Bazar Ramadan Uptown Kota Samarahan tidak jauh dari rumah. Perjalanan kurang daripada lima minit sahaja.
Yang menariknya bazar Ramadan ini telah diiktiraf sebagai Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Negeri Sarawak oleh Setiausaha Politik Kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Suhaizan Kaiat.
Menurut laporan akhbar tempatan, seramai 64 penjual mengambil bahagian dalam kempen menu Rahmah.
Demi melihat sendiri apa yang diuar-uarkan tersebut, saya cuba berbelanja dengan bajet RM15 di Bazar Ramadan Uptown Kota Samarahan
Dengan bajet RM15 berapakah menu yang boleh saya beli dengan jumlah tersebut?
Jom kita tinjau bersama-sama.
Bazar Ramadan Uptown Kota Samarahan
1.Akok = RM2
Saya pernah jumpa menu istimewa ini di Kelantan kira-kira empat tahun dahulu.
Kini berada di Bazar Ramadan Uptown Kota Samarahan
Apa tunggu lagi.
Sembat saja satu bungkus yang berharga RM2 atau dua rial ( hehehe).
Kini wang berbaki RM13 lagi.
2.Air balang = RM3
Tidak lengkap dan tidak sempurna kalau tidak minum air manis ketika berbuka puasa.
Jadi saya beli air green tea untuk satu cup.
Sebungkus berharga RM6.
Wang berbaki dalam RM10.
3.Ayam gunting = RM10
Pada mulanya saya terkejut melihat nasi ayam dan ayam penyek berharga RM10 untuk se bungkus.
Memandangkan di rumah ada nasi jadi lebih baik saya beli ayam gunting.
Harga ayam gunting ( boneless) ialah RM10.
Tiada yang istimewa ayam ini kecuali ia digunting kecil-kecil.
Ada dua pilihan perisa iaitu ayam original dan pedas.
Dengan pembelian ayam gunting tersebut maka bajet RM15 sudah ngam-ngam.
Tidak lebih dan tidak kurang.
Kesimpulan
Saya menulis artikel ini ketika belum berbuka puasa.
Jadi belum dapat komen sama ada sedap atau tidak menu tersebut.
Itu tidak penting sekarang.
Cuma saya ingin meluahkan bahawa dengan bajet RM15 hanya boleh untuk seorang diri sahaja.
Jika sekeluarga ada lima orang anggaran bajet untuk membeli juadah berbuka puasa tentulah atas RM50.
Bagi mereka yang mampu, jumlah tersebut tidak menjadi persoalan.
Cuma golongan marhaen akan terbeban dan terkesan.
Pilihan bijak, masak sendiri atau membeli mengikut kemampuan berbanding kemahuan.
Namun kunjungan saya ke Bazar Ramadan Uptown Kota Samarahan kali ini sebagai tanda sokongan kepada golongan peniaga.
segarnya green tea itu,
jadi ngiler
air tu memang segar…sedap juga walaupun bukan yang terbaik
Bagi saya harga akok tu murah. Kalau di area kedah pun lebih kurang rm4 ke 5ringgit. Saya memang peminat akok walaupun bukan berdarah kelantan ihik,
Adib Site recently posted…Perodua Tawar Diskaun Servis Pakej AUTO RAHMAH 2023
tak sangka ada juga peminat akok walaupun bukan orang kelantan
Air green tea tu mahal. Sini boleh dapat RM3, air dalam plastik besar, bukan cup. Betul, kalau beli untuk satu family, RM50+. 😊
Nur recently posted…Burung enggang besar
Mungkin tempat berbeza makan harga juga lain-lain..
tidak apa…rezeki mereka kot
RM15 kalau di Senawang ni, rasanya dapat 2,3 benda aje.
hampir samalah tu…nilai duit semakin sedikit sekarang ini
Ya benar… utk 1 famili mesti habis rm50.. huhu… kalau nak bajet kena fixkan beli air sejenis dan 2 jenis (manis sejenis, pedas/masin sejenis)
Kakmim recently posted…Menang Kuiz Ramadhan
Bajet sikit memang untuk sorang dan bajet yang besar khas untuk famili
kesimpulannya atas kita kan?
ya..memang betul.
kita sendiri yang menentukan
akok tu murah, air tu pun nampak murah rm3 tapi ayam gunting tu terasa mahal jugak tu, Kalau beli lauk siap masak mungkin dapat banyak lagi tu dengan harga tu. Tapi senang cerita rata-rata semua makanan di bazar memang agak mahal
tidak dinafikan kos untuk menyediakan makanan ini semua memang tinggi.
banyak faktor yang perlu diambil kira
aku baru dengar nama Kota Samarahan.
kalau aku ketemu bazar ramadhan dengan banyak menu yang dijual, pastinya bakalan bingung mau beli yang mana
Kota Samarahan letaknya di Sarawak.
Temnpat ini kan menjadi bandar pada masa yang akan datang.
Sebaiknya berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukan keinginan
sy kerap membeli lauk di restoran mantan pelajar. selalunya diberi air 1 bungkus FOC. Alhamdulillah…
abamkie recently posted…Gbox- App store for Google services and Apps on HUAWEI Smartphone
Inilah rezeki kalau jadi cikgu yang baik dengan mantan pelajar.
Mereka tetap menghargai kerana ilmu yang kita curahkan tersebut.
memang si lebih murah masak sendiri tapi sedikit repot,jika ada uang lebih ya tak apalah sesekali beli, hitung “membantu pedagang
Kalau ada masa bagus ..masak sendiri.
jika tiada masa atau sibuk…pilihan yang ada tentulah beli di Bazar Ramadan
mahal juga ya ayam gunting… sy sangka dlm rm6-7 je
Harga ayam mentah yang buat mahal..
ayam yang digunakan boneless
patut laa.. btw sedap tak? kalau sedap berbaloi dgn harga tu
rasa agak sedap dan bukan sedap sangat..
kira berbaloi juga dan bukan berbaloi sangat
Kalau bajet RM15 utk family, nmpk gaya x blh beli air balang & mesti skip kuih muih. Beli ayam gunting saja, lps tu potong kecik2 utk masak nasi goreng. Mudah2an cukup utk berbuka & sahur. Baki RM5 utk byr tambang.
Kos hidup skrg mmg mengerikan. Risau bila fikir nasib anak cucu di masa dpn.
Zurainny Ismail recently posted…Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2023
lagi sikit bajet maka lagi sikitlah pilihan untuk dibeli.
Kita pastikan anak-anak cukup ilmu pengurusan kewangan untuk hadapi masa akan datang.
Ilmu membolehkan mereka hadapi zaman akan datang dengan lebih selesa.
Agak mahal juga harga air tu. Di langkawi RM2 sahaja !.
Mohd Shubhi Abdul recently posted…7 kelebihan menulis yang tentu anda akan rasa pelik tetapi benar
Air memang mahal sebab bahan seperti gula dan perwarna tak baik untuk kesihatan
Satu cara yg baik utk melihat harga air mahal .. hehe. Tapi bukan benda yg tak baik selalunya murah ke?
Mohd Shubhi Abdul recently posted…Pengalaman pertama sambut hari raya puasa di Pulau Langkawi bukan di kampung sendiri
yang mahal tidak semestinya terbaik
yang murah pun ada yang terbaik hehehe
Agak mahal harga air tu. Ingatkan RM6 boleh dapat cawan / plastik besar rupa2nya kecik je. Selain dari akok, nampaknya harga makanan di bazaar sana tak berapa marhaen 😅
KARNI IBRAHIM recently posted…Selamat Hari Pekerja 2023 – Jom mengolok di Mi Sapi Haji Salleh
Bagus juga mahal agar orang tak ramai beli minuman yang manis…
air begini kurang bagus untuk kesihatan