9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 3)

‘Rasa nak pengsan’… itulah monolog hati saya sebaik sahaja keluar dari gim hari ini. Peluh jantan tidak berhenti menitis. Keringat hangat terus membasahi baju yang saya pakai.

Dengan langkah berhati-hati saya menuruni tangga gim dengan sisa tenaga terakhir. Inilah antara kepayahan, kesakitan tetapi kenikmatan ahli fitness.

Memang betul, bersenam dan membentuk badan bukan sesuatu yang menyeronokkan dalam semua perkara. Lebih-lebih lagi bila sudah peringkat angkat beban yang berat. Ketika itu seluruh tenaga fizikal digunakan.

Kesannya pasti meletihkan badan. Namun rasa puas dan lega bila berjaya melakukannya.

Sama juga dengan 9 impian peribadi 2021 yang akan saya tunaikan dalam tahun ini.

Impian pertama ialah istiqamah untuk berselawat 10 ribu sehari. Mudah-mudahan dengan keberkatan selawat akan memudahkan saya mencapai impian kedua iaitu menemui jodoh.

In shaa Allah beroleh bahagia bersama jodoh untuk dunia dan akhirat.

Belum lengkap juga jika hanya sekadar berumah tangga tetapi belum ada rumah. Sebab itu terbitnya impian seterusnya.

Impian yang ketiga ialah mendiami rumah dua tingkat. Saya memang mahu rumah dua tingkat ini kerana faktor berikut:

1.Tingkat atas hanya dikhaskan untuk bilik tidur sahaja.

2.Tingkat bawah untuk ruangan tamu, dapur, bilik kerja dan sebagainya.

Ada dua kaedah untuk saya mendiami rumah dua tingkat ini. Antara kaedah tersebut seperti berikut:

1.Menyewa rumah sebagai permulaan kerana ia cara terpantas untuk duduk rumah dua tingkat.

2. Beli rumah yang sudah siap dengan syarat ada terjumpa orang yang mahu menjualnya.

Saya mohon pembaca yang budiman agar mendoakan saya dan juga sesiapa yang berkeinginan sama agar tercapai impian tersebut.

Aamiin Ya Rabbil Aalamiin.

Ya, impian kita untuk tinggal di rumah dua tingkat yang selesa, selamat dan membahagiakan.

Rumah yang baik dan bagus akan meningkatkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan.

Kalau tidak manakan ada kata-kata hikmat,

“Rumahku Syurgaku”

Dengan rumah dua tingkat ini juga akan menepati salah satu hikmah doa yang berbunyi, kurniakanlah kami dengan kebaikan di dunia dan kebaikan juga di akhirat serta jauhi kami dari azab api neraka.

Aamiin.

Semoga ada manfaatnya untuk kita semua.

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: