Pelarian Syria kini menderita.Mereka menjadi pelarian dari bumi tercinta.Kehidupan sebagai pelarian hanya Allah SWT yang tahu.Azab,sukar dan mencabar pasti dilalui setiap hari.
Bayangkan begini.
Kita makan sedap setiap hari.
Mereka makan apa yang ada.Mungkin sekali sehari.Mungkin berhari-hari kurang makan.Malah ada yang mati kebuluran akibat ketiadaan makanan.
Kita tidur nyenyak setiap malam.
Mereka tidur dalam kesejukan melampau.Tidur bersesak-sesak.Keadaan yang perit dan menyakitkan.Mungkin ada yang bertangisan sepanjang malam akibat sakit.Mungkin sudah ada yang tidak tahan dengan dugaan paling gentir.
Kita ketawa dengan penuh gembira.
Mereka bertangisan.Hati menderita,sayu dan sepi malampau.Trauma emosi paling kritikal sehingga sukar untuk mengukir sebuah senyuman.Mana mungkin boleh ketawa melihat ahli keluarga mengadap Ilahi dengan kepayahan maksima.
Kita leka mengira duit.
Mereka tiada berduit.Mereka meninggalkan kampung halaman berserta pekerjaan.Kebun dan tanaman juga ditinggalkan.Duit mungkin ada.Yang pasti tiada kerana sebagai pelarian nyawa adalah taruhan utama.Biarpun dalam perjalanan itu ada yang pergi tak akan datang kembali.
Hati kita berkata,” syukur Alhamdulillah kita tinggal di Malaysia.Negara bertuah dan aman damai”.
Penderitaan yang dialami oleh pelarian rakyat Syria tidak wajar untuk kita lupakan dalam benak fikiran.
Tidak wajar hanya dengan doa, ” Ya Allah bagilah kekuatan dan selamatkan mereka”.
Itupun dah cukup baik namun belum cukup terbaik.
Sekadar itu dulu.
[ Jom baca : Kisah Sadis Etnik Uyghur Pertahankan Islam ]
Kita sambung bacaan.
Table of Contents
Sejarah Pelarian Syria
Negara Syria pada zaman Rasullah saw dikenali sebagai Syam.Rasullullah pergi dua kali pergi ke Syam.
1.Sewaktu mengikuti bapa saudara baginda,Abu Talib
2.Sewaktu membawa barang dagangan,Sayidatina Khadijah
Ramai percaya bumi Syria adalah bumi yang berkah.Pada suatu masa nanti akan turun Nabi Isa as di Syria sebagai tanda besar kiamat akan berlaku.
Itu adalah peristiwa besar yang menguji iman orang Islam seluruh dunia.
Kini Syria bergolak dengan perang saudara.Rakyat Syria menentang kerajaan pimpinan Basir al- Assad dengan mengangkat senjata.
Ada dua puak utama di Syria.
- Puak Sunni [majoriti]
- Puak Syiah [minoriti]
Kerajaan Syria diperintah oleh puak Syiah walaupun mereka golongan minoriti.Mereka menguasai Syria sejak pemerintahan presiden Syria sebelum ini, Hafez al- Assad.
Pada tahun 1982 berlaku trajedi hitam di wilayah Hama.Penduduk yang berketurunan Sunni dibunuh beramai-ramai dengan anggaran 40 ribu orang.
Helikopter,kereta kebal dan jentolak digunakan untuk menghancur penempatan di wilayah Hama semasa pemerintahan Presiden Hafez al-Assad.
Pada tahun 2000, Presiden Basir al-Assad menduduki tampuk pemerintahan menggantikan bapanya.
Beliau menjadi Presiden Syria ketika berusia 34 tahun dan berkahwin dengan Asma al-Assad.Seorang wanita berketurunan Syria-British.
Pada awal pemerintahan Presiden Basir al-Assad,beliau banyak mengamalkan sikap toleransi.Disamping itu menonjolkan imej mesra rakyat dan berakhlak mulia.
Sayangnya itu adalah lakonan dan sandiwara.
Puak Syiah Alawiyah
Mereka adalah penduduk minoriti iaitu cuma 15%.Penempatan puak Syiah Alawiyah berada di sepanjang pantai Mediterranean.
