Alhamdulillah, saya berjaya memperbaharui domain, hosting bersama NetKL Network untuk setahun lagi.
Berblogging di platform WordPress ada kos perlu ditanggung iaitu menyewa hosting. Begitu juga dengan domain yang berakhir dengan com juga berbayar.
Nasib baik bayaran tahunan dan bukan bulanan. Kalau bulanan boleh botak kepala dibuatnya hehehe.
Inilah kos yang diperlukan untuk hobi sebagai blogger.
Adakah saya menyesal ?
Tidak juga menyesal tetapi jauh dalam lubuk hati rasa rugi juga jika tidak menggunakan blog yang ada untuk menjana pendapatan dengan lebih agresif.
Sebab itu saya ada memasang iklan Adsense walaupun saya tahu rasa jengkel melihat paparan iklan di sana-sini.
Namun jika dibuat perbandingan antara content creator di Youtube, influencer di Facebook, instafamous di insta atau tiktoker di Tiktok, mereka tidak ada keluarkan bayaran khas seperti kebanyakan blogger.
Cipta akaun, buat konten dan jana pendapatan buat mereka.
Kita tinggalkan kita perbandingan tersebut.
Kita ada alur rezeki lain-lain.
Alhamdulillah.
Pembayaran sudah selesai.
Bayar pakej hosting dalam RM200 manakala domain pula ialah RM60.
Masih kategori ok juga.
Saya melanggan di Netkl Network untuk blog ini sejak 2015.
Kini sudah 9 tahun bersama mereka.
Alhamdulillah, servis yang ditawarkan tidak mengecewakan sehingga saya boleh setia bersama NetKL Hosting.
Doakan saya untuk terus istiqamah jadi blogger sehingga akhir hayat.
cukup besar juga itu bang kalau di rupiah kan.. alhamdullilah hanya tiap tahun saja heheh…moga semua pengeluaran dan pengorbanan menjadi seorang blogger bisa menghasilkan sesuatu ya bang.
Kalau dalam Rupiah sekitar Rp860,290.17
In sha Allah boleh menghasil pahala juga
selamat berblog dengan jayanya.. semoga penulisan kita boleh dijadikan rujukan dan pedoman untuk yg lain juga.. ameeennnn..
Inshaa Allah…dan Aamiin
Terima kasih atas doanya
Nanti mungkin boleh entry khas berkenaan perbezaan blog wordpress dan jenis blog yang lain.. Dan apa kelebihan pd platform yg ada bayaran ini.. tiba2 mcm curious sgt nak tahu hihii..
apa pun selamat berblog dan istiqomah dlm dunia blogging 😀
Satu saranan dan idea yang bagus.
beza WordPress dengan Blogspot
In shaa Allah saya akan tulis
Bila cerita pasal Domain ni baru teringat tahun ni tak bayar lagi. Tapinya due in July. Saya guna Exabytes. Inilah bayaran yang perlu sebagai memenuihi minat kita sebagai seorang blogger.
jangan risau…lama lagi tu
ok lagi la cuma bayar domain.
saya perlu hosting plus domain
Kasar juga bayarannya untuk hosting. Rasanya harga renew domain pun dah semakin mahal. Antara sebab saya mengelak untuk hosting ialah kos dan platform wordpress yang kurang crowdnya berbanding Google Blogger. Apa pun pilihan masing2 dan selamat menulis.
Memang boleh tahan juga…kalau tidak kerana hobi rasa tak sanggup keluar belanja untuk blog
semoga Abang tetap setia menulis yaa 😄👍. saya sendiri tak mungkin meninggalkan blog. Krn memang dari sejak SD pun sudah suka menulis. walopun dulu di diary. jadi memang udah seperti passion dan obat jenuh saya.
tak bisa bayangkan kalo sampai tak menulis lagi . jadi tiap tahun hrs bayar fee hosting dan domain, tak masalah Lah. demi hobi kan 😄
Masing-masing ada passion tersendri…
anak saya suka memancimg dan banyak juga duit yang digunakan untuk hal tersebut
tapi ikan…macam jarang dapat..
macam tak balik modal