Selama beberapa hari yang lepas saya sibuk mengkaji cara untuk buat sistem blog automasi. Maksudnya biar AI atau agen AI yang ganti tugas saya.
Alhamdulillah dan ia memang boleh sangat. Itulah senario yang pasti juga berlaku kepada bidang lain di luar sana.
Berita baiknya, manusia hanya jadi mastermind idea dan pembuat keputusan dasar. Yang lain biar sistem AI yang melaksana dan menghantar laporan.
Bagaimana AI agen buat kerja boleh rujuk di https://www.celikai.my/2026/09/apa-itu-agen-ai.html
Berita buruknya, manusia yang tidak mampu menguasai teknologi AI akan ketinggalan dan dipinggirkan oleh ledakan perubahan tersebut.
Sekarang saya ceritakan kejayaan kecil saya dalam dunia blogging ini.
Kini saya mempunyai dua domain berbayar iaitu blog ini dan portal celikai.my
Untuk portal celikai.my berniche AI sudah dibuat guna sistem separa auto.
Artikel dijana dan dihasilkan oleh Groq untuk dihantar ke aplikasi yang saya buat di Lovable setiap hari pada jam 7.00 pagi.
Daripada aplikasi Lovabe, artikel jadi draf sebelum saya tekan publish ke portal celikai.my.
Sudah tentu saya semak dan kesuaian artikel tersebut kerana saya tidak mahu risiko salah info, palsu dan isu yang tidak baik.
Manakala blog ini saya akan ‘revamp’ sesuai dengan tagline Blogging, Storytelling dan Copywritting.
Malah, saya sudah berjaya juga buat automasi separa blog ini dengan bantuan Claude.ai
Bukan itu sahaja, saya sudah beri kebenaran untuk sistem agen AI di Claude untuk cari artikel dan terbitkan sebagai draft setiap hari.
Publish belum setiap hari kerana saya perlu buat semakan terlebih dahulu.
Malah artikel yang dihasilkan itu akan memenuhi ciri-ciri SEO dan AEO.
Sistem juga akan menjawab komen tetapi dalam mode moderation.
Namun saya tetap pegang prinsip bahawa jangan lepaskan semua kepada AI.
Takut-takut saya ditendang oleh agen AI dan ia ambil alih 100 peratus.
Besar kemungkinan itu boleh berlaku?
Sudah tentu.
Penafian:
Saya tulis blog ini manual tanpa bantuan AI. Harap dapat bezakan antara hasil AI dengan manusia sebenar.
Jom layan video AI untuk pengisian mata, jiwa dan minda semua.
@code007aiSiri 270926 Tiga zaman berbeza♬ original sound – CODE007