Ada 15 cara hilangkan perut buncit lelaki dan ia tugas berat buat ramai orang termasuk wanita. Oleh kerana tugas berat tentulah membiarkan sahaja perut buncit itu jadi pilihan yang terpaksa.
Setuju tak ?
Namun tidak bagi saya kerana mengempiskan perut buncit satu cabaran yang perlu digalas sepenuh hati. Bukan semata-mata untuk lebih kelihatan menarik dan tegap. Paling utama demi kesihatan yang optimum.
Selebihnya untuk menagih perhatian bakal jodoh hehehe. ( perlu ada ayat jampi )
Table of Contents
Cara hilangkan perut buncit lelaki
1.Amalkan air limau
Air limau boleh tingkatkan enzim untuk menyahtoksid hati. Boleh diminum selepas bangun pagi dan selepas makan tengah hari atau malam.
Kalau saya suka dengan air lemon tanpa gula atau garam. Lemon kosong sahaja. Rasanya memang masam giler dan jika belum biasa tentu sukar untuk menghabiskan segelas air lemon tersebut.
2.Teh halia panas
Fungsi teh halia untuk sekat hormon kortisol dari merembes banyak dalam badan. Hormon ini mengumpul lemak bawah perut sehingga menjadikan perut jadi buncit.
Halia dan teh yang diminum bersama ini adalah ejen termogenik. Bahan yang boleh memanaskan badan. Apa yang lebih menarik bahan ini murah dan mudah didapati.
Selain itu amat disarankan juga amal produk halia hitam untuk kekalkan stamina dan membakar lemak terutama di bahagian perut.
3.Menu ikan salmon
Ikan salmon kaya dengan omega-3. Fungsinya untuk pecahkan lemak bahagian perut.
Kelemahan ikan salmon disebabkan harga yang mahal. Hanya golongan berpendapatan tinggi boleh membeli dengan tersenyum nampak gigi.
Golongan marhaen boleh menggantikan ikan salmon dengan ikan keli. Tak cukup duit boleh pancing dan tangkap sendiri dekat sungai belakang rumah.
4.Berpantang pengambilan gula
Pengambilan gula masih boleh dengan bersyarat. Jangan berlebihan kerana kadar kalori dalam gula sangat tinggi.
Gula yang berlebihan akan mengganggu tahap insulin dalam darah. Perut pula buncit dan kencing manis datang bertandang. Siapa pula yang akan susah kalau bukan diri sendiri.
5.Pastikan tidur mencukupi
Tidur yang baik dan berkualiti sekitar 6 jam sehingga 8 jam sehari. Perlu kita sedari tidur adalah mekanisme badan untuk stabilkan metabolisme, sistem saraf dan pengeluaran hormon.
Tidur yang cukup akan merehatkan sistem dalaman badan. Kesannya elak perut dari buncit atau boroi.
6.Meningkatkan metabolisme badan
Pengambilan pemakanan seperti kacang, soya dan daging tanpa lemak boleh meningkatkan metabolisme badan. Ada juga yang menyarankan makan selalu namun dalam kuantiti yang sedikit.
Semuanya terpulang kepada kemampuan dan kesempatan untuk berbuat demikian. Saya suka kalau menjadikan buah-buahan atau kekacang sebagai snek ringan untuk mengalas perut sebelum makan.
7.Konsisten dalam senaman
Ada pelbagai senaman yang boleh dicuba untuk mengempiskan perut kempis bagi lelaki. Berjogging salah satu daripadanya. Dengan berjogging boleh menyebabkan pembakaran kalori menyeluruh.
Selain itu boleh pergi ke gimnasium kerana di situ banyak peralatan untuk tujuan pembakaran kalori terutama pada bahagian perut.
Wanita pula walaupun topik ini fokus kepada lelaki boleh lakukan aerobik atau zumba. Senaman ini menyeronokan kerana ada alunan muzik yang rancak dan menyegarkan.
Kaum lelaki tidak digalak menyertai mereka kerana di situ ramai wanita yang mendedahkan bentuk badan yang mengiurkan. Bagi para suami cukupkan melihat isterinya sahaja hehehehe.
8.Makanan kaya protein
Makanan kaya protein boleh memastikan perut akan rasa kenyang lebih lama. Kurang makan maka kurang juga berat badan.
Kaya protein tidak bermaksud berlebihan. Ambil protein sesuai dengan aktiviti dan umur. Mereka yang aktif seperti atlet atau ahli bina badan tentulah pengambilan protein lebih tinggi. Tidak sama dengan orang kebanyakan.
9.Berusaha menjauhi stress
Stress menyebabkan hormon kortisol banyak merembes masuk badan. Hormon ini mengumpul lemak bawah perut.
Diakui bukan mudah untuk menjauhi stress dalam pekerjaan dan perhubungan. Hidup juga wajar dilimpahi cabaran agar otak sentiasa bekerja mencari penyelesaian.
Jauhi stress maka perut anda akan mengempis secara tidak langsung.
10.Makanan tinggi serat
Sayuran dan buahan yang segar akan membentuk gel dalam pencernaan. Proses ini melambatkan rasa lapar.
Makanan tinggi serat mudah didapati di pasaran. Antaranya brokoli, lobak, dan tomato. Ada banyak lagi. Carilah yang segar dan disukai. Jadikan amalan agar perut kita sebagai lelaki tidak membesar sebagai juara boroi.
