Isu pemerdagangan manusia perlu ditangani segera

Isu pemerdagangan manusia merupakan topik berat. Ya, memang berat dan menjadi tanggungjawab semua untuk tahu dan prihatin.

Moga-moga keluarga dan sanak-saudara serta sahabat-handai kita dijauhi dengan ujian begini.

Ada apa dengan isu pemerdagangan manusia ?

Dalam bahasa mudah difahami, isu ini adalah hamba abdi zaman teknologi.

Mangsa ditipu dan diperdaya.

Mereka bekerja dalam tempoh yang lama seperti 14 jam sehari.

Mereka diugut, dipukul, didera dan diancam untuk melakukan kerja.

Pekerjaan yang dilakukan bukan baik tetapi penipuan seperti scammer , pelaburan palsu dan pelbagai lagi aktivti tidak baik.

Menurut artikel ini mangsa sindiket dipaksa jadi scammer dan cuma dibayar USD600 untuk setahun.

WAJIB BACA :   Kantau luar….ada ka ?

Bayangkan bagaimana mereka bekerja dan cuma diberi upah dalam jumlah sedemikian.

Dalam satu perkongsian video di Tiktok ada mangsa pemerdagangan manusia dipaksa  meletakkan tangan di atas papan kekunci semasa bekerja menjadi scammer.

Telefon mereka dipantau, diawasi dan segala dokumen peribadi akan dirampas.

Ada mangsa yang telah berjaya melarikan cengkaman sindiket tersebut berpesan.

“Jangan sesekali klik pautan yang mencurigai.

Jika terklik maka segala wang yang ada dalam akaun bank kalian akan lenyap sekelip mata.”

Selain itu jangan biarkan anak-anak kecil bermain telefon kerana mereka boleh terklik pautan para scammer.

Isu pemerdagangan manusia
Sumber : https://wiser.my/

Mangsa pemerdagangan manusia ini juga meninggalkan pesan agar jangan percaya dengan pekerjaan yang ‘ sound so good’ dengan gaji yang lumayan.

WAJIB BACA :   Tiada Duit Jadi Hina Di Matamu

Boleh lihat contoh iklan kerja yang telah dikepilkan di bawah:

Isu pemerdagangan manusia

Isu pemerdagangan manusia Isu pemerdagangan manusia Isu pemerdagangan manusia

Isu pemerdagangan manusia

Isu pemerdagangan manusia Isu pemerdagangan manusia Isu pemerdagangan manusia

Ada beberapa negara yang menjadi port para scammer oleh sindiket pemerdagangan orang ini.

Antaranya Laos, Myanmar dan Kemboja.

Operasi mereka sangat licik dan mengelirukan.

Inilah isu pemerdagangan manusia yang wajib kita semua buka mata dan hati.

Alhamdulillah di Malaysia ada satu NGO yang aktif memperjuangkan nasib mangsa pemerdagangan manusia iaitu MHO ( Malaysia International Humanitarian Organisation ).

Isu pemerdagangan manusia

Mereka juga bersungguh-sungguh untuk memohon bantuan kerajaan dalam membanteras isu tersebut.

Kepada mangsa dan keluarga yang terbabit dengan kes begini wajar menghubungi MHO.

Mereka menjadi organisasi yang penting dalam perjuangan membanteras isu pemerdagangan manusia.

WAJIB BACA :   Inilah cara makan buah kurma yang betul

Namun jika masyarakat tidak berhati-hati dengan perangkap sindiket maka ia tidak akan selesai sampai bila-bila.

Cara terbaik mencegah jauh lebih baik daripada mengubati sama seperti penyakit dalam badan manusia.

Ayuh sama-sama kita tingkatkan kesedaran tahap teringgi untuk tidak terpedaya dan tertipu.

Percayalah kita boleh mengubahnya daripada terus parah dan  derita.

Comments 14

  • isu tentang human trafficking ini memang sudah dari dulu. di Indonesia pun banyak kejadian, para pekerja ditipu, dijanjikan kerjaan yg bagus dengan gaji besar, tapi ternyata hanya untuk dijual atau dijadikan wanita bayaran. banyak yg begitu. makanya memang harus hati2 sangat dalam menerima tawaran kerja. yg terlalu bagus kliatannya, kebanyakan malah scam.

  • Semoga keluarga kita dilindungi dan dijauhkan dari terjebak dgn sindiket mcm ni.

  • Janganlah jadi pada keluarga kita….

  • makin menjadi isu ni sebab senang nak umpan mangsa. Kalau menteri tak ambil tindakan, makin ramai yang jadi mangsa. Haritu baca pasal mangsa yang diumpan dan diculik ke vietnam pun dah kesian. nasib baik ahli keluarga main peranan, kalau yang bujang tu entah apa lah nasib.

    • kalau sudah terpedaya dan tertipu memang susah nak cakap apa.

      kerajaan dan pihak kedutaan memang sudah ambil tindakan tetapi keupayaan masih terbatas kerana isu ini melibatkan negara luar

  • baca entry ni sy teringat kes kanak-kanak hilang. teringat adik sharlini dan lain2… apa khabar agaknya mereka? masih hidup atau dah tak lg?

    iklan mcm ni berlambak2… kalau skrol FB mesti jumpa punya! bayangkan jenis yang tak alert. sng je terpedaya…

  • Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan mangsa pemerdagangan manusia ini, termasuk kurangnya pekerjaan, kemiskinan, ketidakadilan sosial, dan keadaan perang.

    Mangsa pemerdagangan manusia seringkali dibebani dengan beban kerja yang berat, dibayar gaji yang rendah, dan ditahan dalam keadaan yang buruk. Mereka juga sering mengalami seksual dan fizikal, serta disiksa secara emosi.

    Untuk mengatasi isu ini, perlu ada usaha bersama daripada kerajaan, agensi antarabangsa, dan masyarakat sivil. Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah seperti mengukuhkan undang-undang pemerdagangan manusia dengan hukuman lebih berat.
    Afiffuddin recently posted…Kata-kata Semangat Untuk BerjayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge