G Shock hitam merupakan jam kegilaan ramai peminat sejak dari dahulu lagi. Peminat jenama G-Shock ada di seluruh dunia merentasi benua.
Dari ceruk desa yang tersorok hingga ke bandar metropolitan yang terkemuka.
Apatah lagi kewujudan jam berjenama ini sudah 40 tahun dalam pasaran.
Ya, jam G-Shock mula dihasilkan pada tahun 1983 oleh Kikue Ibe, seorang ketua jurutera di bahagian R&D Casio.
Bermula pada tahun 1983, reputasi dan inovasi G-Shock sebagai jam tahan lasak, stylo dan memenuhi cita rasa pelbagai golongan masih diakui.
Baik golongan muda sehingga golongan berusia.
Tahta kejuaraan masih diungguli oleh G-Shock tanpa mampu disaingi mana-mana jenama jam yang lainnya.
Hebatnya penangan strategi pemasaran syarikat Casio sebagai induk pengeluar G-Shock.
Model G-Shock terlalu banyak sehingga rambang mata untuk memilihnya satu persatu.
Dalam artikel ini saya cuba berkongsi tentang pengalaman peribadi terbeli jam G-Shock yang digilai dan diminati ramai.
Ya, pengalaman saya membeli jam asli G Shock hitam berlaku dalam bulan Ramadan yang lalu.
Model tersebut adalah DW6900CB-1DS yang dikeluarkan pertama kali pada tahun 2019.
Di laman web Amazon Jepun jam ini berharga ¥10,900 ( Yen) atau sekitar RM377 belum termasuk pos penghantaran dan cukai.
Bagaimanapun saya membeli G Shock hitam ini di kedai jam secara luar talian.
Harga tidak mahu saya dedahkan di sini dan biarlah anda meneka sendiri.
Ada tiga model G-Shock hitam yang menjadi target utama saya.
Namun apa yang berlaku sebaliknya.
Inilah cerita disebalik kejadian tersebut dan saya ceritakan kembali dalam artikel ini.
Jujurnya, saya suka dan tertarik dengan model bawah ini.
G Shock hitam
1.G-Shock DW9052-1VDR
Model ini juga dikenali sebagai model anak katak hitam oleh peminat G-Shock di Malaysia
Ternyata sangat cantik dengan reka bentuk yang gagah.
Si pemakai akan terasa maskulin dan gentleman.
Selain faktor ketahanan, model ini masih berbaloi untuk dimiliki iaitu sekitar RM549 di kedai jam ini.
Menurut website rasmi Casio, model jam ini dikatakan produk bestseller .
Tetapi sayangnya, saya tidak terjumpa model tersebut waktu membelinya.
Terlepaslah peluang.
Jam ini boleh dibeli sebagai jam terpakai dari Jepun dengan harga permulaan RM257.00 belum termasuk harga pos dan cukai hehehe.
Macam tidak berbaloi pulak beli barang yang murah dan dikenakan cukai.
2.G-Shock DW-6900RGB-1
Model ini keluaran terbaharu dan sangat cantik dengan design hitam berkilat serta warna pelangi.
Harga dalam RM595.
Berat pula dalam 67g.
Antara kelebihan jam ini tahan hentakan, kalis air sehingga kedalaman 200 meter, mudah dilihat pada waktu malam dan reka bentuk kasual.
Sewaktu melihat depan mata, model jam ini macam kurang menarik.
Saiz seperti sangat besar, menyebabkan saya tawar hati untuk membeli ketika itu..
Akibatnya saya tak jadi beli dan terlepas peluang untuk membeli jam tersebut.
Setelah pulang ke rumah ada berbekas penyesalan yang jauh terbenam dalam lubuk hati.
Mengapa saya tidak membeli G-Shock hitam itu tadi.
Saya paksa diri untuk bersabar dan menanti hikmah akibat kesilapan tersebut.
3.G-Shock DW-5600BBN-1
Jam model ini sangat ringkas dengan konsep minimalis.
Fungsi utamanya untuk kalis gegaran dan kalis air sehingga 20 bar atau 200 meter.
Jam ini amat disyorkan untuk mereka yang suka dengan sukan lasak.
Menurut Casio, jam model DW-5600BBN-1 merupakan bestseller selain didatangkan warna matte yang cool.
Harga rasmi dalam RM465 sahaja.
Saya tidak terjumpa di kedai tetapi ada dijual dalam laman sesawang rasmi Casio.
Kalaulah saya dapat bersabar sudah tentu jam tersebut boleh dibeli masa dalam tersebut.
Kesimpulan
Entah mengapa dan tanpa sebab yang jelas, saya tertarik dan terbeli model G-Shock DW6900CB-1DS.
Sedangkan pilihan untuk model lain begitu banyak terutama model yang telah saya kongsikan di atas.