11.Oat sebagai menu
Oat adalah bijirin bebas gluten dan banyak vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting. Menu oat ini sangat bagus untuk jantung. Bukan itu sahaja oat mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman.
Untuk program diet oat pilihan bijak. Makan oat menyebabkan kita akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Kurang makan kurang gemuk la jawapnya.
12.Jarakkan masa minum
Jarakkan masa minum air selepas makan dalam tempoh 15 minit hingga 30 minit. Minum air sejurus selepas makan akan merosakkan apa sahaja khasiat makanan yang ada dalam tubuh badan.
Antara keburukan minuman air selepas makan seperti berikut menyebabkan usus lambat untuk menghadam makan yang terdapat di dalam perut. Ia menyebabkan cepat lapar dan akhirnya menyebabkan kita terlebih makan dan kembung perut.
13. Makan perlahan-lahan
Makan dengan cepat menyebabkan makanan yang tidak dicerna dengan lumat. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur. Makanan yang tidak dapat dicerna dengan baik dan seterusnya boleh berlaku masalah kembung perut.
Malah makan perlahan-lahan merupakan satu cara menikmati makanan. Lebih afdal makan bersama pasangan kesayangan masing-masing. Natijahnya kenyang lebih lama dan rasa untuk makan lebih banyak boleh dikawal secara tidak langsung.
14.Makan secara kerap
Ada yang berpendapat lagi kerap makan lagi baik untuk metabolisme badan.
Makanan yang kerap masuk dalam perut dapat mengawal proses kelaparan terlampau kerana ia dapat mengawal keaktifan asid dari mengganas. Jangan amalkan makan waktu tanpa pelaturan kerana itulah punca nafsu makan buaya timbul. hahaha
15.Rajin puasa sunat
Puasa antara amalan yang sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Dengan berpuasa berlalu defisit kalori. Proses ini boleh mengecilkan perut dan seterusnya berat badan.
Ada pelbagai kaedah puasa yang boleh dilakukan. Cara yang paling popular untuk orang Islam ialah puasa sunat Isnin dan Khamis. Pahala dapat dan kesihatan terjaga. Boleh juga mencuba intermittent fasting. Rujuk Google ye untuk maklumat lanjut.
Penutup:
Kesihatan adalah nikmat terbesar kepada manusia. Dengan menjaga perut salah satu cara supaya kesihatan kekal terpelihara. Cara hilangkan perut buncit lelaki ini berkesan sekiranya ada istiqamah dan disiplin yang tinggi.
Manalah tahu boleh mendapat perut six pack sebagaimana idaman para lelaki dan wanita seantero dunia. Akhir kata, selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
p/s : Jika pembaca ingin sentiasa mengikuti penulisan blog ini secara terkini, pantas dan ke depan jomlah bergabung di grup Whatsapp mrhanafi dot com
Petua ni pun sesuai utk wanita, kan… Tapi semakin meningkat usia, semakin mudah naik berat badan.
Hihihi….sakit pun boleh buat kurus, sebab hilang selera makan. Itu yg x best.
Zurainny Ismail recently posted…Konferens Maya ‘MSLSSL Employment Virtual Conference 2020 COVID-19: Coping With New Realm Of Realities’
semua boleh cuma saya menulis dari persektif lelaki…
sakit adalah ujian dan moga kita selaly sihat hendaknya
bagus tips mr h ni.. org perempuan pun boleh buat juga
sudah semesti boleh…mengapa tidak
Suami saya tengah usaha nak hilangkan perut buncit dia. Dah 2 minggu tak ambik gula dan malam esok baru nak start semula pi main futsal. Badan dia naik sejak stop futsal 2 tahun lepas.
Jadi bagi saya kurang bersenam punca utama perut jadi buncit..
ya…bila berlaku surlus kalori..
kurang aktif tetapi kuantiti makanan pula ..banyak
Nice sharing. Nak buat juga la
buat sahaja bro..
tak de susah tu.
Good info Mr Hanafi. GV pun nak turunkan berat badan ni. Boleh ikut langkah2x seperti Mr Hanafi terangkan. 🙂
Galaksi Viral recently posted…SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
Berat GV kalau sesuai dengan BMI tak pelah..
kalau sudah overweight tu perlu diturunkan perlahan-lahan
En Hanafi.. sy mempunyai masalah kembung di bahagian pusat.. bahagian atas dh kempis.. Tapi agak sukar utk kempiskan bahagian pusat dan bermacam2 latihan dah buat tapi masih nampak kembung.. ada idea macamna nak kempiskan?
sebelum itu tuan perlu membuat pemeriksaan dengan doktor..Ia memastikan tiada masalah kesihatan yang serius.
kebiasanya perut akan jadi kempis jika berat badan berkurangan dan pembakaran kalori sempurna.
ahli Fitness tidak fokus kepada perut sahaja tetapi latihan keseluruhan badan untuk bakar kalori ini.
saya sendiri berjaya kempiskan perut dengan senaman yang berat dan pemakanan yang ketat..
Gunakan konsep defisit kalori dan lebih protien dalam menu
Semuanya memerlukan kekuatan minda yang kuat untuk melaksanakannya. heeeee
Geng Borak recently posted…Waspada Scam Tawaran Dana Segerakan Haji Melalui Telefon
minda dan semangat perlu bergabung sama untuk mengatasinya