Surat terbuka ini ditulis kerana admin merupakan pengundi Malaysia.Pernah mengundi sekali dua.Pernah juga tidak turun membuang undi kerana faktor faktor yang tidak dapat dielakkan.
Dalam perkara ini admin rasa rugi kalau tidak mengundi.Rugi kerana tidak menunaikan hak rakyat Malaysia sebagai kuasa memilih dalam sistem demokrasi negara.
Sebelum itu admin akui bukan dominan kepada ideologi politik.Admin cuma rakyat Malaysia yang cintakan kemajuan dan pembangunan negara demi generasi kini dan akan datang.
Surat terbuka dari admin
Persepsinya mudah.
Siapa menang mereka kerajaan.
Siapa kalah mereka pembangkang.
Dalam sistem demokrasi mana-mana parti yang berjaya dipilih oleh kuasa rakyat akan menjadi kerajaan.Mereka akan bertanggungjawab mentadbir negara Malaysia yang tercinta ini dengan sistem dan ideologi politik masing-masing.
Apa-apapun parti yang menang majoriti dalam pilihan raya ini akan membentuk kerajaan sama ada kita suka atau tidak.
Undi adalah rahsia peribadi
Admin rasa terkejut dengan pendapat netizen yang terang-terangan mengakui untuk mengundi parti yang mereka sukai.Sedangkan dalam konsep pilihan raya setiap undi adalah rahsia.
Berbalik kepada sistem demokrasi yang kita anuti sejak merdeka, mana-mana pihak berhak untuk bersuara menentukan corak pemerintahan negara.
Kita bebas mengundi sesiapa sahaja yang kita suka sebagai wakil rakyat kita.
Kita bebas memilih parti politik yang kita suka sebagai sokongan dan harapan
Namun begitu pemilihan kita jangan hanya dipandang dari sudut kepentingan diri sendiri dan keluarga semata-mata.
Ada dua golongan utama.
1.Golongan profesional
Golongan profesional dan intelek berbeza dengan cara pemikiran orang biasa macam admin.Mereka berfikir jauh depan dengan penilaian berdasarkan fakta dan logik.
2.Golongan biasa
Golongan biasa berfikir dengan penilaian hati yang tulus suci dan keikhlasan.Mereka tidak cerdik tetapi tidak mudah untuk diperkotak katik oleh pihak yang berkepentingan negatif.
Ini alasannya..
Dalam senario ini golongan profesional dan intelek lebih selamat jika berlaku apa-apa yang tidak diingini dalam pemerintahan negara.Mereka ada kemampuan kewangan,simpanan dan harta yang mencukupi untuk menampung sara hidup dalam apa jua keadaan ekonomi.
Sebaliknya bagaimana nasib golongan seperti admin dan majoriti rakyat Malaysia yang lain jika berlaku kesilapan dalam memilih kerajaan.
Mereka berdepan kesukaran untuk meneruskan kehidupan.
Pekerjaan susah nak dapat.
Hidup terus dibelit kemiskinan.
Rumah tidak mampu dimiliki.
Keluarga porak peronda.
Gejala sosial meningkat dan pelbagai lagi musibah sekiranya keadaan politik tidak stabil.
Admin tidak menafikan ramai pihak memainkan sentimen emosi negatif kepada sistem kerajaan yang pernah memerintah negara sebelum ini.
Isu GST mencengkam rakyat.
Isu rasuah menaikkan darah.
Isu kos hidup melambung tinggi.
Dan banyak lagi sehingga persepsi negatif kepada minda bawah sedar rakyat baik dari golongan intelek atau golongan kurang intelek seperti admin.
Persoalannya adakah dakwaan itu betul dengan bukti yang sahih atau sangkaan semata-mata supaya memperbesarkan keburukan berbanding dengan kebaikan.
Cuba nilai selama 5 minit
- Untuk ke sekolah kita bayar mahal ke murah.?
- Jika ke hospital kerajaan mahal tak bayarannya ?
- Berapa ramai dikalangan kita yang bermajikan kerajaan yang memerintah tetapi hati dan perasaan memberontak untuk pilih parti A atau parti B yang bukan majikan mereka?
- Berapa ramai dari kita yang sudah dapat elaun dari kerajaan dengan mengurus masjid dan kerja dakwah ?
Biarpun ada tohmahan kepada kerajaan sebelum ini tidak memelihara agama Islam dengan sempurna.
Jawapan itu semua bukan pada admin tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menjadi pengundi atau belum lagi layak mengundi.
Masa untuk menentukan siapa yang bakal memerintah negara akan tiba.
Sama-sama kita tunggu jawapannya dengan penuh debaran.
Sama-sama kita turun mengundi untuk memilih siapa calon wakil rakyat dan parti yang kita sukai.
Penutup
Sekali lagi admin ingatkan diri sendiri agar mengundi untuk kepentingan bersama.Jangan mengundi semata-mata kerana hasutan emosi bersalut marah yang tidak tentu arah.
Admin sayang Malaysia dan cinta kepada kedamaian serta keharmonian.
Demi Malaysia tercinta jomlah mengundi dengan hati yang bersih,fikiran yang tenang dan demi untuk kebaikan masa depan anak cucu generasi akan datang.
Sekian surat terbuka dari admin.
Terima kasih abg atas perkongsian. Banyak yang tersirat
ya sama-sama..tuan
jangan pulak saya dicap kaki politik hehehe.
saya kaki blog je.
Di indonesia pun, para pemilih biasa memberikan pilihannya ke publik, khususnya nitizen yg suka pamer
zaman sekarang..
dulu tak macam sekarang..
boleh sorok-sorok
sekarang semuanya terdedah kepada umum
semoga pencuri dapat ditumbangkan
Raihanah recently posted…Review Youth Skincare Selepas 21 Hari
hahahaha..
lain macam je maksudnya tu
buatlah pilihan yg bijak. memang betul pun siapa yg kalah tu adalah pembangkang bagi yg menang
memang begitulah amalan demokrasi..
Semoga surat terbuka admin blog ini membawa kebaikan untuk semua masyarakat Malaysia
aamiin
wow!
ayat bahasa Melayu yang cemerlang..
terima kasih awak hehehe
maaf ya Admin
saya sambil belajar semoga dimaklumi
tak perlu minta maaf..
sama-sama kita belajar kalau ada silap dan salah
macam rakyat didahulukan , percapaian diutamakan.
begitulah harapan kita semua..
kalau begitu..
undi berkecuali..
sekarang susah nak tengok keadaan begitu.
kerajaan dan parti politik adalah dua yg berbeza…siapa yg menang dia yg mengurus kerajaan samada kerajaan negeri atau federal..
sepatutnya kita mencontohi negara barat dlm hal politik..depa bertukar parti yg mengurus kerajaan..rileks je, mcm Britain, kdg2 Labour Party, kdg2 Conservative Party…aman damai je..
mereka mengamalkan demokrasi.
Malaysia pun sama.
Cuma stigma pemikiran kita..
pembangkang kurang baik dan kerajaan itu baik
hahahaha
undi adalah rahsia. tapi saya akan memilih parti yang tidak akan menyusahkan rakyat. mengawal ekonomi, mengawal buying power. tanpa scandal sana sini dan pemimpin yang tak songlap duit rakyat. hehe
nikkhazami recently posted…Sports Hijab by NURD – Tudung Untuk Bersukan
hebat…
kita bebas memilih siapa pemimpin dan perti yang kita nak.
so..
tidak timbul betul atau salah
tengah buat calculation nak undi yang mana satu..bukan perkara main-main ni..undi ni yg tentukan taraf hidup 5 tahun akan datang..hehe
JMR recently posted…9 Mei Pilihan Raya Umum Ke-14.Kenapa Rakyat Perlu #PulangMengundi ?
betul juga tu..
saya juga berkira-kira nak balik kampung..
kos pergi balik RM500 untuk satu undi
Adoii…bila dah sampai tanda2 besar nak PRU nie…yang tak syoknya bila kawan sejati biru TIBA2 berbelanja tanpa bicara, kawan rendah diri merah pula dengan harapan menagih simpati dengan hulur tabung2 derma sebab kami baru nak up katanya…kedua-duanya pon kawan juga bro… 😀
Doakan agar saya dapat memangkah pada petak yang betul laa nanti yer..jgn sampai rosak pula jadinya sebab mikirkan KAWAN2 saya tadi…. 😛
hahahaha…
semoga tuan membuat pangkah dengan bijak dan bestari
Sy suka dgn perkataan undi adalah rahsia. Ia sebenarnya untuk mengelakkan prtengkaran di kalangan sesama sdri.
Kauthar mohd recently posted…Tanda Dan Cara Kecutkan Fibroid Yang Ramai Nak Tahu
itulah satu hikmahnya supaya undi dirahsiakan..
utnuk esak rasa tidak puas hati..
kalau bukan rahsia bagus buat live video di FB atau buat skrin besar-besar biar semua orang tahu kita undi siapa
marilah mengundi…tunaikan kewajipan pada negara…
betul..
jadikan la pengundi yang bijak