5 kesan buruk melancap kepada lelaki

Melancap adalah salah dan ditegah dalam agama. Apa yang dimaksudkan melancap atau onani ialah perbuatan merangsang alat sulit sama ada lelaki atau wanita sehingga menimbulkan klimaks.

Juga dikatakan perbuatan syok sendiri yang rendah akhlaknya pada moral seorang manusia.

Kesan ketara melancap tentulah ketagihan atau tabiat yang sukar untuk ditinggalkan.

Yang pasti memberi implikasi negatif kepada kesihatan mental dan fizikal pelakunya terutama golongan lelaki.

Menurut buku Rahsia Seksual Lelaki tulisan Profesor Emeritus Dr.Mohd Ismail Tambi menyatakan lima kesan buruk melancap.

Lebih banyak keburukan dan sangat minima kebaikan.

Mari kita kaji dan teliti agar dapat sama-sama kita menjauhi amalan kurang sihat ini.

WAJIB BACA :   Jalan-jalan Cari Perempuan

Perlu diingatkan bahawa kupasan ini santai dan ringkas.

Informasi lengkap boleh dirujuk dalam buku yang berkaitan.

Melancap

1.Ejakulasi pramatang semasa persetubuhan

Perbuatan melancap yang berterusan boleh menyebab gangguan seksual iaitu ejakulasi pramatang setelah berkahwin kelak.

Lebih baik elak  dan hentikan perbuatan tersebut. Lagipun mencegah lebih baik daripada mengubati.

2.Alat sulit lelaki akan mati pucuk

Apalah guna jadi lelaki jika organ ini tidak berfungsi lagi. Pakar perubatan mengakui ketagihan melancap menyebabkan mati pucuk.

Sangat bahaya dan merugikan diri sendiri.

3.Keradangan pada alat kelamin lelaki

Zakar ditekan semasa melancap boleh menyebabkan keradangan. Apa itu keradangan oleh gugel sendiri lah ye hehehe.

Kalau nak ditulis boleh jadi satu artikel tambahan.

WAJIB BACA :   Motif sebalik tembakan rambang di masjid Christchurch

4.Pendarahan dalam pundi prostat

Semasa melancap si pelaku akan mengemut.Tidakan ini berisiko untuk terjadinya keradangan dan akhirnya menyebabkan pendarahan dalaman pada organ lelaki.

Memang kes parah kalau terjadi sebegitu.

5.Menjejas hubungan intim suami isteri

Melancap menggunakan alat seks tiruan atau toy sex bawa kesan negatif.

Misalnya toy sex vagina bergetar sedangkan alat sulit wanita yang ori tidak sedemikian. Tiada kepuasan sebenar melainkan fatamorgana semata-mata.

Penyelesaian terbaik

Berkahwin adalah penyelesaian jangka panjang kepada keinginan syahwat.

Kahwin adalah fitrah semulajadi manusia. Keinginan syahwat dapat disalurkan pada tempat yang sepatutnya.Allah redha.

Hidup ada keberkatannya.

Keinginan syahwat boleh juga dialihkan dengan aktviti sukan atau sibukkan diri kepada aktiviti keagamaan. Namun ia bersifat jangka pendek dan sementara waktu.

WAJIB BACA :   Menu sarapan pagi simple dan latihan kecergasan

Adalah lebih baik menjauhi  segala bahan stimulasi seperti gambar seksi, cerita lucah dan video lucah. Keupayaan menjauhkan sumber begini akan mengurangkan keinginan untuk melancap.

Jadikan lelaki hebat dengan mengawal nafsu syahwat dengan bijaksana.

Ada lagi ke kaedah untuk mengelakkan perbuatan melancap ini ?

  • Kemas kini 28/12/22

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge