Tanpa malu mengakui saya suka lagu ini.Nyanyian asal band Seventeen memang ‘berhantu’.Begitu ramai penyanyi yang suka cover lagu tersebut atau nyanyi balik di Youtube.
Dengan lirik yang mendayu dan lagu yang sendu cukup menjentik emosi sesiapa yang mendengarnya.
Biarpun maksud asal boleh merujuk kepada tragedi kepada ahli band Seventeen namun boleh ditujukan kepada sesiapa yang telah pergi buat selama-lamanya.
Mungkin untuk orang yang kita sayang, cinta dan kasih.Tapi bila ajalnya tiba, kasih sayang Allah melebihi segalanya.
Bukan itu sahaja, kita boleh merujuk kepada waktu atau masa yang telah dilalui.
Setelah pergi tidak mungkin untuk kembali lagi.
Betulkan.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103: Ayat 1-3).
Cuba lihat hari ini.Sudah masuk hari ke 7 Februari 2020.
Bagaimana tahap percapaian dan tahap perubahan yang kita sudah lakukan ?
Jika belum sepenuhnya…ayuh mulakan semula azam hari ini dan mulai esok lakukan yang terbaik.
Jangan jadikan kelmarin satu kenangan yang sia-sia walaupun semalam kita telah melalui perkara yang sama.
Persamaan kerana kita belum berubah.
Saya pinjam tagline Youtuber kawan saya, Babah Ayis,
“Berubah atau Binasa”.
Nak berubah, sekarang dan ini kalilah.
Jom layan lagu Kelmarin cover Nissa Sabyan.
p/s: Oh ya, wajah dan sosok tubuh ikon penyanyi glamer ini seperti anak dara sunti saya.
https://www.youtube.com/watch?v=5PwdMW8iWhE&fbclid=IwAR1pQnBGWOo6JwEb20BfIF4XrNTu4MQmiH_BhFyy5mP2Lp49KdTl4mIQ9Ig
hargailah masa yang ada =)
yep betul bro.
masa tidak menunggu kita
Terbaik dia ni cover lagu. dan sesungguhnya masa sangat berharga..
betul tu..
awak pun apa kurangnya..
memang mampu untuk cover lagu yang menarik
Saya biasa jer.. saja untuk suka suka…
suka bila dah masyuk dari Youtube ..
best juga tu