Afnan Rosli merupakan Exclusive Calligraphy Artist dan sifu untuk kelas Metamorphosis. Beliau kerap membuat perkongsian ilmu yang cukup berimpak tinggi di media sosial seperti Facebook dan Telegram.
Hasilnya begitu ramai follower berjaya mencapai apa yang mereka impikan selepas mempraktik apa yang beliau kongsikan.
Saya juga menjadi salah seorang follower yang sentiasa mengikuti perkembangan beliau. Tiada hasrat selain untuk berjaya, gembira dan bahagia.
Sebab kita tiada pilihan lain selain dari untuk menikmati rasa bahagia.
Saya petik dan kongsikan untuk bacaan kita bersama. Bahkan saya menyarankan pembaca untuk turut menjadi follower insan hebat seperti Tuan Afnan Rosli.
Afnan Rosli
5 RITUAL PAGI ORANG BERJAYA.
1. BANGUN AWAL:
Sepanjang 2tahun ni, saya dah study beratus2 biography orang2 hebat sepanjang zaman. Mereka semua bangun antara jam 4am-5am.
Sebab tu lah Islam anjurkan kita tahajjud. Rupanya ada science di sebalik Tahajjud yang boleh ubah character kita kepada character orang BERJAYA. (Ada masa nanti saya kupas di Fb LIVE)
2. BERSYUKUR:
Semua orang berjaya mulakan pagi mereka dengan kesyukuran.
Sebab tu dalam Islam, doa bangun tidur perkataan pertama ialah ALHAMDULILLAH.
Bila benda pertama kita buat lepas bangun tidur ialah bersyukur, otak kita mula focus pada perkara2 yang baik2 dalam hidup kita. Sepanjang hari kita mula melihat perkara yang baik2 saje.
Bila pagi2 kita bersyukur Allah akan lipat ganda kan perkara2 yang kita Syukur tu. Kita bersyukur dengan Rezeki Allah ganda Rezeki, bersyukur dengan Kesihatan Allah gandakan Kesihatan.
3. AFFIRMATIONS:
Affirmation atau pengukuhan ni ialah benda yang orang2 berjaya buat setiap pagi. Sama ada mereka ada satu list affirmation yang diorang baca hari2, atau diorang ada dream board atau papan impian yang diorang tengok dan bayangkan semua impian2 mereka dah tercapai.
Contoh Affirmation list ni macam,
Saya Seorang Yang Sihat dan Kuat!
Saya Berbuat Baik Pada Semua Orang!
Di Mana Saja Saya Pergi, saya Di Sayangi!
👆🏻buat lah apa saja pengukuhan yang anda nak. Ulang sebut setiap pagi sampai menjadi reality.
Muhammad Ali sebut “I’M THE GREATEST” bukan lepas dia jadi World Champ. Tapi masa orang belum kenal dia lagi dia dah sebut “I’M THE GREATEST!”
Apa yang dia sedang buat ialah dia sedang programkan minda dia yang dia memang TERBAIK!
Macam saya. Saya tulis “Exclusive Calligraphy Artist” bukan lepas saya buat painting untuk Raja2 atau Menteri. Tapi masa orang belum kenal sapa saya lagi, saya dah program otak saya macamtu.
4. TAMBAH ILMU:
Setiap pagi ambil masa 10-30minit untuk belajar benda baru. Membaca, dengar Audio Book atau Pergi ke Kuliah.
Dengan ini kita akan jadi manusia yang lebih bijak dan bernilai setiap hari. Makin tua makin banyak ilmu dan berharga.
Orang Jepun panggil ni “KAIZEN”. Concept menjadi lebih baik dari hari sebelum nya.
5. KESIHATAN:
Setiap pagi orang Berjaya akan bersenam dan ambil sarapan yang sihat.
Antara amalan yang bagus anda amalkan setiap pagi ialah Madu. Banyakkan minum air kosong pagi2. Bila pagi kita bertenaga. InsyaAllah sepanjang hari kita akan Productive.
Ini lah sedikit perkongsian dan pengalaman saya. Kalau rasa bermanfaat sila #Share dan Amalkan.
Moga anda semua Kaya & Berjaya.🌹
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist
-
- kemas kini 19/8/22
Saya tunggu live dari tuan. Semoga tuan sudi berkongsi ilmu kepada saya melalui perkongsian fb live tuan nanti. Ada masa kita keluar minum bersama di Kuching nanti.
AhmadiKatu recently posted…Jadi Yang Berguna Bukan Mengguna – Kau Takbur
hahaha…boleh add saya di FB Tuan Hanafi.
saya amat mengalu-alukan kita boleh jumpa di Kuching nanti..
in shaa Allah
Selesai follow tuan di dunia sosmed. In syaa Allah diberikan masa luang nanti saya akan ke Kuching lagi. Rindu juga dengan Jambatan Darul Hana 😛 Banyak kenangan di sana..
AhmadiKatu recently posted…Jadi Yang Berguna Bukan Mengguna – Kau Takbur
terima kasih bro…
in shaa Allah dapat kita jumpa dengan rezeki masa dan ruang waktu
sangat menginspirasi INSYAA ALLAH
ya..sangat menginsprasikan
Sangat menginspirasi pesannya.
Bangun awal adalah aktivitas yang terlihat mudah. Tapi kenyataannya susah untuk dilakukan.
Saya selepas sholat shubuh masih suka tidur lagi.. hehe..
Gerai Toyota recently posted…GERAI TOYOTA SURABAYA – AUTO 2000
boleh berlatih perlahan-lahan mas..
semua itu bisa sahaja..
Sangat menarik perkongsian Afnan Rosli ini. In Shaa Allah nak berjaya dan positif. Kena follow sifu yang dah berjaya.
Cendol Durian Syoknya Ummi recently posted…Lokasi port makan durian halal dan toiyiban di Muar Tangkak
sudah semestinya tuan..
nak belajar perlu ada mentor
mentor sudah semestimya proven success macam Tuan Afnan tu
tuan afnan ni pun dah makin femes. geng shaklee pun banyak refer dia Untuk motivasi.
kan…
perkongsiannya beri impak luarbiasa kepada follower
alhamdulillah, saya pun dah amalkan juga seperti tuan afnan ajarkan tu. Affirmation tu memang penting, untuk kita program diri setiap hari
tahniah..
semoga Ina terus sukses dan terus sukses.
bahagia dan gembira selau
Perkongsian yang sangat menarik #inspired
ya…terima kasih kepada Tuan Afnan Rosli
Menarik dan informatif dan sangat menginspirasi artikelnya, trima kasih – Dealer Toyota Surabaya
Toyota Surabaya recently posted…Harga Toyota All New Toyota Avanza 2019 Surabaya
ya…
sangat menarik mas.
moga bermanfaat