Petua sinki tersumbat ini amat membantu saya baru-baru ini. Bayangkan lantai dapur seakan-akan banjir. Cari punya cari dari mana datangnya air. Rupanya dari corong PVC yang tersumbat bawah singki.
Jam di dinding sudah menunjukkan 4.30 petang. Masa untuk masak sudah tiba.
Bagaimana nak memasak kalau lantai kebasahan dan sinki pula kebocoran ? Risau juga dengan orang rumah jika susah hati dan kurang senang dengan keadaan sedemikian.
Macam biasa untuk mengatasi kesulitan begini saya dan anda juga wajar bertenang. Jangan panik dan hilang akal. Hanya ketenangan sahaja boleh cari solusi dengan mudah dan praktikal,
Saya buka Youtube dan cari petua sinki tersumbat. Ada beberapa video yang memaparkan petua tersebut.
Antaranya video berikut :
Petua sinki tersumbat
Petua dalam video tersebut amat mudah untuk dipraktikan. Malah berkesan untuk penyelesaian segera.
Itu yang kita mahu. Tidak perlu panik sehingga terpaksa memanggil ‘plumber’. Dengan syarat keadaan singki tersumbat tidak begitu serius.
Berikut cara yang saya buat untuk atasi singki tersumbat dalam masa tidak sampai 15 minit.
Ada dua sebenarnya.
Cara pertama saya guna garam kasar, Sodium Carbonate, cuka dan air panas. Garam perlu diletakkan dalam lubang singki ( pastikan singki tiada air), disusuli dengan Sodium Carbonate dan kemudiannya dicurahkan cuka.
Ketika bahan ini berbuih dan membuak tuangkan segera air panas.
Beberapa minit kemudian air tetap bertakung dan cuma turun perlahan-lahan. Nampaknya petua sinki tersumbat yang pertama kurang berkesan.
Saya cuba pula petua yang kedua. Petua kali ini lebih mudah kerana menggunakkan dua bahan sahaja.
1.Cecair pencuci
2.Air panas
Cecair pencuci saya letak pada lubang singki. Lepas itu letak pula pinggan dalam singki tersebut. ( pinggan beri tekanan kepada lubang singki)
Ambil air panas dan tuang dalam singki. Biarkan beberapa minit sehingga semua air panas turun mengering.
Alhamdulillah petua sinki tersumbat yang kedua ini berjaya. Saya cuba uji dengan curahan air biasa dan ternyata pengaliran air ke lubang singki berjalan lancar.
Penutup
Petua sinki tersumbat untuk solusi segera memang berkesan. Sesiapa pun boleh mencuba petua tersebut tanpa perlu menunggu Uncle Plumber lagi hehehe.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Jangan lupa untuk teruskan bacaan ke artikel Cara merawat kencing manis dengan VR4
- kemas kini 28/12/22
sekarang lebih mudah kan byk tips boleh cari online je
ya…itulah dinamakan teknologi maklumat hehehhe
kalau rumah pangsa mmg payah sikit nak baiki singki tersumbat. buat mcm2 pun tak jln jg…
kalau begitu bertuah juga saya sebab duduk rumah atas tanah hehehe
boleh cuba cara kedua sbb pagi tadi pun sibuk pulak sinki nak tersumbat. 2-2 belah pulak tu. dah pakai plunger pun tetap air slow je turunnya
kalau dah tahap serius perlu buka paip…ambik masa seedkit
selalu guna bicarbonat…oo boleh guna cecair pencuci pinggan jg…tq for the tips..
ya boleh saja…lebih mudah sebab memang barang ini ada di singki
Menarik infonya.. curah air panas tu pun antara yang pernah dicuba. Menjadi juga.
nettyahhiyer recently posted…Cara Kekal Positif Agar Merasai Emosi Bahagia
air panas memnag bagus cuma kelemahannya paip PVC boleh rosak jika selalu kena