Cara nak jadi kaya menurut UAD

Cara nak jadi kaya yang Mrhanafi kongsikan ini berdasarkan nasihat UAD. Kalian tidak perlu pening-pening tapi kalian boleh amal saja tanpa persoal kesahihannya.

Siapa pulak UAD ?

Inilah singkatan nama kepada sosok tubuh yang tidak asing lagi buat kita semua.

Tak lain dan tak bukan.

Beliau ialah tuan Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Mrhanafi ringkaskan menjadi UAD.

Senang ingat sebagai mana singkatan UAI kepada Ustaz Azhar Idrus.

Menurut UAD, cara nak jadi kaya dengan kembali kepada Allah.

Bukan mati.

Bukan itu yang mrhanafi fahami.

Kembali kepada Allah ialah cara kita mengikuti ajaran Islam yang telah ditetapkan sejak 1400 tahun dahulu.

WAJIB BACA :   Ketahui tiga tanda poket anda belum sihat

Antaranya solat sunat Dhuha dan baca surah Walqiah.

Selain itu jaga kebajikan ibu bapa kita untuk dapat reda mereka.

Kemudian disusuli dengan banyak bersedekah.

Sedekah itu tidak akan memiskinkan seseorang.

Sebaliknya menjadi seseorang yang miskin jadi kaya.

Orang kaya yang kuat bersedekah pula akan bertambah kaya.

Menurut UAD lagi cara nak jadi kaya ialah doa.

DOA adalah senjata orang Islam yang sangat ampuh dan luar biasa hebatnya.

Bahkan  bisnes netcommerce berpotensi melonjak sesiapa sahaja menjadi orang kaya.

Tidak kira lambat atau cepat.

Yakinlah doa kita sampai kepada Allah SWT setelah usaha, ikthiar dan tawakal.

Hanya Allah SWT yang mengurniakan kekayaan kepada sesiapa yang dihendakinya.

WAJIB BACA :   7 cara memulihkan tenaga batin dengan bahan semulajadi

Bahkan dulu Mrhanafi pernah menulis satu artikel tentang kaya 

Dan kisah Rehan yang menemui amalan jutawan

Dua artikel ini boleh melengkapi sarana dan media untuk kalian menjadi kaya.

Jadi sekarang percayalah cara untuk jadi kaya sangat adil untuk semua.

Semua orang ada peluang untuk berbuat demikian.

Siapa yang mahu dan tahu in shaa Allah akan jadi kaya.

Kalau bukan di dunia maka kekayaan itu disediakan di akhirat nanti.

Cara nak jadi kaya

Comments 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge