi Income RM15 Ribu Sebulan..Betul Ke Nie ?
Pentup
Kahwin muda ada kebaikan dan ada juga keburukannya. Cuma dalam artikel ini admin tidak sertakan kerana mahu pembaca fahami kebaikan kahwin muda terlebih dahulu.
Oh ya.
Pandangan ini adalah bersifat peribadi dan bukan fakta yang sahih untuk teruskan dijadikan sandaran dalam membuat keputusan untuk nak kahwin muda atau kahwin lewat.
Akhir kata selamat melayari hidup berumahtangga.
- kemas kini 1/9/22
Ikut peredaran zaman kot, zaman sekarang ni kos sara hidup dah tinggi, nak pinang anak orang hantaran bukan murah sekarang ni, letak mahal mahal, tapi zaman dulu memang pernikahan ini dipermudahkan. Kahwin muda juga memang elok, dah tua nanti anak dah besar, takda la nak jaga anak sampai tua.
alasan yang bernas..
tak perlu nak jaga anak sampai tua..
memang tidak dnafikan zaman sekarang perlu duit yang banyak untuk berkahwin..
jadi sangat beruntung orang yang ada duit yang banyak kerana mudah untuk kahwin…
Zumal dah tua pun tak terkahwin-kahwin lagi. Apa pun nice sharing…
belum datang seru !
hahahahaha..
harap bersabar la ye
Jadi pengen kahwin, ternyata khasiatnya banyak ya. Beruntunglah mereka yang sudah kahwin muda
ya…sangat beruntung.
rugi orang tak kahwin muda..
kalau asyik nak enjoy yang tiada hasilnya
Jadi bujang pun syok juga..bebas ja…hahaha…apapun thanks admin sudi kongsi kebaikkannya kahwin muda ni =)
bunag ada part yang syok..
tetapi kahwin dua kali syok ..
hahahaha
lebih baik berkahwin muda daripada berlumur maksiat
betul bro…
ada orang suka maksiat daripada terikat..
konsep salah.
Nice ! Gud sharing. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana hikhik
harap begitulah…
tak la saya susah hati kalau terlepas ..
hahahahaha
saya kawin umur 26. tu kira muda ka atau dah terlajak tua jugak hehe..
muda bro…
atas 30 barulah kira dah tua
bersabar dan berusaha setakat yang mampu..
jangan risau…setiap dari kita pasti ada jodoh ..
tak di dunia…dia akhirat ..
in shaa Allah
Item No.4 (Sewa Bilik)… rasanya tak sesuai kot untuk orang yang berkahwin…
Anyway, rugi tau tak kahwin… teman pun menyesal sebab kahwin lewat… apa pun teman bersyukur, masih juga sempat berkahwin :d
dan di anugerah isteri dan anak yang comel…. 🙂
sewa bilik secara praktikal memang tidak sesuai apabila sudah bersuami isteri dan ada anak..
jika belum punyai anak..kira masih boleh dipertimbangkan
Betul tu.. tapi dulu lain sekarang lain.. dulu muda2 dah berbanting tulang bekerja sara hidup. sekarang ni umur 18 tahun belum pasti lagi dah bekerja. Ada yg umur dah 20an dan dan beranak isteri tapi kerja pun xnak. susah.. sekadar pandangan 🙂
kalau dah malas kerja atau cari duit..
lebih tak payah kahwin kecuali
orang yang berkahwin untuk orang yang rajin bekerja dan cari duit..
terima kasih atas pandangan
segalanya kembali kepada keberkatan… andai dari mula tiada keberkatan, kawen muda / awal or lambat pasti porak peranda sesebuah rumah tangga itu
betul betul.
tidak dinafikan.
keberkatan paling penting untuk keharmonian rumahtangga
Saya masih muda ,tapi belum berani kawin. Karena ya itu modal untuk biaya resepsi pernikahan sungguh luar biasa mahalnya. Keinginan nafsu syahwat seh, sebenarnya sudah menggebu.
hahahaha…
kalau begitu nikah dulu..resepsi kemudian
menyesal plak kahwin lewat iaitu pd usia 28. Tp fikir2 kalau kahwin terus slps grad maka x dpt la nak menolong ibubapa. Kira masa 4 thn tu sesuai la utk kumpul duit bagai…
perkara yang lepas jangan dikenang abam kie..
kahwin dah lanjut tapi bahagia lebih baik dari kahwin awal dari perkahwinan porak poranda
Pendapat saya bergantung kepada individu. Kalau seseorang tu masih mudah tapi dah matang dan tahu tanggungjawab bila berkahwin, silakan. hehe
setuju..
pokok pangkalnya terletak pada individu..
jika nak sangat kahwin..
jadilah seorang yang rajin mencari duit
Saya belum berani nikah
Sebab belum ada yang ke rumah
Meminang aku di depan ayah
Padahal menunggu lama sudah
😀
hahahahaha…
mesti kena cari.
dah berkenan suruh datang jumpa ibubapa
bener bila dah kawin baru seorang yang kawin tua ambil kisah kenape tak dari muda pula saya berkahwin
hahahaha…
untuk senang cerita …
itukan jodoh
kebanyakan daripada kita sering menggunakan alasan elak maksiat utk kawin awal. walhal perkahwinan itu bukan hanya untuk menghalalkan seks. tapi penuh tanggungjawab. salah langkah, berdosa besar.
nikkhazami recently posted…Xiaomi Mi A2 Hanya RM1199 di Malaysia
saya akui perkahwinan adalah ujian juga…
gagal ujian dapat dosa
lulus ujian dapat pahala.
banyak kebaikan kahwin muda…tapi bila dah kawin, jgn menyesal lak, tak sempat enjoy zmn bujang…hihi…
yalah kan…
selepas kahwin boleh juga enjoy..tetapi enjoy berkepit dengan suami isteri jelah