Cabaran tulis blog guna handphone memang azab juga. Tambahan pula jenis handphone yang ada skrin 5 inci.
Kecik dan kurang selesa untuk tugas tugas menaip artikel.
Mrhanafi alami kesukaran ini semenjak laptop ada masalah baru baru ini. Kabel charger dan adaptor tidak lagi berfungsi untuk proses membekal arus ke laptop tersebut
Tambahan pula bateri laptop sudah luput tempoh hayat.
Kelemahan ketara ketika menggunakan handphone menulis blog ialah proses meletakan backlink, grafik, video dan sebagainya.
Boleh tu memang boleh namun kelemahan banyak berpihak kepada handphone.
Mrhanafi masih beruntung kerana aktiviti kemaskini blog dari dashboard WordPress. Ciri cirinya tidak ada perbezaan besar dari menggunakan laptop atau PC.
Pengalaman menulis blog dari handphonne bukan sesuatu yang seronok untuk jangka masa yang panjang.Lebih lebih lagi penulisan blog untuk tujuan profesional dan komersial.
Mrhanafi sangat sangat berharap agar cabaran ini dapat diatasi segera.
Seandainya ada pembaca yang terbaca artikel ini mohon doa agar mrhanafi beroleh keluasan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Cabaran yang lain pula ialah masa untuk menulis blog dari handphone lebih lama dari biasa. Bagaimanapun terpulang dengan blogger itu sendiri.
Ada yang cepat dan pantas terutama golongan Gen Y. Bagi golongan Gen X memang perlahan sedikit.
Sungguhpun begitu ada juga kelebihan menggunakan handphone untuk tulis blog.
Misalnya membentuk perasaan sabar peringkat tinggi. Kesabaran sangat diperlukan terutama untuk atasi perasaan bosan mengadap gajet yang comel dan kiut.
Selain itu blogger boleh mengemas kini blog bila bila masa waima tengah shopping atau berkelah di pantai.
Bahkan boleh mengupdate blog sambil berdiri atau berbaring. Maklum sahajalah menggunakan handpone.
{nota blogger}
Menulis blog (sepatutnya menaip) menggunakan handphone bukan pilihan terbaik.
Sungguhpun begitu ia adalah pilihan terakhir jika blogger tidak memiliki gajet seperti iPad atau note ataupun tab.
Dalam masa yang sama para pembaca boleh menjadikan handphone sebagai tool untuk membuat blog sebagai permulaan.
Sekiranya sudah ada duit lebih bolehlah membeli laptop yang mampu milik.
Sehingga jumpa lagi.
- Kemas kini 13/11/23
memang susah guna fon.. rasanya blogger dan wp keta bina app ygmemudahkan pengguna update dgn fon.
nikkhazami recently posted…Lokasi yang Dikaburkan Pada Google Earth
Saya dengar blogger.com dah ada mobile app. Belum check lagi
Saya memang tulis blog guna handphone je sebab rasa senang dan selesa. Tak payah on netbook dan boleh tulis blog secara santai sambil baring supaya dapat menjaga kesihatan tulang belakang…hehe
Mula mula susah..
Lama lama akan biasa la tu..
Tak pastilah saya bro.. Mahu survey dulu.
aku sampai skrg x mau guna handphone untuk blogging, x suka dan x puas, hehhee
Selagi ada pilihan lebih baik jangan guna handphone..
Azabnya bro..
Dah terbiasa menulis kat komputer bila tulis kat hp ni rasa keciknya nak menulis.. hahaha
Menulis blog guna handphone kerana terpaksa bro
Saya lebih selesa menulis blog dengan menggunakan komputer atau notebook… Sebab banyak elemen SEO yang boleh kita masukkan dalam blog sekaligus… Kalau guna handphone boleh… Tapi tak dapat nak masukkan elemen seo secara keseluruhannya terutamanya pada gambar..
Anuar recently posted…Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Betul tuan.. Kalau dah ini sahaja pilihan yang ada maka guna sahaja la
Saya pernah juga update blog guna smartphone. Langsung tak best. Kalau update sekadar nak update (tanpa ambil kira elemen SEO) bolehlah guna smartphone
sabree hussin recently posted…Belajar trade Forex dan jana pendapatan secara santai menerusi Formula Santai
Ya.. betul tu.
Tidak dinafikan memang tidak best update blog guna HP