Puak ini merupakan keturunan keluarga Presiden Basir al -Assad.Amalan mereka amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Antaranya :
- Percaya kelahiran semula sebagaimana kepercayaan HIndu.
- Merayakan kelahiran Nabi Isa
- Merayakan Palm Sunday
- Merayakan Eid al-Ghadeer
- Merayakan Naw Ruz
- Percaya Sayidina Ali sebagai Tuhan
- Menyambut Kuddas
- Boleh minum arak
- Liwat adalah halal
- Boleh nikah sesama mahram
- Boleh meninggalkan solat
- Menjauhi isteri sepanjang ramadan
Kebanyakan ulamak telah mengklafikasikan puak Syiah Alawiyah sebagai golongan Mazhab Syiah sesat.
Tidak hairan rejim pemerintahan Basir al-Assad sanggup membunuh dengan kejam puak Sunni yang berfahaman Mazhab Ahli Sunnah Wal jammaah.
Buktinya seorang ulama Sunni bernama Syeikh Dr Muhammad Said Ramadan al-Bouti turut terkorban dalam serangan rejim ketika di masjid.
Corak pemerintahan Syria
Negara Syria mengamalkan corak pemerintahan dikator dengan hanya satu parti berkuasa sahaja iaitu Parti Baath.
Sistem demokrasi cuma pada kulit semata-mata.Pemilihan presiden menggunakan sistem referendum dan bukannya pilihanraya.Siapa yang menentang kerajaan akan dibunuh,diseksa dan nyawa berakhir di penjara.
Kekacauan yang menyiksakan
Keadaan ekonomi amat meleset.Pengangguran dan pertumbuhan industri menjunam.
Bencana alam seperti kemarau sangat teruk.Pihak kerajaan seolah-olah lepas tangan.Mereka hidup senang.Rakyat dibiarkan menderita.
Rakyat tidak berpuas hati.Mereka marah dan memprotes.Demontrasi semakin menjadi jadi sehingga tidak terkawal lagi.
Pihak rejim pemerintah terpaksa menggunakan kekerasan.Mereka membunuh sesiapa sahaja yang bangkit menentang kerajaan.Askar memburu menggunakan kereta kebal di penempatan orang awam.
Akibatnya rakyat mengangkat senjata.Mereka digelar pemberontak kerana cuba menjatuhkan kerajaan.
Konflik semakin meruncing.Pemberontak yang dibarisi oleh kumpulan Free Syrian Army.Mereka mendapat bantuan dari Qatar,Arab Saudi dan Turki.Pihak kerajaan pula mendapat pertolongan negara Iran dan Russia.
Orang yang menjadi mangsa ialah rakyat Syria berketurunan Sunni.Mereka terpaksa keluar dari Syria untuk menjadi pelarian di negara negara jiran.
Menurut pihak UNHCR terdapat lebih 2 juta orang menjadi pelarian.Dari sumber yang percayai juga terdapat 6 juta hilang tempat tinggal dan mula keluar dari negara Syria.
https://www.youtube.com/watch?v=eRxnHjUqeY0
Kesimpulannya.
Saya hentikan stori di sini.Saya sendiri tidak sampai hati untuk terus menceritakan keganasan,kekejaman dan kehancuran mereka.
Hati saya sudah sebak dengan kematian puluhan ribu rakyat demi kekuasaan seorang pemimpin yang zalim.
Tapi laki-laki tak boleh nangis.!!
Anda boleh baca stori lanjut dalam buku Krisis Syria tulisan Tuan Shafie Abdul Rahman.
Saya kongsikan infomasi ini.
Moga-moga usaha kerdil ini menjadi saksi atas niat saya membantu saudara muslim yang kini dalam kesusahan.
Doakan saya untuk berjaya dalam Kerja Sambilan Di Rumah.Dapatlah saya membantu dari segi kewangan.Tak puas rasanya sekadar ‘submit doa’ dan menghebahkan info bawah ini.
KEMPEN 1 JUTA – TSDBJ WINTER MISSION (JORDAN-TURKI-LUBNAN)
TAHUKAH KALIAN, MUSIM SEJUK DI SANA MENYEBABKAN MEREKA MATI KERANA TIDAK CUKUP KEPERLUAN?
