5 Cara Untuk Jadi Kaya

5 Cara Untuk Jadi Kaya

Persoalan cara untuk jadi kaya tidak pernah lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.Inilah topik yang evergreen.Setiap masa orang sentiasa berfikir bagaimana untuk jadi kaya.

Ketika melayari Youtube, saya terjumpa perkongsian dari seorang ustaz berkenaan cara untuk jadi kaya.

Beliau mengariskan beberapa langkah yang wajar kita amalkan.Tidak juga mudah dan tidak juga susah.Mari kita lihat apakah cara yang beliau kongsikan.

Cara Untuk Jadi Kaya

Peluk Agama Islam

1.Solat sunat Dhuha

Ramai yang sedia maklum solat sunat Dhuha adalah tool yang sangat ampuh menarik rezeki daripada pelbagai sudut.

Solat sunat Dhuna boleh dilakukan paling minimum dua raakat.Namun sangat dianjurkan empat raakat.Ini bersandarkan satu hadis berikut.

Maksudnya: “Wahai anak Adam! Janganlah kamu tinggalkan untukku 4 rakaat pada awal siangmu. Nescaya aku akan cukupkan bagimu di akhir siangmu.” [Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud (1289)]

2.Melazimkan ucapan istighfar

Dalam ilmu Magnet Rezeki yang diasaskan oleh Pak Nas, dosa adalah perisai yang menghalang rezeki seseorang.Untuk mendapatkan kelancaran rezeki, perisai ini mesti diruntuhkan.

Cara terbaik dengan beristighfar yakni mohon ampun dan taubat kepada Allah SWT.Semasa beristighfar wajar menyesali atas segala dosa.

“Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), “Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu”. QS. Nuh: 10-12.

3.Yakin pada Allah

Soal keyakinan adalah iman.Tak yakin dengan Allah bagaimana untuk memantapkan iman.Jadi tidak boleh lari dari persoalan tersebut.

Tanpa yakin bagaimana untuk meraih apa jua kejayaan dalam hidup ini.Apatah lagi keyakinan terhadap Allah yang mentadbir sekalian alam.

Keyakinan mestikan yakin atas segala yakin.Bahasa mudahnya raja keyakinan.

4.Doa senjata utama

Doa adalah pengharapan yang tertinggi kepada Allah.Semasa berdoa kita mengharapkan agar Allah memakbulkan apa yang kita minta.

Setiap doa termasuk nak kaya pasti Allah kabulkan dengan cara dan aturanNya.Ada yang diberi di dunia.Ada juga ditangguh untuk diserahkan di Akhirat kelak.

Perlu ingat doa juga sebagai cara mengalih bala yang bakal menimpa kita.

Firman Allah: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah Al-Baqarah : 186)

5.Berusaha sungguh-sungguh

Dalam usaha menjadi kaya kita boleh bekerja atau berniaga.Bekerja sungguh-sungguh untuk mendapat rezeki yang halal.

Hasil upah yang diperolehi boleh digunakan untuk bersedekah, pelaburan dan sebagainya.

Sama juga dalam bisnes.Ternyata bisnes memang cepat menjadikan seorang menjadi kaya jika kena dengan caranya.

Namun perlu ingat kekayaan yang kita perolehi ini atas izin Allah juga.Boleh jadi dapat dalam masa yang cepat atau lambat.

Kesimpulan

Menjadi kaya dan hidup senang bukan mustahil untuk semua orang.Terpenting sekali buat langkah satu hingga lima, satu persatu.

Andai kata belum kaya-kaya juga sabar sahaja kerana kekayaan itu nanti bukan di dunia tetapi di akhirat yang kekal abadi.

6 thoughts on “5 Cara Untuk Jadi Kaya”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: