Bekerja Keras 18 Jam Sehari

Program FI$H
Tindakan seorang rakyat Malaysia yang bekerja 18 jam sehari untuk promosi bisnes amat mengejutkan.

Kesungguhan dan komitmennya memang luarbiasa. Tabiat bekerja keras begini biasannya dimiliki oleh orang Jepun dan Korea.

Rakyat Malaysia tersebut cuma mahu dikenali sebagai blogger. Seorang blogger yang tiada nama besar. Mungkin boleh dianggap blogger picisan sahaja.

Ketika orang lain tengah santai bersama keluarga atau kawan kawan,blogger tersebut bertungkus lumus menulis artikel blog dan mempromosi ayat jualan di halaman kumpulan Facebook.

Blogger tersebut memulakan aktivitinya seawal jam 6 jam seusai solat subuh sebelum berhenti pada pukul 12 tengah malam.

Dalam tempoh 18 jam blogger tersebut akan berehat sebentar untuk solat,makan minum dan persiapan diri yang lain.

WAJIB BACA :   Rezeki sebenarnya terlalu banyak

Sejujurnya cara bekerja ini bukan yang terbaik tetapi terpaksa dilakukan demi kerjaya dan rezeki sebagai insan biasa.

Blogger tersebut mungkin beruntung kerana ada blog sebagai platform menjana rezeki.

Biarpun beliau faham dengan trafik organik yang sangat rendah dan page view tidak sampai 1000 view sehari.

Dengan logik akal memang sukar untuk mendapat advertorial yang berbayar jika begitu keadaannya.

Sungguhpun demikian blogger tersebut tidak mati akal.

Beliau yang belum mahir SEO mesti ada ikhtiar lain untuk menjana pendapatan secara online.

Sebab itu blogger tersebut bulatkan tekad untuk mempromosi di media sosial.

pasif Income
kredit : stevepb

Golongan muda memang aktif secara online dan celik internet. Rasionalnya program affialiate memang menjadikan media online sebagai teras menjana pendapatan.

WAJIB BACA :   7 faedah yang kita dapat dari ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti

Promosi tersebut  boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sebelum ini Internet Marketer sahaja boleh melakukan tugas promosi kerana mereka ada ribu riban  senarai email sebagai tool pemasaran utama.

Kini pengguna media sosial pun boleh melakukan promosi seperti mereka sama ada secara berbayar atau percuma.

  • Kemas kini 1/11/24

 

6 thoughts on “Bekerja Keras 18 Jam Sehari”

Leave a comment

CommentLuv badge