Menu sarapan pagi simple adalah kebiasaan saya setiap pagi dan sedikit latihan kecergasan. Semua ini dilakukan untuk menjaga kesihatan dan kecergasan ketika usia semakin tua.
Saya punyai pola pemakanan yang biasa sahaja. Tidak sedap dan mungkin menjemukan kepada kebanyakan orang. Ia bukan satu masalah. Sebab kadang-kadang saya juga menukar selera untuk menu sekali sekala.
Menu sarapan pagi simple
Menu sarapan pagi simple saya mudah untuk disediakan. Saya sudah amalkan sejak setahun yang lalu.
Ada telur separuh masak dan oat segera.
Saya guna telur dua biji dan sekarang tiga biji. Biasa letak kicap pedas sebagai penambah rasa tetapi sekarang bubuh serbuk lada putih pun jadilah
Oat, dulunya saya ambil dua senduk dan sekarang jadi tiga senduk. Semasa mula-mula makan oat saya letak bersama susu, madu dan kismis. Kos menjadi tinggi la pulak.
Sekarang saya guna oat yang dicampur dengan serbuk cokelat malt. Ada la sedap sedikit. hehehe
Pernah juga menu sarapan pagi dengan makan pisang setandan, betik dan tembikai sekaligus serta buahan import. Kenyangnya tak boleh bincang. Poket pula cepat kempis sama seperti perut juga.
Latihan kecergasan
Saya memang gemar jogging sejak dari zaman muda lagi. Alhamdulillah sekarang sudah mula berjinak semula. Selain berjogging saya sudah aktif push up, plank dan pelbagai latihan kecergasan yang lain.
Malahan aktiviti berjalan kaki masih berjalan seperti dilakukan seperti biasa. Hasilnya saya tidak gemuk sebagaimana lelaki yang seusia saya.
Jangan pulak bandingkan saya dengan lelaki umur 20-an. Jauh sangat dah tu.
Pesan saya jagalah kesihatan dan pemakanan sejak umur muda lagi agar pada usia seperti saya ini kekal sihat, cergas dan bertenaga. Kalau boleh awet muda dan awet sihat.
Bagaimanapun saya sangat bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja walaupun umur sudah menghampiri separuh abad.
Agak-agak ada tak perempuan muda masih suka dengan saya yang sudah berusia tetapi tampak masih muda.
Persoalan cepu emas untuk mereka yang berkenaan.
Itu sahaja.
Moga ada manfaatnya.
saya menebak usia kita tidak beda jauh hehe. Dan jogging adalah olahraga yang paling aman buat kita 🙂
saya dalam 40-an
tak muda dan tak juga tua
patut lah badan tak gemuk2. Sarapan pun mudah2 je. Benda ni kena amalkan sampai jadi rutin..kan?
kalau buat sekali sekala je memang susah la nak tinggal nasi lemak roti canai, nasi kandar pagi2 hari.
Kat belah2 penang ni orang makan nasi kandar pagi2 tau.. sebab tu ramai gemuk2.. heheh
agak sukar untuk mengubah tabiat makan sebab melibatkan minda bawah sedar..
kalau sudah bertahun-tahun makan yang sedap-sedap memanglah berat untuk mengubah selera ke menu yang kurang sedap tetapi sihat
Hendak seribu daya – jodoh sentiasa ada kalau hati kedua2nya terbuka utk menerima. 😀
teorinya memang begitu…
masa yang tepat hanya Allah sahaja yang tentukan
Boleh dicoba nih sarapannya mas 🙂
kalau nak sihat ..
wajib cuba..
sangat simple tetapi mengenyangkan
kalau laa kat kawasan sy ada org jual mi kolok, mmg sy beli buat sarapan. selalu belasah nasi lemak je laa
anies recently posted…Đà Lạt, Vietnam: Clay Tunnel part 1
boleh buat sendiri tu…cuma perlu cari bahan mee jer la
Nanti nak cuba menu sarapan macam bro buat tu
sangat digalakkan..
jimat dan sihat
cuma tahan hati jelah sebab menu sama setiap hari
Mesti ramai wanita Mr Hanafi nie. Jaga kesihatan dan sentiasa amalkan kebersihan. GV doakan Mr Hanafi dapat jodoh yang terbaik dan berkekalan sehingga akhir hayat. InsyaAllah. Aamin. 🙂
Galaksi Viral recently posted…NASI GORENG PALING POPULAR DI MALAYSIA
aamiin dan alhamdulillah
sangkaan bro GV macam betul pulak.
ramai sebagai kawan jer hehehe