Belajar Buat Blog Yang Power SEO [ Edisi kemas kini]

Belajar buat blog adalah proses berterusan. Orang dulu-dulu kata, belajar buat blog sehingga ke liang lahad. Boleh pakai ke kata-kata begitu? Saya rasa boleh. Anda rasa bagaimana?

Artikel ini ditulis khas untuk blogger naif macam saya tetapi minat mempelajari SEO. Perkongsian yang naif ini mungkin menyebabkan anda lebih naif lagi. hehehehe.

Alaa. Saya gurau je.

(Kemas kini Oktober 2026: banyak perkara dalam artikel asal 2017 sudah berubah, jadi saya baiki semuanya di sini.)

Belajar buat blog dengan teknik SEO

belajar buat blog

Apa itu SEO?

Bahasa mudahnya Search Engine Optimization. Istilah yang digunakan supaya artikel yang kita siarkan dari blog dapat ditemui melalui carian Google atau Bing. (Bukan bingo.)

Lagi ke depan artikel anda dalam halaman carian, lagi power lah kemahiran SEO anda. Tak hairan kalau dah pandai SEO, sebab itu Rahsia Buat Duit Online Guna Blog Terbongkar.

Kita buat uji kaji mudah.

  1. Pergi ke Google.
  2. Guna tetingkap Incognito.
  3. Taip “belajar buat blog“.
  4. Anda akan temui beberapa blog yang power SEO.

Kalau tak power, sudah pasti artikel mereka tak akan berada di situ. Saya berharap artikel ini pun boleh berada di hadapan dan bukannya tercorot.

Dalam artikel ini saya berkongsi cara membuat blog sendiri yang mesra SEO. Saya menulis dengan kefahaman asas. Bukan peringkat advance tau!

10 ciri blog yang power SEO

belajar buat blog yang power seo

1. Ada kata kunci yang strategik

Blog anda hebat SEO bukan kerana rupa yang cantik atau berkelip-kelip. Ia hebat kerana menulis apa yang orang benar-benar cari. Itulah kata kunci SEO.

WAJIB BACA :   3 blog pilihan untuk Januari 2024

Cara paling mudah untuk mula:

  • Taip topik anda di Google dan lihat cadangan carian (autocomplete) serta bahagian “People also ask”.
  • Guna Google Search Console (percuma) untuk tengok kata kunci sebenar yang membawa pembaca ke blog anda.
  • Guna Google Keyword Planner jika mahu anggaran carian.

Kalau belum ada blog, jom daftar blog dulu.

2. Tajuk dan meta description yang jelas

Dulu saya ingat meta tag itu perenggan pertama artikel. Rupa-rupanya tidak sepenuhnya betul. Hehehe.

Yang sebenar begini:

  • Tajuk (title) perlu ada kata kunci utama. Contoh artikel ini: “Belajar Buat Blog Yang Power SEO”.
  • Permalink pendek dan jelas. Contoh: mrhanafi.com/belajar-buat-blog.
  • Meta description ialah ayat ringkas yang muncul di bawah tajuk dalam hasil carian. Anda boleh tetapkannya melalui plugin SEO seperti Rank Math atau Yoast.

Masih elok letak kata kunci dalam perenggan pertama. Bukan sebab tertentu, tapi supaya pembaca nampak mereka berada di tempat yang betul.

3. Aktif di media sosial

Bagi saya ini point yang ok, cuma bukan faktor ranking secara langsung. Kelebihannya, artikel anda lebih mudah ditemui dan dibaca orang. Bila ramai baca, peluang dapat pautan dan rujukan pun meningkat.

Satu perkara yang saya belajar: jangan suruh pembaca share. Mereka tak akan share kecuali artikel itu betul-betul bernilai kepada mereka. Betul tak?

4. Banyakkan pautan dalaman

Google suka blog yang pautannya bersambung-sambung macam surat berantai. Pembaca klik satu artikel, lepas itu klik artikel lain dalam blog yang sama.

Blog ada kelebihan kerana kandungan yang banyak. Pastikan pautan yang anda letak memang berkaitan. Contohnya, kalau anda baca artikel ini, anda mungkin berminat dengan 3 Mitos Tarik Trafik Ke Blog dan Mencari Niche Blog.

WAJIB BACA :   Kejayaan buat sistem blog automasi bersyarat

5. Struktur blog yang kemas

Letakkan kategori dan menu yang jelas, serta artikel sebelum dan seterusnya (previous and next). Pembaca lepak lebih lama dan mudah menemui kandungan lain. Google juga lebih mudah memahami blog anda.

6. Hantar sitemap ke Google

Ini langkah yang sering dilupakan. Plugin SEO biasanya sudah menjana sitemap secara automatik. Anda cuma perlu hantar ke Google Search Console supaya artikel baharu cepat dikesan.