Ketika buat keputusan membeli, fikiran saya sudah tiada rasa sangsi dan was-was lagi.
Dalam masa yang sama. saya sedikit tertekan dan rasa terburu-buru untuk pulang segera ke rumah .
Mungkin sebab tersebut, saya beranggapan pembelian ini menjadi keputusan tepat, betul dan wajar.
Rupanya tidak.
Sekali lagi saya membuat kesilapan buat kali kedua.
Kali pertama saya terbeli jam Casio yang sukar dapatkan ‘feel’.
Pada kali ini pula model jam DW6900CB-1DS masih belum kena pada selera.
Ia menyukarkan saya melihat waktu sekali imbas,
Model ini juga sangat asas ketana tiada solar power, bluetooth dan auto light.
Lampu waktu malam ( backlight ) pula kurang cerah atau tidak menyerlah.
Selain itu rasa kurang senang kerana harga yang saya dapat masih mahal sedangkan di kedai yang lain lebih murah.
Kesilapan saya tidak membuat perbandingan harga.
Agak lama juga saya memaafkan diri sendiri kerana seperti kurang cerdik membeli jam yang paling diminati.
Akhirnya saya terpaksa reda dan berlapang dada.
Oleh kerana kurang puas hati dengan kedai tersebut, saya tidak mempromosi tempat saya membeli.
Perkara tersebut bukan salah mereka.
Salah saya sendiri kerana pertimbangan kurang cakna dan kurang bijaksana.
Walaupun sudah menonton puluhan video di Youtube dan membaca banyak artikel berkaitan G-Shock, informasi yang saya perolehi belum berjaya membantu saya membuat keputusan yang terbaik.
Inilah ujian emosi dan dugaan akal semasa membeli dalam keadaan berpuasa.
Apapun saya wajar bersyukur juga kerana kejayaan kecil membeli G Shock hitam.
Semoga ada rezeki lagi untuk membeli model yang betul-betul menepati citarasa, keperluan dan kepuasan.
Tolong doakan saya dan saya juga doakan anda semua tercapai hajat, impian dan keinginan.
Aamiin.
Rasa menyesal beli yang tidak menepati selera atau kurang puas hati dengan penjual perkara biasa.
Haha ambil masa untuk redha dan hilangkan sakit hati.
tulah…apabila me,beli barangan yang banyak sangat pilihan
Takpe, kita belajar dari kesilapan. Semoga Encik Hanafi dapat miliki model yang dihajati dan berkenan di hati.
Nur recently posted…Tengok panda comei di Zoo Negara
betul tu….sentiasa buat sikap tak best juga
Ini bukan jam beshe-beshe ni….
tapi harga buat rasa tak senang senang duduk jer uncle
harga jam ini memang lumayan mahal…dan sudah sangat lama sekali..yah kadang kita sebagai manusia suka terburu”hawa nafsu..tanpa pertimbangan…akhirnya menyesal tiada guna..semoga lain waktu bisa lebih tenang dalam pilihan bang😀
sebetulnya tak perlu menyesal lama-lama .
syukur saja apa yang ada dan semua yang berlaku dengann izin Allah SWT
aamiin. semoga nanti Abang bisa beli yang benar sesuai selera dan harga yang juga masuk dalam budget yaaa.
G-Shock ini jam fav suami saya juga. birthday dia beberapa tahun lalu, saya kebetulan sedang di jepun, jadi langsung beli G-Shock ini untuk birthday present. sampai sekarang jamnya awet sangat, masih kuat dan bagus. itu kenapa suami suka sangat. dan modelnya memang keren 👍🏿
Bagi peminat G-shcok ada keseronokan sendiri menmggunakan jam ini..
wah untung sungguh suamu Fanny dapat G-Shock yang langsung dibeli di Jepun..
Laki kmk pun suka beli g shock… ada koleksinya… mun dah lejuk yg jual preloved sbb ya g shocknya mmg simpan dlm kotak… jaga benar²
Kakmim recently posted…Kuih Raya 2023
Ada dua pengemar G-Shock
satu lagi pengumpul dan jual balik…tentu ada untung
kedua mereka yang hanya memakai dan itu sahaja jam G-Shock mereka
Salah satu keunggulan g shock selalu bisa memberikan desain yang bagus. Tidak ketinggalan zaman dan cocok dipakai dalam berbagai kegiatan. Muncul produk baru dari g shock selalu ditunggu oleh penggemarnya.
Design dah terbaik G-Shock
cuma masih ada kekurangannya iaitu ketepatan saat yang boleh beralih dari hati ke hari
uiiii lawooo jam rayaaa diaaa
suka jg dgn g shock ni. tp sy prefer putih dr dulu lg. tp smpi laa ni x penah beli😁😁
belilah satu dan rasa kenikmatan peminat G-shock..
sapa yang pernah jadi peminat taulah bagaimana rasanya