Renung gambar ini. Anak anak ini perlukan bantuan kita. Menyumbanglah walaupun hanya RM10.
Musim sejuk kembali lagi tahun ini mengikut putarannya. Sejuknya mencengkam hingga ke sum-sum tulang walaupun kawasan utama TSDBJ beroperasi adalah di kawasan padang pasir yang sinonim dengan panas. Sejuk tetap sejuk!
Pernahkah terlintas di benak fikiran kita, bagaimana kehidupan seorang pelarian? Tinggal di ‘rumah’ yang hanya ditutupi kain kanvas lusuh dan tidak mampu menghalang angin sejuk daripada menerpa masuk.
Puluhan ribu keluarga pelarian Syria telah ditarik bantuan mereka oleh UN baru- baru ini akibat kekangan kewangan. Nasib anak-anak pelarian Syria turut menyedihkan. Musim sejuk yang bakal tiba pastinya memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, bantuan anda diperlukan!
Kali ini, Tangisan Syria Di Bumi Jordan akan ke tiga buah negara. Jordan, Turki dan Lubnan. Tiga negara yang mempunyai jumlah pelarian Syria yang paling tinggi. Bantuan yang akan disampaikan adalah bantuan makanan, kit musim sejuk dan pendidikan.
Sumbangan buat Misi Bantuan Musim Sejuk 5.0 boleh
dibuat melalui Akaun Rasmi Persatuan Cinta Syria Malaysia :
Maybank: 562834640983
Emailkan detail sumbangan kalian ke:
tangisansyriadibumijordan@gmail.com
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk di whatsapp: +60133612875 (Ubaidah)
SASARAN YANG DIPERLUKAN: RM1,000,000.00
Usah Sedih Jika Anda Tidak Mampu, ‘SHARE’ Juga Sudah Sangat- Sangat Membantu.
SHARE
SHARE
SHARE
p/s : Amat digalakkan untuk sertai komuniti pembaca blog mrhanafi di Group Whatsapp atau like Fanpage Facebook mrhanafi dot com atau follow saya dalam melalui email.
Ada satu ilham dalam diri sy mengatakan… Kegagalan, kebobrokan diluar sana adalah disebabkan kita gagal bantu.
Dan konsep bantu tu luas. Boleh jadi karangan nanti.
tulah bro..
kita perlu fikir juga nasib orang lain..
takut di akhirat kena tanya
Sedih betul baca kisah Syria nie.. semoga sedikit sebanyak bantuan dari kita dapat bantu kurangkan keperitan hidup mereka..
Arnie recently posted…Amanah Dana Anak Malaysia 2050 ADAM50 Untuk Bayi Lahir 2018 Hingga 2022
semoga kita diberi limpahan rezeki yang putus-putus dan berkemampuan untuk membantu saudara sesama muslim di seantero dunia.
kasihan sgt nasib syria. mungkin allah jadikan mereka sebegitu untuk dibantu oleh masyarakat seislam lain.. semoga kemelut mereka segera selesai
dalam satu sudut yang lain kita sangat bersyukur kerana hidup dalam negara yang aman dan damai..
tetapi jangan rasa terlalu selesa kerana apa yang berlaku dekat mereka boleh juga berlaku dengan kita jika tak mensyukuri apa yang kita miliki sekarang ini..
hanya prihatin dan doa yang dapat kita sampaikan semoga segera digantikan kesengsaraan rakyat syria dengan kedamaian, hingga kehidupan kembali normal seperti sebelumnya
aamiin…
kalau ada 1 Billion umat Islam bisa berdoa in shaa Allah boleh dimakbul ..
moga-moga begitu hendaknya
Moga Allah melindungi saudara2 kita di sana.
Umat Islam yang lain, cubalah bantu apa yang termampu..
saya bantu nak melahirkan generasi genius sains dan matematik untuk cari duit di angkasa lepas..
tengah cari emaknya dulu la..
hahahaha
moga kita sebagai pengikut As sunnah Wal Jamaah dilindungi Allah hingga ke kimaat
semoga allah swt melindugi mereka semua
aamiin dan terima kasih
Semoga Allah SWT melindungi mereka semua ini daripada kekejaman yang tidak berperikemanusiaan itu. InsyaAllah. Aamin.
aamiin dan terima kasih bro GV bagi perhatian