Selamat HarI Pekerja 2023

Hari Pekerja disambut 1 Mei setiap tahun dan hari tersebut adalah penghargaan kerajaan kepada golongan pekerja.

Hari ini saya bekerja seperti biasa.

Yang luar biasa, dibayar Public Holiday Rate.

Istilah lain gaji dibayar berganda.

Kalau semua orang bercuti, tidak mungkin juga.

Aktiviti ekonomi terhenti.

Pasaraya tutup.

Hospital tutup.

Semuanya tutup.

Tiada makna juga kalau semua bercuti menyebabkan urusan harian terhenti.

Oleh itu sama ada anda cuti atau bekerja, sambutlah Hari Pekerja dengan cara tersendiri.

Hari istimewa ini menghargai jasa, usaha, komitmen dan sumbangan golongan pekerja .

Tidak kira siapa anda sama ada pekerja awam, swasta, bisnes atau suri rumah sahaja.

Bersempena Hari Pekerja, saya berbesar hati menukar tagline baru blog kepada Himpunan Jurnal Digital.

Apabila disebut jurnal,tentu  molek jika  blog ini ditulis dan dikemas kini setiap hari.

Kalau belum mampu, usahakan sedaya upaya.

Akhir kata, Selamat Hari Pekerja.

Artikel berkaitan

18 thoughts on “Selamat HarI Pekerja 2023

  1. di Malaysia saya suka tiap hari buruh (di Indonesia disebut hari buruh) karena biasanya tidak ada demonstrasi kan..

    di sini tgl 1 may selalunya ada demonstrasi dari para pekerja pabrik. terkadang tuntutan mereka terlalu banyak dan tak masuk akal. untung saja di hari itu libur, jadi tak kuatir kena traffic ketika mereka demo.

    1. Keadaan di Malaysia masih terkawal dan ini menyebabkan mereka belum buta perkara tersebut seperti di Indonsia..

      bagaimanapun kos hiudp masih tinggi dan tidak setara dengan kebanyakan gaji pekerja

  2. Betullah tu dalam ramai yang bercuti tetapi masih ada juga yang bekerja.
    Mrs. A cuti hehehhee… sepanjang hidup bekerja 1 Mei selalunya akan bercuti.
    Selamat hari raya Aidilfitri Mr. Hanafi serta maaf zahir dan batin.

    1. Bagi pekerja sektor awam..cuti adalah sebahagian dalam pekerjaan.

      kami kerja swasta adalah perkara biasa bekerja ketika orang lain bercuti hehehehe

  3. di sini disebut hari buruh…selamat hari buruh/pekerja..ya walau tak libur tak apalah…dapat rate lebih.. alhamdullilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge