Tengah sedap-sedap saya tidur, pandai terjaga pulak tengah malam.
Saya lihat jam baru pukul 12.33 pagi. Sedangkan saya masuk tidur jam 11 malam.
Ini tidak boleh jadi. Mata cuba dilelapkan. Tidak juga dapat lena.
Tanpa sedar perut pula rasa kelaparan. Mahu atau tidak makan sahaja apa yang ada.
Akhirnya perut kenyang. Mata pula semakin segar.
Terfikir juga nak tulis blog, Tapi saya batalkan hasrat tersebut kerana saya nak juga tidur. Saya perlu tidur untuk mudahkan saya bangun sebelum Subuh.
Saya pun berselawat. Banyak juga. Saya pun tidak perasan berapa banyak selawat yang telah saya ucapkan pada malam tersebut.
Yang akhirnya saya tertidur juga setelah leka berselawat.
Berselawat adalah salah satu impian peribadi saya pada tahun 2021. Saya menyasarkan untuk berselawat sebanyak 10 ribu setiap hari.
Jumlah ini memang sukar dan mencabar. Hanya beberapa kali sahaja saya berjaya mengucapkan sehingga 10 ribu sehari.
Hari-hari yang lainnya cuma sekadar bawah 5 ribu sahaja.
Pengiraan selawat saya bermula dari waktu Maghrib sehingga waktu Maghrib keesokan harinya.
Antara sebab yang kuat mengapa saya wajibkan diri saya berselawat kerana amalan ini pasti diterima berbanding amalan yang lainnya.
Bukan itu sahaja, dengan satu selawat sahaja, Allah akan memberi 10 rahmat kepada orang yang berselawat.
Bayangkan kalau 10 ribu sehari. Tentulah rahmat yang Allah SWT bagi sangat banyak.
Manfaat yang paling menguja untuk orang berselawat ialah menjadi wacana agar segala hajat kita dimakhbulkan.
Sebelum ini saya ada berkongsikan hajat untuk bahagia bersama jodoh pada tahun ini. Mudah-mudahan jadi assebab untuk hajat tercapai tersebut.
Doakan saya agar konsisten untuk berselawat 10 ribu kali sehari.
Aamiiin Ya Rabbil Alamin. Ya Mujib.
semoga impian 2021 dipermudahkan Allah…
aamiin dan terima kasih kak mim
inshaAllah aamiin ya Mujib
aamiin dan teima kasih atas doanya…