7. Blog yang laju

Kelajuan memuatkan halaman mempengaruhi minat pembaca. Kalau lambat, mereka pergi sebelum sempat baca.

Beberapa perkara yang boleh dibuat:

  • Semak kelajuan blog di PageSpeed Insights.
  • Kecilkan saiz gambar sebelum upload.
  • Guna plugin cache.

Dulu ada tema AMP dan plugin yang saya ceritakan. Sekarang kebanyakan tema moden sudah cukup ringan, jadi tak perlu serabut.

8. Blog yang clean dan mesra telefon

Kebanyakan pembaca guna telefon. Pastikan paparan kemas dan mudah dibaca. Kurangkan pop-up dan iklan yang menutup kandungan. Blog yang clean nampak tenang dan pembaca pun selesa.

9. Tema yang ringan dan responsif

Pilih tema yang ringan, responsif dan tidak penuh dengan fungsi yang tak diperlukan. Masa saya bermain di Blogspot, saya suka edit kod HTML dalam template konon-kononnya nak blog mesra SEO. Di WordPress pula saya masih naif. Rupanya pelik bin ajaib.

10. Kandungan blog

Dalam banyak point di atas, kandungan tetap raja.

Pembaca pergi ke blog anda dengan harapan mendapat info yang mereka mahu. Lainlah rakan-rakan blogger. Mereka datang sebab nak membalas kunjungan. Cuba berhenti blogwalking, blog anda dan saya berbunyi krik, krik, krik.

WAJIB BACA :   Cabaran Terhebat Seorang Penulis Blog

Jadi tulis untuk menjawab soalan pembaca, bukan sekadar nak isi ruang. Di zaman AI ini, cerita dan pengalaman peribadi anda ialah pembeza terbesar. Mesin boleh menulis kaedah umum, tapi hanya anda yang ada kisah anda sendiri.

Nak lihat contoh kandungan yang panjang dan menjawab satu topik dengan lengkap, boleh kaji Perniagaan Dalam Talian Realiti Masa Kini.

Kalau susah nak faham, jom kita cari sifu SEO.

Sifu SEO tempatan yang boleh difollow

sifu SEO tempatan

Saya akui tak pandai sangat Bahasa Inggeris. Jalan penyelesaian: belajar dari sifu tempatan yang otai. Mereka mengkaji ilmu SEO dalam bahasa Inggeris dan menterjemah ke bahasa yang mudah kita fahami.

1. Tuan Happysus

Blogger otai dalam dunia SEO blog. Saya ikuti blog beliau dari dulu sehingga sekarang. Yang peliknya kami belum sempat berjumpa walaupun tinggal di Bumi Kenyalang. Saya yang belum bersedia sebenarnya. Kepakaran beliau boleh dikaji dalam blog Panduan SEO Google Bahasa Melayu.

2. Tuan Wan Yusof

Seorang lagi sifu SEO yang ada kelas tersendiri. Bahasa penulisan santai namun pengisiannya padat dan tepat. Ilmunya boleh anda tekuni di SEO & Content Marketing Training Malaysia.

Kesimpulan

Maaf kalau artikel ini panjang. Memang susah nak tulis pendek sejak saya suka belajar SEO. Idea nak menulis bagaikan bertih digoreng. Cuma kadang-kadang macam tin kosong. Dipukul dan dipalu berhari-hari. Bunyi memang bising, isinya tiada.

Jom gelak. hahahahaha.

Baiklah, kita serius balik. Bidang SEO untuk bina blog berbaloi untuk dipelajari. Jangan hairan kerjaya blogger sudah termasuk antara 7 Kerja Sambilan Di Rumah Yang Popular.

Sehingga ke saat ini. Kita jumpa lagi dan terima kasih kerana berminat untuk belajar buat blog.

Kemas kini: 1 Oktober 2026

39 thoughts on “Belajar Buat Blog Yang Power SEO [ Edisi kemas kini]”

    • sebab itu letakkan internal dalam artikel supaya bot tu anggap artikel kita relevan..

      robot tak faham tetapi indikator dapat dikesan melalui perilaku pengunjung..

      sebab itu diwujudkan bounce rate..

      c

      Reply
  1. ms mula2 berblog jg susah jg sy nk fahamn apa tu SEO. CEO ke? hahaha tp da lama2 ramai yg share, sikit sebanyak sy boleh fhm

    btw terima kasih berkongsi

    Reply
  2. GV makin faham apa itu SEO ini setelah baca artikel Mr Hanafi ini. Hihi. Rasa banyak sangat benda nak kena belajar dunia blog ini. Macam never ending story. huhu.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge